Memang muntah saya dibuatnya. Laksam yang saya beli ada ''alien (makhluk asing)". Ketika sedang mengunyah laksam, terasa ada bahan yang liat, disangka ketulan ikan, rupa-rupanya secebis sepan pencuci pinggan (diperbuat drpd bahan fiber - bukan getah). Patutlah susah dikunyah.
Apa nak dikata. Kalau tahu, takkan dimakan.
.................................................................................................
Laksam merupakan sejenis masakan yang
diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Biasanya adunan cair
tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak. Apabila mengeras,
ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang,
ia boleh dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam.
Resepi
Ramuan
Kuah
- 300 gm isi ikan
- 150 ml santan pekat (tambah air jika perlu)
- 4 ulas bawang merah (dikisar)
- 4 ulas bawang putih (dikisar)
- 1 batang serai (dikisar)
- Sedikit halia (dikisar)
- 2 kiub pati ayam
- Sedikit kacang panjang, tauge, kobis, daun selasih,
sengkuang, timun dan daun salam (dihiris)
- Sedikit lada hitam
Laksam
- Minyak masak, garam & lada sulah 1 cawan tepung
beras
- 1 cawan tepung ubi
- 2-3 cawan air
- sedikit garam
Cara penyediaan
Tepung beras, tepung ubi, garam dan air
dibancuh sehingga sebati. Gunakan tudung periuk sebagai loyang dan guna satu
senduk adunan bagi setiap loyang. Pastikan adunan tidak terlalu tebal. Kukus
hingga masak. Keluarkan kepingan laksam dari loyang dan digulung. Ulang proses
ini hingga adunan habis. Ketepikan. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing.
Masukkan isi ikan, kiub pati ayam & santan. Apabila mendidih, masukkan
garam & serbuk lada sulah. Matikan api dan ia sedia unduk dihidangkan.
Cadangan
Hidangan
Potong tepung laksam anggaran 1 sm
tebal. Masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan sayur-sayuran. Kemudian tuangkan
kuah panas. Enak juga dimakan dengan sambal belacan.
15 comments:
Cg,
Saya baca pun dah rasa nak muntah. Kebanyakkan peniaga sekarang tidak ada asas pendidikan untuk uruskan peniagaan, etika perniagaan, penjagaan kebersihan dan sebagainya. Bila lihat orang lain berniaga dia pun nak berniaga. Inilah jadinya jika target hanya untung. Hal-hal lain letak belakang. Semoga guru-guru dapat memberi pendidikan sempurna di sekolah supaya tidak melahirkan insan yang rohani dan jasmaninya tidak seimbang.
Cikgu Shariff,
Apa-apa pun, perlu pendidikan kerana yang terdidik akan lebih berilmu.
Pernah saya makan nasi biryani di restoran yang sangat terkenal di sebuah ibu negeri. Saya terjumpa seurat tali mob (pencuci lantai) dalam nasi yang saya makan. (Saya ada tulis pengalaman ini dlm blog saya). {sekarang restoran itu, tidak wujud lagi di situ}.
Tidak terlewat rasanya untuk ucapkan "Selamat Hari Guru" untuk Cikgu MS, barangkali kerana bagi guru, setiap hari adalah "Hari Guru".
selamat hari guru mantan
aii, kalau saya pun memang termuntah lah mantan kan
orang kita ni , orang lain niaga, dia pun nak niaga,
tapi tak reti nak berniaga secara islami
Cg,
Berbicara tentang penyediaan makanan yang tidak bersih yang berbagai macam yang kita jumpa dalam makanan sangat menyakitkan hati. Dalam aduan rakyat terbitan TV3 ditunjukkan tentang kedai yang bersih di hadapan tetapi di belakangnya MasyaAllah, begitu juga dengan perangai manusia yang menjadikan tandas sebagai stor bahan mentah. Belum lagi yang terang-terang kita nampak semasa mereka menyediakan makanan untuk disajikan kepada kita seperti mengorek telinga, mengorek gigi, garuk punggung, ketip kuku dan nasib tak baik jumpa kuku dalam nasi, jumpa rambut dll. Nampaknya cg kita kena kurangkan makan diluar. Makan di rumah lebih bersih..
geli la bang ...
( panggil abg bolehkan ?.. as suka manja 2 ..he he .. )
Ini baru betul...
Lepas tak puas hati dengan laksam yang dibeli..
Terus cari resepi, buat sendiri...
Lagi meyakinkan saat menjamahnya....
Salam mantan.
citiz,
kita ada banyak pilihan. Belilah yg sesuai..
Az,
tq.
xiiinam, salam.
buat sendiri, lagi bagus...
Cikgu Mohamad,
Kadang-kadang mereka tak sedar yang mereka tu pengotor!
cikgu...
rasa geli.mintak dijauhkan la...
Salam.
Alamak, camna ni?
Dalam laksam ada pencuci pinggan?
Nengok gambar tu pun nak termuntah inikan pula yang memakannya. Agaknya, ini petua kot nak bagi
laksam tu rasa sedap dan ada Ummmmmph. Ini menggambarkan sikap peniaga yang ambil ringan soal kebersihan. Main campak aje dalam periuk at last tercampak kain pencuci pinggan.Sapa nak jawab?
Happy Teacher's Day, Mantan Guru Besar.
Semoga diberkati Allah swt sentiasa dan ceria selalu.
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..........gelinya ....
roha,
lain kali kita buat sendiri je....
Post a Comment