11.12.09

KUCUPAN


Seorang pekerja beritahu Pengetua masalah yang berlaku di bilik air perempuan di kolej tempat dia kerja tu (bukan di Malaysia). Pelajar-pelajar perempuan suka sangat kucup cermin untuk tinggalkan kesan gincu. Penuhlah cermin bilik air tu dengan kesan gincu.

Pekerja tu pun tampallah notis, larang pelajar-pelajar tu buat kerja-kerja yang macam tu.. Tetapi budak-budak tu tak peduli pun.. Setiap petang jenuhlah pekerja tu bersihkan kesan-kesan gincu di cermin bilik air, tetapi esoknya budak-budak tu buat lagi.

Apabila keadaan tidak berubah, Pengetua terpaksalah ambil tindakan nak atasi masaalah tu.

Kesokan harinya Pengetua telah arahkan supaya beberapa pelajar perempuan dari setiap kelas sebagi wakil pelajar datang berkumpul di bilik air.

“Terima kasih kerana kamu semua dapat hadir,” kata Pengetua, “ Tentu kamu dapat lihat kesan gincu yang penuh di cermin itu.’

Beberapa pelajar saling berpandangan antara satu sama lain.

“Kamu semua sedia maklum gincu bibir yang digunakan sekarang ini dibuat supaya kekal lama di bibir, dan memanglah lebih sukar untuk dibersihkan jika terlekat di cermin.

Dengan sebab itu kami dengan susah payahnya telah mencipta alat pencuci yang paling berkesan untuk membersihkan kesan gincubibir di cermin itu.

Saya harap apabila kamu melihat keberkesan alat pencuci itu, tolong sampaikan maklumat ini kepada rakan-rakan kamu yang lain. Selepas ini diharapkan kamu lebih selesa menggunakan kertas tisu dan tidak lagi menggunakan cemin untuk tujuan itu.”

Selepas saja pengetua sampai maklumat itu, pekerja kolej datanglah bawa span alat pembersih cermin. Budak-budak tu tengok pekerja celupkan span pencuci tu ke lubang tandas yang belum dicuci dan kemudian digosokkan ke cermin untuk bersihkan kesan gincu itu.

Pekerja itupun tersenyum. Pelajar-pelajar itu pun beredar. Pengetua pun senyum juga.

Selepas itu tak ada lagi kesan gincu di cermin bilik air itu.

17 comments:

zino said...

satu idea yg bernas dari cikgu besar tu hehe..macam mana nak apply utk yg suka conteng dinding tu ya.. hehe

mantan said...

zino,
Bagi yang suka conteng dinding tu, panggil mak, bapak dia supaya sama-sama conteng dinding tu.

Zendra said...

Salam mantan, sesekali pengetua perlu mengambil tindakan drastik seperti itu. Agaknya mantan juga pernah?

hazeleyed said...

Ass-salam cikgu
Wah! bijak Pengetua tu selesaikan masalahnye...
Cikgu memang sepatutnya bijak kan.

mantan said...

Zendra,
Salam.
Bukannyaa mudah nak uruskan manusia ni.
Kadang-kadang kena ambil tindakan drastik juga, sebagai suatu pilihan.

mantan said...

hazeleyed,

Ass-salam,

Sebagai ketua dan pengurus, kadang-kadang perlu memilih tindakan yang tertentu untuk menyelesaikan masaalah.

rosnah said...

ha.ha. padan muka. tulah kadang2 watpelah gi cium cermin tu..

izakhairi said...

tindakan yang diambil oleh pengetua tu memang bijak penuh diplomasi, macam menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus dan tepung tak berselerak.

sentiasa 'maintain' jadi guru yang disenangi oleh semua anak murid, barulah P&P berjalan lancar dan anak-anak murid ternanti-nanti waktu kita.

mantan said...

rosnah,
tu lah nakal budak-budak, macam-macam dibuat.
Kalau tak ada idea nak 'lawan' mereka tu, stress la jadinya...

mantan said...

izakhairi,

sebaik-baiknya semua guru perlu ada 'kebijaksanaan' untuk menyelesaikaan masaalah. Kebijaksanaan memilih strategi yang sesuai dengan isu yang hendak ditangani.

cikgupj said...

Hebat Mantan!...Inilah namanya Pengetua main taktik KOTOR!...kahkahkah...yang penting berkesan...

n@m@n said...

untuk yg buang 'pad; mcm mana ye?

ain said...

kdg2 kena trick ngan cara sebegini untuk mengajar bdk2!!!

mantan said...

Cikgu PJ,
Kalau tak main taktik kotor macam tu, camne nak selesai masalah.

mantan said...

n@m@n,
Camne ye?

Mungkin boleh recycle buat topeng H1N1 tu...hehehe.

Dulu ada kawan saya pakai kotex (dulu buat dgn cotton, pakai ikat, ada tali) buat lapik dahi main takraw (yang belum guna la..). Kreatif juga dia...

mantan said...

ain,

otak kena kreatif juga...

n@m@n said...

WAH..boleh pakai kt dahi jugak ye..hehe