17.1.09

TIGA TAHUN SUDAH...

Hari ini genap tiga tahun saya bersara.
Namun kenangan waktu bertugas dulu masih segar...

14 comments:

yusofsipan said...

mungkin banyak kenangan yg mengusik jiwa sepanjang tempoh berkhidmat dulu....

kembara kelana said...

yang paling menarik, sticker belakang kereta cikgu tu.. yang paling kagum, cikgu masih mantain body dan kesihatan cikgu, yang paling seronok...cikgu masih lagi di rompin
yang paling paling paling best..makan sop tulang setiap kali raya dengan cikgu...semoga kita terus bersahabat..tahniah cikgu.

mantan said...

Cikgu Yusof,
Sukaduka menjadi guru selama lebih 30 tahun memang banyak.Semuanya menjadi khazanah pengalaman yang sangat berharga.

Banyak juga kenangan manis sewaktu sama-sama bertugas dengan Kembara Kelana yang brutal tu.

mantan said...

Kembara Kelana,
Terima kasih
Hubungan sillaturrahimitu akan terjalin selamanya.

Setakat ini, Alhamdulillah. Kesihatan pun o.k lah.

CikguSepajo said...

Masa belum sekolah,saya ingat sekolah tu seronok, ramai kawan. Bila dah sekolah, saya ingat masuk U tu best sangat, glamor. Bila dah masuk U saya ingat dah kerja bagus, tiap-tiap bulan dpt gaji dan boleh pakai kereta. Bila dah kerja saya fikir tentu pencen sedap, tak kerja tiap-tiap bulan duit masuk. Bila dah pencen ... kena tanya cikgu Wahab.

mantan said...

Cikgu Sepajo,
Saya fikir, ramai yang dapat merasakan seperi apa yang Cikgu Sepajo rasai.

Seronok, best, bagus, sedap tu semuanya bergantung pada diri kita bagaimana kita menilai itu semua. Seronok bagi kita mungkin seksa bagi orang lain. Bagus bagi kita mungkin teruk bagi orang lain.

Saya fikir, itu semua bergantung pada hati kita. Kala kita dapat "berlapang dada", dan "ikhlas" dalam apa jua yang kita lakukan, tidak kira bila dan di mana, saya percaya kita dapat harungi kehidupan ini tanpa banyak masalah.

Yang penting setelah pencen, kita tidak merasa terkilan. Hati terasa senang kerana kita yakin bahawa sewaktu kita masih bekerja, kita telah melaksanakan sebaik mungkin amanah dan tanggungjawab yang patut dilaksanakan. Bagi saya inilah kepuasan yang dapat dinikmati ketika bersara.

CikguSepajo said...

tq atas response cikgu. Saya memang setuju.

Cikgu Chun said...

Cikgu Wahab,
Selamat menyambut ulang tahun ke-3 pencen!! :)
Walaupun cikgu dah pencen, tapi saya percaya ilmu cikgu selama ini masih lagi banyak dan boleh dikongsi kepada kami dalam menjalankan tanggungjawab harian sebagai seorang pendidik. Pencen tidak bermakna kita mesti melupakan segala-galanya mengenai kerja kan...

mantan said...

Cikgu Chun,

Tq.
Pengalaman tu memang ada, tapi tidak semua dapat digunakan. Keperluan pendidikan berkembang pantas. Ilmu yang terpakai dahulu tidak semuanya boleh digunapakai lagi.

Anonymous said...

Cikgu,
Bila umur saya meningkat tahap cikgu sekarang saya mulakan Almanar. Hari ini anak kesayangan saya itu sudah berusia 14 tahun, dengan berkat usaha, harapan dan doa. Saya bersyukur kerana Dia membuka hati saya untuk memulakan sesuatu yang tidak nampak apa kesudahannnya. Alhamdulillah, saya sekarang dapat menulih kebelakang, empat belas tahun, liku liku yang dibasahi titik peluh. Sudah ada beberapa insan yang berjaya melalui sumbangan Almanar. Ini bukan erti kebanggaan. Ini satu pengabdian kerana Tuhan untuk kemanusiaan. Cikgu dianugerahkan Tuhan dengan ilmu yang saya tidak pernah ada – kepakaran seorang guru. Janganlah sia-siakan pemberianNya. Mulalah sesuatu dengan harapan sisa sisa hidup kita diberekatiNya, dan kita tidak menyesal satu hari nanti.
(Ma’af ketidaksempurnaan saya dalam bahasa Melayu – membuktikan kelemahan dan kekurangan saya.)
Pak Cik

mantan said...

Pak Cik,

Saya fahami dengan jelas mesej yang Pak Cik sampaikan. Buat sesuatu yang berfaedah kepada manusia kerana Allah.

BM yang Pak Cik gunakan boleh dikatakan baik. Kalau masa sekolah dulu, sudah boleh dapat gred A.

Pak Cik,

We have our ways of doing things. As long as we can reach our goals with our heart full of goodwill, satisfaction will always be with us and
kindle our heart with glitter of happiness.
(Betul ke Bahasa Inggeris saya ni,Pak Cik?)

Semoga Pak Cik dan Almanar terus berbakti 'Kerana Tuhan Untuk Kemanusiaan!'

Al-Manar said...

Why should you be ashamed of your English? I should be the one to feel so of my BM. Betul lah gred A- tahap UPSR kan?. Satu masa saya cuba terjemahkan perkataan 'shame' bila ditanya dalam kelas murid murid baru Tingkatan satu. Saya kata 'shameful' tu malu. Jadi 'shame' tu kemaluanlah. Bila ditertawakan saya pun fahamlah! Jangan cuba terjemahkan 'great shame' secata ajaran Pak Cik'.

Al-Manar said...

Eja 'secara' pun tak boleh! Malulah

mantan said...

Pak Cik,
'great shame'?.
L O L (Laugh Off Loud).