1.2.10

10:10


Saja-saja saya surf. Nak tengok jenama dan iklan jam tangan. Ada macam-macam jenis, bentuk dan harga.

Pelbagai bentuk  iklan jam dapat dilihat.

Tetapi ada sesuatu yang saya dapati. Hampir keseluruhan jenama jam yang diiklan menunjukkan pukul 10:10

Saya kira itu disengajakan.

Barangkali pengiklan ada rasionalnya berbuat demikian. Pengiklan memang kreatif!


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم : Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  1. وَالْعَصْرِ Demi masa.
  2. إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
  3. إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
(103:1-3)

6 comments:

ain said...

hmmmm...kenapa ye..???

Daddy Zuki said...

saya ingat lagi masa di tingkatan 1 di SM Sains Machang, Kelantan pada tahun 1986, inilah surah pertama yg diajar oleh Ustazah Zainab semasa mp Agama Islam. Banyak pengajaran berguna ttg pengurusan masa dpt kita dpti di sini.

ustaz eds said...

Salam cikgu...Allah S W T telah bersumpah dengan masa...bermakna masa itu merupakan satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Jika kita tidak menghargai masa kini, nescaya kita telah mengalami kerugian yang sangat besar yang tak boleh kita nilai dengan harta didunia ini...

n@m@n said...

pernah terbaca 10.10 menggambarkan bentuk senyuman

Anonymous said...

orang kte pncipta jam mati pd 10.10....

DaHLia said...

betul, 10.10 menunjukkan smile...