Walaupun sudah bersara ada juga guru-guru yang ditemui masih bertanya pelbagai perkara tentang kerjaya guru. Saya berilah pendapat setakat yang termampu. Dunia pendidikan sentiasa berubah dan berkembang pesat. Barangkali saya sudah ketinggalan.
Saya dapati semakin ramai guru yang melanjutkan pelajaran di peringkat Master. Ini memang bagus. Belajar selagi mahu, selagi mampu.
Namun ramai juga yang "mengadu hal" atau "meluah perasaan" tentang masalah dan cabaran yang dihadapi untuk menyambung pelajaran.
Ada guru yang dikehendaki hadir kuliah pada hari persekolahan, dua hari berturut-turut dalam seminggu. Walaupun kuliah bermula pada pukul empat petang, tetapi ada guru terpaksa memandu selama tiga jam untuk sampai ke tempat kuliah.
Kesukaran timbul apabila sessi persekolahan tamat pada pukul 2.30 petang. Memang tidak cukup masa untuk tiba ke tempat kuliah seperti yang ditetapkan.
Akan selesai masalah jika perkara itu dapat dirunding dengan Pengetua, Guru Besar atau Guru Penolong Kanan. Tetapi tidaklah mudah diselesaikan.
Ada Pengetua dan Guru Besar, awal-awal telah "menutup pintu" rundingan.
Saya fikir perkara ini boleh diselesaikan jika guru-guru yang akan pergi kuliah ini, diberi peluang menghabiskan waktu mengajarnya lebih awal.
Ini perlu perubahan kepada penyusunan jadual waktu. Pertimbangan dan kerjasama daripada guru-guru lain juga perlu.
Ada guru yang terpaksa bergegas menghadiri kuliah selama dua jam kemudian kembali untuk mengajar keesokan harinya dan bergegas pula selepas sekolah esoknya itu untuk menghadiri kuliah lagi.
Saya sanjung kegigihan guru-guru ini.
2 comments:
boss
dah lama tak membaca blog, dan round round sibuk jugak sebab nak upsr ni, bos, saya belajar macamana nak back up, upload dan download, tukar emial lain, id lain maka tertukar url blog saya.. lupa nak beritau kawan, maaflah bila boss klik maka tak masuk ke blog saya, kesulitan boss amatlah saya kesalkan
http://kukembaraberkelana.blogspot.com/ tu url baru, boss betulkan kan link boss
ok boss
salam
KK,
OK.
Post a Comment