27.4.09


Nama Tempatan: Jarum Mas

Nama Saintifik: Striga Asiatica

Nama Lain: Witchweed

Famili: Scrophulariaceae

Lokasi dijumpai: Di padang-padang rumput.


Dulu-dulu masa kursus di IAB, pungut Jarum Mas dah jadi macam riadah waktu petang. Ramai peserta kursus, (wanita la), pungut Jarum Mas di sekitar IAB. Kata mereka Jarum Mas boleh buat ubat.


Pagi tadi, saya singgah di tepi jalan masa nak ke Mersing. Saya tengok di tepi jalan tumbuh Jarum Mas ini di celah-celah rumput. Saya pun pungutlah. Saja-saja. Dapat secekak.


Tapi tak tahu lah nak buat ape. Tak tahu apa khasiatnya. Ubat ke? Boleh buat penawar swine flu (selsema babi) ke?.

9 comments:

Anonymous said...

Memang satu masa dahulu Jarum Mas sangat popular. Saya pun teringat tentang riadah selepas ceramah waktu petang di IAB. Ramailah Pengetua dan guru-guru dari Pahang terlibat dalam pencarian Jarum Mas di Padang Bola IAB. Saya pun termasuk dalam geng itu juga. Tapi gunanya tak tau.. keh keh keh ....

datukY said...

cikguwahab, ni saya jumpa antara khasiat jarum mas;

Khasiatnya untuk perubatan telah diketahui turun temurun, menurut satu cerita jarum mas mula digunakan untuk mengembalikan kecergasan selepas bersalin selepas melihat kucing yang baru melahirkan anak selalunya akan mencari dan mengunyah rumput ini. cara digunakan ialah satu atau dua batang rumput jarum mas yang dikeringkan direbus hingga mendidih dan diminum airnya dua kali sehari. Pastikan tidak terlalu banyak tumbuhan ini dimasukkan ke dalam rebusan kerana pengambilan berlebihan boleh menimbulkan kesan sampingan seperti mual dan loya. Selain daripada mengembalikan kesihatan rahim dan sistem reproduktif ia juga dapat mengubat penyakit keputihan dan menghilangkan sakit urat dan sengal badan dengan penyediannya yang sama.

* Khasiatnya adalah lebih utk hawa cikgu..., tu ler psl agaknya dinamakan jarum mas, kalau utk lelaki disebut 'tongkat mas' kot... eh tongkat ali dah ada la, hehehe....

sumber: http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=48&cat=HERBA

Naa..a said...

emm.memang bagus utk wanita la.antioksida gak
boleh menjadi penghalang proses pnuaan kah.kah. kononnye..tapi sejauh mana kesannya tak pasti la..

mantan said...

alberangque,
nama jarum mas tu mungkin berkait dengan gunanya tu.
Untuk jahit apa-apa ke..

mantan said...

datukY,
Tq utk maklumat tu.
tongkat mas tu mesti lebih baik dr t. Ali.Mesti mahal reganya tu...

mantan said...

Rosnah,
utk hawa kata datuk Y. Ye lah gak nye tu

Anonymous said...

sy ingatkan tipu je pasal jarum mas nih..mase skolah rendah selalu sangat kutip bawak balik rumah.tapi pastuh biarkan kering je kat dalam bilik before buang.huhu..pas naik skolah menengah, sy kata kt kwn2 tipu je jarum mas tuh leh wat ubat..hehehe

mantan said...

comot,
sekurang-kurannya, tahu ada tumbuhan yang namanya jarum mas. itu dah kira o k lah.

Anonymous said...

wahh..amik ati saye ke nih cikgu?