27.8.09

I.C.E bukan luar biasa.



1. Dulu, air batu. Sekarang, ais. Tetapi sejuknya sama saja!

2. Masa saya masih budak-budak (pada akhir tahun 1950-an), tinggal di kampung, sesekali berbuka puasa dengan minuman sejuk yang dicampur air batu. Wah! enaknya. Sesekali! Di kampung tidak ada elektrik dan sudah tentu tidak ada peti sejuk.

3. Sekarang ais bukanlah sukar ditemui. Malah ais boleh dibuat sendiri. Majoriti rumah, ada refrigerator atau ice-box. Ais bukanlah sesuatu yang luar biasa.

4. Ketika kecil, di kampung sepanjang bulan puasa, dapatlah dua atau tiga kali minum air batu ketika berbuka.

5. Penjaja air batu datang ke kampung menjual ketulan air batu. Seketul air batu sebesar batu-bata berharga 10 sen.

6. Penjaja menggunakan basikal carrier besar membawa ketulan air batu di dalam tong kayu. Air batu dalam tong ditimbus habuk kayu (gergaji ) dan ditutup dengan guni supaya air batu tidak cepat cair.

7. Harga seketul sepuluh sen itu berserta dengan habuk kayu (gergaji ) itulah!

8. Beli air batu seketul sudah cukup untuk sekeluarga 8 orang. Tetapi air batu perlu disimpan supaya tidak cair menjelang waktu berbuka puasa.

9. Supaya tidak cair, balut ketul air batu dengan kain dan ditanam dalam tanah di bawah pokok yang teduh. Tahanlah, tidak cepat cair.

10. Hampir waktu berbuka, keluarkan air batu yang ditanam, basuh, pecahkan kepada ketulan kecil, letak dalam air sirap limau nipis, air kelapa muda atau kopi-o. Emmmmmmm… enaknya,  berbuka puasa.

11. Sekarang ini ada pelbagai pilihan jenis minuman untuk berbuka puasa. Kalau suka, dan jika tidak memudaratkan, setiap hari boleh sediakan minuman berais…

15 comments:

Anonymous said...

Cikgu,
Puasa ni biarlah ais yg cair, asalkan iman kita tak cair.

airhangat said...

mantan,
xleh minum ais banyak, nnti kecut...

jane said...

mantan,

salam ramadhan buat cikgu.
ais....sejuk cikgu. kat umah saya ni tiap2 petang hujan. tapi, anak2 tetap nak ais.

mantan said...

Jane,
terima kasih, slmt terus menjalani ibadah ramadhan.
Haah, budak-budak gitulah, memang suka ais. Tak kira hujan ke, cuaca sejuk ke...

Al-Manar said...

Cikgu,
Cerita air batu membawa kenangan lama. Sama lah diTerengganu. Sebelah petang pergilah ketempat penjual air batu ditepi jalan. Selalunya air batu datang dalam bentuk tongkolan sebesar bantal tudur. Ada penjual gunakan gergaji memotong kecil kecil sepeti cikgu kata - sebesar batu bata, atau separuh kalau hendak 5 sen.
Tidak ada yang lebih sedap minuman berbuka puasa selain air sirap bandung dengan ketulan air batu.Selamat berpuasa.

mantan said...

Pak Chik/Al-Manar,
Suasana berpuasa dulu-dulu dan sekarang berbeza...

a kl citizen said...

puasa dulu best agaknya sebab kita pun masa tu bebudak lagi...

mantan said...

citi,
yalah masa budak2, semuanya seronok je... Yang dinanti ialah hariraya...

n@m@n said...

dulu pernah terbaca petua seorang warga emas yang mencapai umur 100 tahun..katanya tak pernah minum ais..

Tapi semuanya di tanganNya kan..Tapi kita kena ikhtiar..

Kadang-kadang minum ais suam lebih menghilangkan dahaga..

tapi kalau minum ais rasa tak puas..Rasa nak tambah lagi

Lama tak pekena ais kacang..hehe

zaijb said...

testing...ok lerr hehe.. tq

mantan said...

n@m@n,
ABC...sedap buat buka puasa hari ni...

mantan said...

zai,
ok lah tu... mogok ... lapar gaknye puasa ni...

rosnah said...

testing gak ni.. dulu nenek pesan orang pompuan jangan minum ais. Kdg2 teringin, minum jugak tapi biasanya lepas minum ais rasa tak selesa. samada psikologi dengan kata nenek atau betul2 tak pasti hi.hi.

mantan said...

Rosnah,
Yang sebaik-baiknya: Tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Pilihan ini tidak dipengaruhi psikologi.

Ken said...

Assalamualaikum wrb. Saya senang baca blog MANTAN krn saya peminat cerita & warisan lama. Cerita lama sikit-sebanyak pasal ais / air batu ni pun ada nilah sejarah! Nak tanya juga, di masa dulu 1950s dan sebelumnya, "sirap bandung" tu dah ada kah, dan sama ramuan macam skrg atau ada asal lain? Nama sirap bandung tu pun saya dengar asal bukan dari kota Bandung tapi dari di-"bendung" atau ditutup supaya air manis itu tak masuk serangga. Apa pendapat tuan? Zahari zanazhan@gmail.com