21.1.09
ISTERI MENJERIT SELEPAS ISYAK
Selepas solat Isyak, saya terdengar isteri saya menjerit di dapur. Dia terperanjat. Saya bergegas ke dapur. Isteri saya menggeletar dah.
Tidaklah besar sangat. Lebihkurang dua kaki. Hitam. Entah dari mana datangnya. Mungkin waktu petang, ketika pintu dapur masih terbuka dan masuk bersembunyi di celah mesen basuh. (Petang tadi ada orang menebas semak yang bersempadan dengan pagar belakang rumah saya).
Saya pun takut juga. Jangan buat main dengan ular tedung ni. Kepalanya kembang dah tu. Nak halau dengan penyapu, takut juga sebab penyapu pendek. Nahas kalau dipatuknya.
Ular tu saya tengok tak dapat bergerak laju sebab lantai jubin yang licin. Saya teringat di tepi almari bilik anak saya ada kayu, tiang bendera hari kebangsaan dulu, lebih kurang sepuluh kaki. Bolehlah guna.
Saya kuis ular tu jauh daripada pintu, supaya saya dapat buka pintu belakang. Melawan juga ular ni. Mengeliat-geliat. Mendengus-dengus bunyinya.
Saya tolak ular tu keluar dengan pangkal kayu tiang bendera. Tapi diam je tak mau beredar. Melawan. Aksen pulak tu, tunjuk kepala yang kembang tu. Bunyi dengusannya makin kuat.
Isteri saya suruh bunuh je ular tu. Bimbang nanti mematuk sesiapa. Dalam kasihan dan takut saya tu, maut juga ular tu saya kerjakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
jangan melatah sudahkan kak tipah..
nape org pompuan takut sgt dgn ular ek? Tapi saya pun seram jugak bila nampak ular dan spontan bertindak utk membunuhnya wp kekadang ular tu tidak ler sebesar mana dan tidak berbisa pun...
Kembara Kelana,
Apa-apapun jerit dulu. Takut campur geli tu...Jerit takut lain, jerit geli lain pulak. Jerit pun ada macam-macm jenisnya.
Cikguyusof,
Orang pompuan memang cam tu sof. Takut dia jerit. Teperanjat pun jerit. Geli pun jerit juga. kalau suka, jerit. Kalau sedap pun jerit.
Kalau ular tak ada bisa tu, halau je sof.
Cikgu,
Yang cikgu bunuh tu ulau ke apa? sebab mak saya dulu-dulu marah sangat kalau nak bunuh ulau dalam rumah. sebab tu dulu-dulu kalau mak ada kat rumah susah jugak saya nak kerjakan ulau tu, serba salah antara arahan ibu dengan keputusan mudah yang perlu dibuat. Dalam eh..eh..eh ..tu bunuh je ulau tu senang !Terkebil-kebil mata mak !
Semenjak dua menjak ni payah sungguh nak masuk blog kawan-kawan...slow teramat...last-last tutup...kuala pontian...kuala pontian !!
assalamualaikum, ada saya pernah terbaca tapi dah lupa,Malaikat boleh menjelma dalam bentuk ular.lagi satu, orang tua-tua kata ular kalau nak bunuh pakai buluh. Tapi yang hebat ular tu boleh mendengus2 pulak mesti spesis yg luar biasa.
Roslantana,
waalaikumsalam. Dah pasti, ular betul tu. Bunyi mendengus tu, dia sembur racunnya...Ular tedung memang macam tu...
Terima kasih kerana komen.
Sir Sazili.
Ular. Halau keluar, baru kerjakan .
Takkanlah susah sangat nak surf internet. Susah lagi nak bunuh ular!
tq.atas informasi tu.. selamat tahun baru cina..
tak kan citer isteri menjerit sampai 4 hari cikgu..saya tertanya, raya cina ni tak buat sop tulang ker
saya paling kalah dgn ular
saya boleh jadi pengsan hanya dgn tengok dia merayap
Kembara Kelana,
Raya Cina ni makan limau je. Nak buat kuih bulan tak pandai.
Belum tulis entri baru. Cucu ada balik. Layan cucu je la.
Rosnah,
Gong Xi Fa Chai. Xin Nien Kuai Le. Wan Se Ru Yi.
Seri,
Cuti ni buat kuih ape?
Post a Comment