13.8.09

READ: SOALAN-SOALAN YANG PERNAH MANTAN DENGAR


Lebih baik kita bersemuka , betul tak Cikgu?

Kita sama-sama perempuan, lebih mudah kan Cikgu?

Cikgu tahu dia anak saya?

Cikgu tahu apa masaalah dia?

Kenapa sekarang Cikgu baru bagi tahu?

BetUL ke begitu Cikgu?

Kenapa Cikgu biarkan hingga teruk begini?

Berapa ramai budak2 asrama jadi macam ni?

Sekolah tak ada kawalan ke?

Sekolah tak ambil berat ke?

Mana tanggungjawab sekolah?

Kalau jadi pada anak Cikgu sendiri, macam mana?

Cikgu nak saya laporkan ke Jabatan?

Cikgu tahu tak saya sampai tak dapat tidur?

Kalau terjadi pada anak Cikgu, malu tak?

Macam mana benda ni boleh berlaku?

Betul ke dia buat benda tu Cikgu?

Siapa yang nampak Cikgu?

Ada saksinya CIkgu?

Apa buktinya Cikgu?

Kenapa dibiarkan?

Asrama tak ada peraturan ke?

Asrama tak ada undang-undang ke?

Sekolah tak kawal disiplin budak-budak ke?

Mana perginya warden asrama?

Budak lelaki dan perempuan bebas buat apa saja ke?

Kenapa sekolah tak buat peraturan?

Siapa nak tanggung malu ni Cikgu?

Kenapa stor asrama tak berkunci?

Kenapa lampu rosak tak dibetul?

Jaga sekolah tidur saja ke?

Cikgu tak tahu ke PMR dah dekat?

Boleh ke benda ni disorok2?

Anak saya saja ke yg dihukum?

Budak jantan tu macam mana?

Apa tindakan sekolah pada budak tu?

Boleh saya jumpa dengan budak tu?

Mak bapak dia tau ke?

Anak saya yang bersalah ke?

Cikgu setuju kalau saya kata anak saya dipaksa?

Cikgu tau tak anak saya tu baik budaknya?

Boleh tak saya buat laporan polis?

Takkanlah sekali berjumpa dah jadi macam ni Cikgu?

Nanti heboh, sekolah tak malu ke?

Mudah sangat, macam ni ke budak2 sekarang Cikgu?

Saya tak sangka, cikgu juga tak sangka kan?

……………………………………………………………………………………

Dulu, soalan-soalan ini pernah mantan dengar.


2 comments:

mendewa said...

Banyak yang bertanya2 tentang orang lain...
Jarang2 yang bertanya diri sendiri...
Hal demikian menjadikan masalah sukar diselesaikan dan berlarutan...

mantan said...

mendewa,
kehidupan sememangnya penuh dengan persoalan