Dulu kalau nak dengar lagu, guna ‘piring hitam’ Masa tu belum ada tape, cakera padat atau ‘gadget’ lain. Alat hiburan cepat berubah dan semakin canggih. Manusia bagaimana?
Masa saya budak-budak dulu, selain radio, piring hitam dan rekod player sudah dianggap barang mewah.
Saya masih ingat bila piring hitam rosak, putarannya tak sempurna. Suara penyanyi dah jadi tak betul. Parau. Lagu dah berubah Sebaris atau dua baris lirik berulang-ulang. Jarum rekod player tersangkut dalam satu jalur pada piring hitam.. Bunyi lagunya menjadi aneh. Bukan lagi hiburan, malah melucukan. Lagu sedih pun boleh jadi lucu.
Demikianlah juga jika ada manusia yang ‘tersangkut” dalam putaran yang tidak berubah! Manusia boleh ‘tersangkut’ dalam pelbagai putaran dan pelbagai keadaan.
11 comments:
Saya rasa memang ada dalam kalangan kita para pendidik yang tersangkut dalam pusingan, tak kiralah piring hitam ke cd's ke. Mereka sekadar mengulangi rutin yang sama. Masuk kelas, pegang kapur, tulis..., buka buku teks ms sekian sekian... . Masalahnya mereka ini tak nak berubah dan mungkin selesa dengan pengulangan itu. Lebih teruk lagi ada yang kata mereka kata teknik lama lebih berkesan berbanding kaedah terkini. Begitulah adanya...
Cikgu,
Sebut piring hitam teringat saya lagu "Ayam Bini Banyak" tak silap nyanyian A Talib dan S Roha. Enjoy dengar lagu tu dulu-dulu...Sekali kucing terterjah atas piring hitam 'bergerapok' jarum dia...
Hashimme,
Tahun baru, dapat murid baru, subjek baru, jadual waktu baru, kelas baru, sekolah baru, gaji baru negeri baru (permohonan bertukar, berjaya).Semua dapat yang baru.
Tanya: "Cikgu mengajar macam mana?."
Jawab: "Saya mengajar murid-murid saya, macam cikgu saya mengajar saya ketika saya jadi murid sekolah dulu-dulu". Amboi mak,panjangnya jawapan!
Sazili,
'Bergerapok' tu yang bestnya. 'Kruk-krek-kruk-krek'. Kucing pun pening, tengok pusing-pusing.
Nanti saya tulis cerita kucing pening pulak...
Peribahasa " ... macam rekod rosak..." dah tak relevan lagi.
cgu W,saya ada simpan radio lama tahun 1970 peninggalan arwah abah saya tapi piring hitam banyak yg dah hilang. skrg jagi perhiasan je....nak baiki taktaula boleh elok ke tidak.Dulu arwah abah sering putar lagu2 keroncong, lagu minang, lagu ernie johan, lili suryani, bob tutupuli, elvy sulkasih, tom jones, engelbert humperdinck, The Beetles, El Suraya, koleksi A Ramli, lagu latin dan banyak lagi...masa saya sekolah rendah selalu dngar lagu2 ni bila abah sering putar bila dia balik dari kerja.
Seri,
Simpan je buat kenangan.
Saya suka dengar radio 'Klasik Nasional'. Lagu-lagunya best jugak.
CikguSepajo,
Kalau ada record player pun dah rosak... tak relevan dah...
emm.cikgu ni baguslah menulis penuh dengan theoritical. why not cikgu buat satu buku and hantar kpd mana2 penerbit. Gaya penulisan cikgu ala-ala satu penulis iaitu Ainon Muhammad. Saya kira penulisan cikgu ini dapat membantu ramai orang. Sebenarnya jarang penulis melayu yang bombastik dalam megeluarkan idea sebegini. Kebanyakan buku ilmiah lebih kepada serius myebabkan pembaca rasa bhn tu berat. Sekiranya di selit dengan perumpama spt ini pembaca lebih terhibur dan berminat. spt kodok rebus cikgu tu.. olahan sgt menarik. Tapi kalu dah terbit buku tu jgn lupa bagi free ket saya.
Cikgu Rosnah,
Ketika belajar di UM dulu saya di Jabatan Penulisan. Ambil Penulisan Kreatif dan Deskriptif. Bolehlah tulis sikit-sikit.
Bagus cadangan tu.Terima kasih. Memang ada hasrat untuk terbitkan buku. Saya sedang mengumpul tulisan-tulisan terdahulu.
Walaupun menulis di blog, lebih elok kalau kita terus 'edit' tulisan kita sebelum di'post'. Nanti bila nak diterbitkan, tidaklah banyak sangat nak diedit.
betul tu, hari tu saya ada beli buku bagaimana nak jadi penulis jutawan? kalau org biasa bole jadi penulis, saya rasa ngan pgalaman dan knowledge yang banyak tu harus dititipkan atleast bila kita xde kat muka bumi ini kita tinggal sesuatu yang bermanfaat untuk umum dan ilmu itu berterusan kita disana dpt juga saham. saya teringat satu kata2 dari pemikir islam tapi dah lupa.kata2 tu dalam bahasa arab tapi maksudnya begini lebih kurang hikmah (kebijaksanaan ) itu semakin hilang pada orang muslim, jadi kutiplah walau dimana kamu ketemui ilmu itu. Jadi cikgu kumpul ilmu itu dan manfaat kepada semua. itu jariah juga
Post a Comment