14.12.08

Ilmu Kira-kira (Matematik), Tawarikh (Sejarah)... Ilmu Alam (Geografi)...

Saya mula "masuk" sekolah ketika berusia enam tahun, iaitu pada tahun 1957. Saya mengikut kakak yang juga baru masuk sekolah ketika berusia tujuh tahun. Saya dikira "menumpang" dalam darjah satu (kerana belum cukup usia tujuh tahun). Tetapi seingat saya,ketika kakak naik ke darjah dua, saya juga ikut naik darjah dua. Ketika itu, "menumpang" itu hilang begitu sahaja.

Pada ketika itu, pergi ke sekolah amat menyeronokkan. Saya tidak tahu mengapa. Tetapi, setiap hari saya amat teruja untuk bersama kakak ke sekolah. (Nanti, jika ada peluang ingin saya ceritakan keseronokan bersekolah pada zaman itu.)

Di sekolah kami belajar matapelajaran: Bacaan, Tulisan, Ilmu kira-kira dan congak, Ilmu Kejadian, Ilmu Alam, Ilmu Tawarikh, Ilmu Kesihatan dan Senaman.

Saya tidak ingat, bila matapelajaran-matapelajaran tersebut kemudiannya "ditiadakan" ataupun ditukar namanya.

Matapelajaran Kira-kira dan Congak kemudiannya ditukarnama kepada Ilmu Hisab dan kemudiannya ditukar pula kepada Matematik.

Ilmu kejadian ditukarnama kepada Ilmu sains dan Ilmu Alam kepada Geografi.

Saya tidak ingat bila Ilmu Tawarikh sudah ditiadakan tetapi kemudian muncul kembali di sekolah menengah dan diberi nama matapelajaran Sejarah.

Saya fikir perubahan-perubahan dalam sistem pendidikan banyak dipengaruhi oleh keperluan semasa dan juga keperluan politik negara kita. Ia banyak meninggalkan kesan * dalam diri saya.

Pada thun 2009 matapelajaran Sejarah akan diadakan (kembali) di sekolah rendah.

*
http://blogsimantanguru.blogspot.com/search?q=lompat+si+katak+lompat


4 comments:

yusofsipan said...

Saya tak ingat la apa yg telah saya pelajari ketika di darjah satu dan dua dulu... Satu peristiwa yg masih saya ingat ketika di darjah dua ialah saya menyorok dalam tandas kerana takutkan seorang guru lelaki yg sgt garang yg suka mencubit, sakit sangat!!!

Anonymous said...

Cikgu Wahab,

Mungkin zaman saya dah agak maju sikit, ada m/p Tata Rakyat (Sivik). Saya sempat belajar Ilmu Tawarikh, Ilmu Alam dan Tulisan. M/p Tulisan mesti Guru Besar yang ajar, ada Tulisan Jawi lagi. Rugi budak-budak sekarang tak pandai baca dan tulis Jawi.Zaman saya dah belajar ilmu sains dan perkara yang saya tak lupa dalam m/p sains ialah istilah maun, maging dan maserba. Betapa kaya istilah bahasa Melayu tapi sayang ramai pakar-pakar & cerdik pandai pendidikan kita berjiwa kecil malu hendak memperkasakan istilah sains bahasa sendiri.Yang paling seronok zaman bersekolah belajar Tawarikh dulu ialah waktu kegiatan luar bilik darjah ada Anak Serigalaaa! Anak Serigala !!

Razif Ismail said...

Skrg ni sekolah pun tk seronok dah..mata pljran dh diringkskn

Anonymous said...

Tawarikh seingat sya mula di perkenalkan dlm tahun 1972 selepas subjek asalnya History di ajar dalam bahasa melayu di sek men. Kemudian di ubah ke Sejarah bila KBSR/KBSM di perkenalkan.