10.12.08

Mantera Bukit Kepada Orang

Wahai orang...
Aku bukit pasak bumi,
Lama sudah aku disakiti, ditarahgondol, dibebani!
Wahai orang...
(tarah sana, tarah sini, gondol kiri, gondol kanan)
Dengan berkat hujan lebat, maka aku runtuh!
Wahai orang...
kaurasakanlah, jangan kau bergaduh!

1 comment:

waruna said...

Saya benar-benar takut kalau-kalau selepas mantera ini dibaca oleh bukit... satu HADIAH menakutkan akan dihantar kepada kita. Lihat sahaja di Terengganu. Bukan setakat bukit, tanah pamah sekalipun jika diterokai tanpa perancangan seperti Pembinaan Lapangan Terbang Kuala terengganu tu, Sistem perparitan tidak diberi perhatian, maka HADIAHnya ialah BANJIR yang 20 tahun sebelumnya tidak pernah ada, tiba-tiba didatangkan dengan begitu teruk. KT banjir macam Hari Ini Dalam Sejarah...