10.9.09

KONFRONTASI DAN GANYANG

1. "Konfrontasi" dan "Ganyang" mula-mula mantan dengar ketika berusia tiga belas tahun. Masa tu berlaku konfrantasi Malaysi – Indonesia.


2. Mantan bukan nak ungkit cerita lama.Tetapi baik juga kalau generasi muda dapat baca.

3. Masa tu mantan tiga belas tahun, tak faham sangatlah.Tapi masa belajar sejarah di sekolah, semakin fahamlah.

4. Masih ingat, ramai tentera berkhemah di pinggir pantai di kampung tempat mantan tinggal.

5. Kadang-kadang dengar juga berita, ada askar Indonesia mendarat di kawasan pantaai dekat kampung.

6.Sudah tercatat dalam sejarah: Sukarno telah melancarkan kempen 'Ganyang Malaysia'.

7.Konfrantasi Sukarno, mulanya kecil (asalnya kerana tidak senang dengan Penubuhan Malaysia) telah berubah dari perang kata-kata (Sukarno ni, pemidato handal!) menjadi konfrantasi tentera.

8.Tahun 1964, gerila Indonesia dah mula serang Malaysia. Pada bulan Ogos, enam belas ejen bersenjata Indonesia kena tangkap di Johor.

9.Aktiviti tentera Indonesia di sempadan meningkat.

10.Pasukan tentera juga polis Malaysia dan pasukan simpanan dikerah kawal dan ronda kampung-kampung, bandar dan perairan negara untuk cegah gerila Indonesia yang nak ceroboh.

11.Sepasukan Rejimen Askar Melayu Diraja berhadapan dengan lima puluh orang gerila Indonesia. Ini berlaku pada 16 Ogos.

12.Ketegangan juga berlaku di Selat Melaka.

13.Ada ejen Indonesia kena tangkap dan wartawan media massa serang kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur.

14.Pertempuran juga terjadi dekat sempadan Kalimantan. Gerila Indonesia dan pasukan separa tenteranya cuba nak ceroboh Sarawak dan Sabah, tapi gagal.

15.Pada 17 Ogos, pasukan payung terjun mendarat di pantai barat daya Johor dan cuba membentuk pasukan gerila.

16.Pasukan payung terjun mendarat di Labis, Johor pada 2 September 1964.

17.Pada 29 Oktober, 52 anggota tentera Indonesia dah sampai di Pontian di sempadan Johor-Melaka, tetapi kena tangkap oleh pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja. Ramai juga yang kena tahan oleh Pasukan polis Hutan di Batu 20, Muar, Johor

18.Menjelang akhir 1965, Di Indonesia. Berlaku rampasan kuasa. Jeneral Soeharto memegang tampuk pemerintahan.

19.Satu rundingan diadakan di Bangkok. Kerajaan Malaysia dan Indonesia mengumumkan perdamaian pada 28 Mei 1966. Soeharto menghantar Adam Malik jadi wakil berunding dengan Tunku Abdul Rahman.

20.Kekerasan berakhir pada bulan Jun, dan perjanjian perdamaian ditandatangani pada 11 Ogos 1966.

21.Kita tidak mahu peristiwa-peristiwa seumpama ini berlaku lagi.

22.Jika "konfrantasi" dan "ganyang" berulang, keadaannya tentu dapat dibayangkan. 

16 comments:

chehassan said...

Mantan, dalam keadaan sekarang resah juga kita. Apa tidaknya, berjuta rakyat indon di negara kita. Ni la silapnya kita. Mungkin terlalu baik atau mungkin juga tahap keselamatan negara begitu rendah. 2/3 hari lalu kita dengar beratus rakyat bangla dan srilangka singgah sebelum diseludup ke negara lain. Hairan, sungguh2 hairan, macam mana boleh masuk seramai itu (secara haram) Sehinggakan negara boleh dijadikan tempat persinggahan bersenang-lenang tanpa takut apa2. Sebenarnya bagaimana negara kita ini? Adakah betul2 selamat, betul2 makmur dan berdaulatkah negara kita? Hari ini di mana saja, bersepah manusia asing bagi kita. Kononnya negara kita makmur orang lain boleh tumpang cari makan.

Cikgu Chun said...

Cikgu Wahab,

Post ni memang kena pada masanya. Disebabkan kes PENDEK tu rakyat Indonesia tak puas hati lagi dengan Malaysia, bakar bendera...usir rakyat Malaysia di Indonesia. Yg dalam berita tunjuk mungkin hanya sebahagian kecil. Yg sebenarnya berlaku kat sana mungkin lebih teruk rasanya. Minta gaji pembantu rumah sampai 800, dapat 600 pun dah cukup bersyukur sebenarnya!! Indonesia memang selalu nak cari pasal dengan Malaysia, rakyatnya memang samseng2. Agaknya inilah jalan ke arah "konfrantasi" dan "ganyang" itu?? jangan biarkannya berulang kembali...

n@m@n said...

sampai dalam rumah sendiri pun kita rasa tak selamat

HASHIMME OMAR said...

Waa.. baguis maklumat sejarah ni boleh cerita pada budak tingkatan 3. Tapi kita semua juga perlu tahu bahawa disebalik konfrantasi itu ada tangan2 yang mengerakkannya. Mereka tak lain tak bukan ialah Parti Komunis Indonesia. Mungkinkah sekarang ini ada anasir yang menghasut mereka sebegitu?

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu,masa saya belajar dulu,cikgu sejarah saya sangat bersemangat bila bercerita tentang kes ganyang ni.agak-agak sekarang ada tak guru yang boleh bercerita macam tu.tapi yang penting bila cikgu timbulkan tentang konfrantasi dan ganyang rasa takut tu ada jugak.Ye la sekarang ni kat mana-mana ada PATI ni.Kalau lah dia keluar dari ceruk-ceruk mana tu tak terkira ramainya.Jangan jauh la cikgu,kat ladang-ladang sawit tu memang tak ada orang lain.semuanya golongan mereka.Harap-harap mereka tak ganyang kita dah le kan cikgu.Tapi apa pun terima kasih kerana fakta sejarah cikgu ni.

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu,masa saya belajar dulu,cikgu sejarah saya sangat bersemangat bila bercerita tentang kes ganyang ni.agak-agak sekarang ada tak guru yang boleh bercerita macam tu.tapi yang penting bila cikgu timbulkan tentang konfrantasi dan ganyang rasa takut tu ada jugak.Ye la sekarang ni kat mana-mana ada PATI ni.Kalau lah dia keluar dari ceruk-ceruk mana tu tak terkira ramainya.Jangan jauh la cikgu,kat ladang-ladang sawit tu memang tak ada orang lain.semuanya golongan mereka.Harap-harap mereka tak ganyang kita dah le kan cikgu.Tapi apa pun terima kasih kerana fakta sejarah cikgu ni.

mantan said...

Che Hassan,
Negara kita ni macam amalkan dasar 'langit terbuka'. Dibimbangi jika terlalu banyak yang terbuka, runtuh jadinya.

mantan said...

Chun,
banyak yang ditulis oleh blogger Indon tentang isu ini. Nampaknya beriya-iya benar nak ganyang Malaysia...

mantan said...

Shimmee,
Pada masa tu saya msih budak-budak. Tapi mak dak aya saya larang saya pergi ke tempat-tempat yang jauh dari rumah. Ada juga saya dapat cerita beberapa orang Indon yang mendarat dengan bot di kampung saya tetapi dapat ditawan oleh askar yang meronda.

mantan said...

n@m@n,
Negara kita ni memang 'pemurah hati'. Tapi kemurahan hati itu belum tentu dihargai.

mantan said...

Any,
Itulah keadaan sekarang ni. Jangan terpijak kepala kita...

Anonymous said...

Mantan, saya masih ingat semasa sekolah rendah tahun 60an, cikgu beri tahu pasal bertelagah nak perang dengan Sukarno, bila loceng gila dibunyikan kamu semua hendaklah masuk ke bangunan sekolah untuk perlindungan selmatkan diri. Ya dulu, tapi sekarang bagaimana mereka semuanya berada di setiap pelosok di negara kita, bandar, kampung, felda, estet/ladang, hutan balak, hutan bakau, di pasar mahu pu dalam rumah kita... dan di mana lagi?...

chehassan said...

Mantan, hari ini saya baca satu artikel dlm berita minggu berkaitan budaya melayu. Pada pendapat saya, inilah bezanya kita dengan indonesia. Rakyat Indon diajar dan dididik kenal dan jaga budaya, sedangkan kita, dah tak tahu mana satu budaya kita, sehinggakan orang punyapun kita mengaku kita punya. Malu rasanya. Saya kagum dengan semangat patriotik rakyat indon walau di mana mereka. Tengoklah, pada kita itu isu kecil, tapi sebenarnya besar bagi rakyat mereka yang patriotik. Sudah tiba masanya, kita menanamkan sikap patriotik yang tinggi kepada rakyat, bukan sekadar kibar bendera sahaja tetapi kenal budaya dan sejarah.

mantan said...

Any,
Memang di mana-mana, ada saja mereka ni... Jika kehadiran alien ini tidak dikendalikan dengan sewajarnya, lambat laun kita akan menghadapi masalah.

mantan said...

Che,
Kita dididik dengan budaya dan sikap "tidak apa'. Sikap ini boleh jadi positif dan negatif juga. Jika negati, itu satu kelemahan. Dan orang lain akan mengambil kesempatan atas kelemahan itu.

Anonymous said...

kenapa kalian begitu gusar dengan kehadiran ramai pekerja indonesia di sini? walhal yang lebih dirisaukan adalh kebanjiran rakyat china. india, bangladesh dan nepal. tahukah anda semua nusantara adalah serumpun sebenarnya? askar gerila indonesia tidak ditangkap sebenarya. malah ramai yang belot dengan indonesia dan memilih untuk tidak menyerang malaysia. ada yang diserap ke dalam tentera malaysia yang kemudianya menjadi pegawai tentera malaysia sehinga sekarang