15.9.09

THE GREETING AND THE PANTUN

 
                                                  Pakaian yang carik diganti sutera,
                                                Kain yang cantik kita pakaikan;
                                        Ramadhan diduga, Syawal bergembira,
                                                Kejayaan disambut, kita raikan.

16 comments:

Cikgu Chun said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Cikgu Wahab dan family.... Semoga hari raya tahun ini lebih bermakna dan lebih gembira daripada tahun lepas...

mantan said...

Cikgu Chun,
Terima kasih atas ucupan itu.

Kembara Kelana said...

selamat hari raya aidil fitri buat cikgu, kak tipah, kak long, eri dan adik serta cucu tu..
maaf zahir bathin, halal makan dan minum serta jangan dilupa sop tu.. raya kedua saya dan family mesti singgah punya...rezab sikit..anak ramai ni boss..

en_me said...

salam aidilfitri maaf zahir bathin abang mantan guru itteww..

n@m@n said...

selamat hari raya mantan@cikgu wahab

dah ada keputusan utk juadah hari raya pertama??hehe

zaijb said...

Selamat Hari Raya Buat Cikgu Wahab sekeluarga...
sy pun mohon ampun jika ada tersalah kata, masa berblog... raya tahun ini cikgu beraya di mana?

realoff90 said...

SELAMAT HARI RAYA KEPADA CIKGU A. WAHAB TAHA DAN KELUARGA, MAAF ZAHIR BATIN CIKGU.

rosnah said...

selamat Hari raya buat cikgu dan keluarga. maaf zahir batin andainya ada yang tersilap dan tersalah dalam komen diblog dan sebagainya. Semoga Syawal kali ini lebih bererti buat cikgu sekeluarga.

Halezza Ibrahim said...

Salam...Selamat hari raya buat Cikgu Wahab sekeluarga...Moga raya tahun ini membawa makna yangtersendiri buat cikgu sekeluarga

jane said...

ketupat dan lemang amat digemari,
dicicah rendang habis dimakan,
sepanjang ramadan menanti aidilfitri,
pada yang tiada jangan dilupakan.



suka berceloteh beramah mesra,
digemari ramai baik laksana,
saya dan keluarga beraya di utara,
cikgu wahab beraya dimana ?


jawab, jangan x jawab ya! hehe!

mantan said...

Jane,
Ketupat dan lemang enak dimakan,
Bersama rendang amat digemari,
Mereka yang tiada, tidak dilupakan,
Walaupun gembira di aidilfitri.

Beramah mesra adab disanjung,
Jasa dan budi jadi taruhan,
Banyak tempat hendak dikunjung,
Sebelah Selatan jadi pilihan.

sazili said...

Salam cikgu,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir dan batin dari saya sekeluarga. Semoga raya tahun ini lebih membahagiakan dengan kerenah anak-anak dan cucu-cucu. Dari saya terima kasih di atas segala tunjuk ajar. Ampun maaf jika ada tersalah dan tersilap laku serta bicara. Jemput beraya ke rumah saya cikgu.

mantan said...

Sir Sazili,Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir dan batin untuk sir sekeluarga.

InsyaAllah, jika ada kelapangan.

NONG said...

Bicara kadang2 tak terjaga, Janji kadang2 terabai, Hati kadang2 berprasangka, Sikap kadang2 menyakitkan...Hidup ini menjadi terlalu INDAH jika masih ada rasa maaf-bermaafan..SALAM AIDILFITRI. TUHAN memberkati..

ybs said...

Selamat Hari Raya buat cikgu Wahab sekeluarga, maaf zahir batin;

Dari Melaka ke Pekan Lama
Buah mengkudu di atas para
Hari mana bulan yang mana
Boleh kita bertemu mesra

chehassan said...

Salam raya mantan. Walaupun kita tak pernah bersua, tapi mintak maaf jika ada tersinggung dalam persinggahan dan penulisan saya. Semoga cikgu sekelurga diberkati dan diramati Allah.