24.9.09

“TAU X SAYA ADA PIHEHDEE !” (Pretty Heavy Diaper?)

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata:

1. Kegiatan membeli gelaran sosial semakin serius dan jika tidak ditangani, akan melahirkan satu generasi 'ilmuwan palsu'.

2. Perbuatan membeli gelaran sosial di negara ini sudah di tahap yang agak keterlaluan dan menjadikan budaya menipu di tahap paling tinggi serta memudaratkan masyarakat.

3. "Ada pemimpin muda memiliki ijazah PhD belian dan tidak diiktiraf, ini sangat serius, saya cadangkan mereka disiasat, perbuatan ini disifatkan menipu,"

4. "Cuma Tan Sri yang belum 'dikilangkan' lagi."

 
Tokoh akademik, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata:

5. Kementerian Pengajian Tinggi harus mengesan dan mengawasi kegiatan pengeluar PhD palsu.

6. ''Walaupun kebanyakan pemilik membeli dari luar negara, Kementerian Pengajian Tinggi harus ada peraturan yang ketat bagi mengawasi gejala ini.

7. ''Masalah 'penjualan' PhD dari dalam negara ini belum dapat dipastikan lagi, cuma saya bimbang pengambilan tenaga pengajar dari golongan ini menular di IPTS disebabkan kita tidak pasti mereka membuat saringan seperti di IPTA.

8. ''Kita tidak boleh suka hati bagi PhD kepada orang yang tidak layak atau memperolehinya dari universiti yang tidak diiktiraf.''


Canselor Universiti UCSI, Tan Sri Abdul Rahman Arshad berkata:

9. Mereka yang berkhidmat dengan pusat pengajian tinggi perlu menyerahkan salinan tesis PhD sebagai semakan dan rujukan kepada universiti.

10. ''Tidak kira sama ada pensyarah atau memegang jawatan di bahagian pentadbiran, mereka perlu serah salinan tesis sebagai rujukan dan simpanan universiti bagi mengesahkan ketulenannya.

11. ''Jika mereka didapati menipu, kita perlu tarik balik gelaran tersebut serta kenakan tindakan tatatertib.''


Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah berkata:

12. IPTA bersih daripada golongan yang memiliki PhD 'ekspres' kerana mempunyai mekanisme saringan yang kukuh.

13. Di UiTM, latar belakang akademik setiap bakal tenaga pengajar di institusi itu disemak menerusi Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

14. Masalah akan timbul apabila golongan ini bekerja dengan swasta atau bekerja sendiri dengan tujuan penyelewengan dan penipuan.

15. ''Sukar untuk memastikan status ketulenan gelaran mereka jika tidak terikat dengan sebarang saringan seperti yang dilakukan oleh perkhidmatan awam.

16. ''Mereka yang sengaja berlagak dengan gelaran palsu perlu diambil tindakan undang-undang kerana sudah pasti membawa kesan yang buruk kepada masyarakat,"


Mantan, yang sudah bersara hendak juga berkata-kata:

17. Terkejut, bila tahu isu ini dah jadi cukup serius dan tidak ditangani. Tambah terkejut bila tahu ada juga pemimpin muda yang buat kerja ni.

18. Dulu ada yang pernah cerita pada saya, ada orang yang tiba-tiba letak gelaran Dr.(persuratan) di pangkal namanya atau gelaran 'Datuk' Dr.'  Saya sangka tu cuma kes terpencil saja.

19. Khabarnya mereka ni bukanlah berpelajaran tinggi tetapi berwang (bukan beruang) dan PhD yang dia dapat tu 'dikilangkan' di luar negara.

20. Apa yang mereka ni nak?. Mungkin glamour. Mungkin ada tujuan peribadi untuk mendapat peluang tambah wang (hingga menjadi beruang) jadi kaya raya, atau jadikan passport 'pelaburan' dalam pelbagai bidang.

21. Saya teringat masa belajar di Universiti Malaya (1980), bertungkus lumus, tak cukup tidur nak buat ijazah pertama je. Susahnya tak terkata. Itupun cuma dapat B.A. Hons second class upper. Nak dapat first class pun sangatlah sukarnya.

22. Rupa-rupanya sekarang ni nak dapat PhD sangatlah senangnya! Tapi kalau saya ada banyak duit pun, rasanya tak sanggup…tak sanggup.

4 comments:

zoyak said...

Assalam mu alaikum wr wbt,
Kita memang berharap pihak berwajib memantau dan mendedahkan perkara sebegini. Saya dulu nak buat BSc(Hons) sikit punya susah tetapi ada yang dapat PhD dilihat sangat mudah aje..
Beli ijazah tu ertinya dia menipu dirinya, menipu ibubapanya, menipu masyarakatnya, menipu bangsanya, menipu negaranya dan yang lebih dari itu cuba nak menipu Tuhannya..
Nanti bila orang suruh buat kerja dia tak pandai dan ramai juga yang suruh orang lain tulis tesisnya atau projeknya...

jane said...

salam raya buat mantan,

memang serius benda ini ya. siapakah agaknya pemimpin muda yang membeli doktor ini ya....teringin nak tau.

saya nak menghabiskan B.Edu (Hons) 4 tahun dulupun separuh mati rasanya, sampai bergolok bergadai, sampai menjual kereta....depa senang2 aje tipu orang.

IPTA rasanya memang telus perkara ini namun IPTS ? Saya rasa perkara ini patut diambil berat. jangan sampai berlaku sesuatu yang besar, baru kerajaan nak bukak mata, seperti banyak kes yang sudah2!!

zaijb said...

mereka ada wang... ape yg mereka mahu semuanye boleh dapat dan benda2 tue semua tak mustahil bagi diorang cuma mereka kurang sesuatu iaitu perasaan bangga bukan bangga diri tp berpuashati hasil dr titik peluh sendiri...

skrg sy sedang melaluinyee rasa sgt2 susah kekadang hampir2 kecewa...tp sy gagah kan juga...demi ilmu yg ingin sy perolehi..

HASHIMME OMAR said...

Inilah yang dikatakan ada otak tapi tidak berakal. Hai tak malu ke ye. Saya pun pelik juga dengan masalah ni. Kalau dibiarkan satu masa nanti golongan ini akan memenuhi IPTA/IPTS dan bakal melahirkan produk yang boleh menjadi PENGKHIANAT BANGSA.