4.12.09

Siapa Dia?


(Tukarkan semua perkataan ‘Dia’ dalam entri di bawah ini dengan panggilan manja anda kepada isteri…) (Tukarkaan semua perkataaan ‘saya’ dengan panggilan manja isteri kepada anda [suami]).

(1)
Jangan kata:
Dia tak pernah puashasti dengan apa yang ada!

Tapi kata:
Dia sungguh komited untuk menjadikan segalanya terbaik.

(2)
Jangan kata:
Dia banyak karenah!
Tapi kata:
Dia sangat penyayang dan memastikan perhubungan sentiasa berjaya.

(3)
Jangan kata:
Dia hendak mengongkong saya!
Tapi kata:
Dia ingin memberikan sumbangan terbaik kepada kehidupan saya kerana dia menyayangi saya.

(4)
Jangan kata:
Dia sangat cemburu!

Tapi kata:
Dia sangat komited memastikan kejayaan hubungan kita.

(5)
Jangan kata:
Dia sangat emosional!
Tapi kata:
Dia mempunyai hati dan perasaan yang lembut.

(6)
Jangan kata:
Dia tidak mengharap saya menjaga diri dia. Dia boleh berdikari!
Tapi kata:
Walaupun dia tabah, tapi dia mahu pasti saya dapat membantu dia ketika diperlukan.

(7)
Jangan kata:
Dia menyekat kebebasan saya!
Tapi kata:
Dia komited untuk kebahagiaan bersama dan sentiasa mahu berdampingan.

Bagaimana nak menuturkan kata-kata itu, terserahlah. Nak gunakan bahasa isyarat pun boleh, kalau dapat difahami.

Apa reaksi isteri?

8 comments:

ybs said...
This comment has been removed by the author.
suami said...

salam mantan,
ayat 'jangan kata' adalah bersifat negatif manakala ayat 'tapi kata' telah dipositifkan dan mmg sepatutnya kata2 yg seperti itulah yg kita tuturkan pd isteri kita khasnya....mudah2an sy sendiri dpt mengamalkannya!

Seri Suryati said...

jangan dan tapi dua maksud berbeza...apa-apa pun sayangilah pasangan kita.....

Kembara Kelana said...

pertingkatkan kemahiran komunikasi dan perbendaharaan kata ....kekadang org cakap ringkas dan padat sebab tak ada perkataan yang sesuai dalam stok pembendaharaan katanya...banyak kan membaca...

a kl citizen said...

assalammualaikum mantan

dua kepala yang berbeza cara didiknya memang payah untuk sefaham.

namun yang penting ialah serasi dan telus.
terus terang dan jangan asyik harap orang faham kita.

bila dah lama bersama, kekadang kenyitan mata sahaja sudah faham maksudnya kan.

apa pun saya cuba sentiasa positif.

mantan said...

Salam semua,

(Suami, KK, Seri Suryati, a kl citizen).

Seboleh-bolehnya kita tingkatkan kemampuan untuk memilih yang positif

Rosnah said...

mm. kalau boleh kata2 tu pun spray freshner. Di samping kata-kata indah ianya wangi ha.ha, takpe buat sebaik mungkin untuk hubungan yang baik..

mantan said...

Rosnah,
Nanti, kalau bercakap keluar bunga, mcm dalm iklan freshner kat tv tu.