12.10.09

Esok Merdeka!

PMR 2009 sudah selesai!


"Merdeka!", kata sesetengah pelajar.


Tidak terlalu awal untuk saya andaikan (rumuskan?) bahawa :


Di kebanyakan sekolah, fungsi normal persekolahan terlontar jauh daripada kebiasaan. Selama sebulan, sebelum cuti akhir, persekolahan menjadi berbeza, khususnya bagi pelajar-pelajar tingkatan tiga!.

Kita nantikan apa berita sensasi di dada akhbar tempatan.



8 comments:

Rosnah said...

Oleh kerana pendidikan di malaysia berorientasikan peperiksaan maka itulah yang terjadi. Fenomena ini wujud bukan sahaja dalam kalangan pelajar sekolah bahkan peringkat universiti sekalipun. Malangnya juga guru-guru pun begitu, mengajar untuk peperiksaan not 4 students survival. Sebab tu bila habis periksa guru2 mengangap tugasnya selesai untuk tahun itu. stake holders yang lain pun beranggapan begitu. mereka menerima situasi lepas periksa sekolah dah tak penting. Sedangkan 2 bulan jangka masa yang panjang dan pelbagai pengisian ke arah pembangunan pelajar secara santai perlu di lakukan. Unit disiplin dan kaunseling boleh merancang pelbagai aktiviti. .... alamak pjg la pulak..stooop..dulu,

Puteri said...

kita terlalu banyak didedahkan dengan semangat kemerdekaan hingga pelajar tidak dapat membezakan apa sebenarnya erti merdeka, mungkin juga mereka belum cukup matang untuk memahami apa yang mereka ucapkan...

Komenbalasmantan said...

Rosnah,
Suatu ketika saya pernah mengatakan bahawa sistem pendidikan kita seperti "menanpal periuk yang bocor". Kini kawah juga kelihatannya bocor juga.

Sayakomen said...

Puteri,

budak-budak tu, "merdeka" maknanya "tak payah datang sekolah".

Anonymous said...

mereka blom merdeka lg!
msih bnyak y blom mreka lalui dan harus lalui.ssngghnya msih jauh n panjang perjuangan mreka itu...
tapi bg mreka mcm sdh lpas satu bebanan besar y slame nie mereka trpkse tnggng dan apabila habis shj peperiksaan,mereka rasakan apa y slame ini mereka belajar sudah tidak perlu mereka ketahui lagi....
jelas seolah2 apa y dkatakan bhwa sistem pembelajaran di msia hanya perorientasikan peperiksaan semata2...
wallahua'lam (faiz omar)

Al-Manar said...

Cikgu,
Sebagai seorang 'volunteer worker' dan 'non professional' dalam bidang persekolahan saya sedih melihat bilangan pengetua dan guru guru yang lebih mementingkan kenaikkan 'grade' daripada kepentingan masa hadapan murid. Tentu ramai yang menentang pandangan saya. Maaf

mantan said...

Faiz,
Kelihatannya Faiz sudah semakin matang...

mantan said...

Al-Manar,
Thank you for commenting.