20.10.09

SEDAP



Ramai suka minum kopi. Ada macam-macam kopi. Ada kopi jantan, kopi gano, kopi tongkat Ali dan macam-macam lagi. Ada kopi murah, ada yang mahal. Tapi ada sejenis kopi yang paling istemewa terdapat di Asia Tenggara khususnya di Indonesia.

Kopi Luwak, paling mahal di dunia. Kopi Luwak terdapat di Sumatera, Jawa dan Sulawesi. Kopi ini asalnya dari biji kopi biasa saja. Tapi "proses"nya yang istemewa itu, yang jadikan kopi ini paling mahal.

Biji kopi ini mencecah harga sampai US$600 se pound. Dan harga secawan US$50. Kopi ini dijual di Jepun dan Amerika syarikat.

Di Filipina kopi ini dipanggil Kape Alamid. Di Timur Timor diberi nama Kafe-laku

sementara di Vietnam di namakan weasel-coffee.

Nama-nama tersebut semuanya merujuk kepada haiwan musang yang "memproses" biji kopi tersebut.

"Luwak" ialah sejenis haiwan seperti musang yang gemar makan buah kopi. Biji-biji kopi yang dimakan musang ini, tidak hadam. Tahi musang ini (biji kopi) dipungut dan diproses menjadi serbuk kopi.

Khabarnya, proses pemeraman dalam perut musang (sebelum dikeluarkan) membuang rasa pahit kopi, menjadikan kopi ni paling enak rasanya.

Dulu, biji-biji kopi dipungut di merata kawasan tempat tinggal luwak. Tapi, sekarang luwak sudah diternak khusus untuk memproses biji kopi.

Macam mana rasanya ye?

5 comments:

CIKGU NAMAN said...

eeeeeeeeeeeee.....

zaijb said...

cehhh... tak sanggup... makan najis lee tue...

mantan said...

zaijb,
macam2 lah manusia ni. Makan najis musang lah, najis dadah lah...

eiza in the house.. said...

salam ziarah..
ada jugak manusia nak makan dr najis...

Anonymous said...

Guru, proses peram biji kopi dalam perut luwak ni kira proses 'semulajadi' lah kan? Hehehe...