31.7.10

Berbalas Pantun Sahabat Facebook


 Sebagai penghargaan kepada sahabat-sahabat facebook mantan yang sudi berpantun bersama mantan, dimuatkan pantun mereka itu dalam posting mantan kali ini...


A Wahab Taha ‎:
Baik bergalas baik tidak,
Buli-buli bertali benang,
Baik berbalas baik tidak,
Asal budi sama dikenang.

Tali benang bergulung-gulung
Buat mengikat buah ketapi
Budi baik rasa nak junjung
Tetap dikenang sampai ke mati
 budi baik rasa nak junjung,
tetap dikenang sampai kemati,
orang kita suka disanjung,
budi bahasa tolak ketepi..
 buah berangan dimakan pagi
makan bersama ubi kayu
budi jangan tolakke tepi
bukan itu adat melayu
budi jangan tolak ketepi,
bukan itu adat melayu,
marilah kita bersatu hati,
barulah melayu akan maju..
kain dibuat baju melayu
jahit sahaja jangan disulam
kalau kita inginkan maju
berpadulah atas landas islam
saya setuju pendapat saudara,
islam adil kepada semua,
jika kita lalai dan alpa,
rujuklah alquran dan amalkannya..
isi bemban ke dalam bakul
muatan perahu belum sarat
al-quran bersama sunnah rasul
pegangan kita dunia akhirat
apkah maksud isi bemban,
muatan perahu belum sarat,
Quran dan sunnah jadikan amalan,
Akan selamat dunia akhirat..
apa diharap pada harta
sampai ajal tidak berguna
berbuat baik amalan kita
jika dijunjung lagi bermakna

harimau mati meninggalkan belang,
manusia mati meninggalkan nama,
biar kita tidak dijulang,
Asalkan kita berakhlak mulia..
letak gelas dalam dulang
gelas beli di kedai papan
isi dengan air serbat
biar nama tidak dujulang
budi baik umpama intan
...diingat orang sepanjang hayat  
Yang naik padi,
Yang sudah baja,
Yang baik budi,
Yang indah bahasa.
sultan Mahmud mangkat dijulang
sehingga kini masih dikenang
biar kita tidak dijulang
namun jasa tetap terkenang..

Yusof Sipan
Sehingga kini masih dikenang
Sejarah lama jadi ingatan
Namun jasa tetap dikenang
Emas perak bukan gantian

 terbang malam sikunang-kunang,
mari hinggap atas dahi
bukan saja jasa dikenang
mengharap redha dari Ilahi

Yusof Sipan
Mari hinggap di atas dahi
Jika memegang berhati-hati
Mengharap redha dari Ilahi
Sebagai bekalan di akhirat nanti
 jika memegang berhati-hati
kalau terlepas terbanglah ia
sebagai bekalan di akhirat nanti
agar mendapat balasan syurga

Yusof Sipan
Kalau terlepas terbanglah ia
Terbang rendah di rumah cik nyonya
Agar mendapat balasan syurga
Bahagia hidup selama-lamanya
pergi cari di rumah cik nyonya
ramai-ramai berjalan kaki
bahagia hidup selama-lamanya
itulah bahagia yang hakiki

Yusof Sipan
ramai-ramai berjalan kaki
orang desa asyik bertani
itulah bahagia yang hakiki
menjadi impian setiap insani
orang desa asyik bertani
sebidang tanah ditabur budi
menjadi impian setiap insani
mudah-mudahan kekal abadi
pulau pandan jauh ke tengah,
gunung daik bercabang tiga;
hancur badan dikandung tanah,
budi yg baik dikenang juga..

Yusof Sipan
sebidang tanah ditabur budi
jerat di paya siapa yang punya
mudah-mudahan kekal abadi
di akhirat bahagia selama-lamanya

Yusof Sipan
gunung daik bercabang tiga
pokok rendah si daun palas
budi yg baik dikenang juga
tidak pernah minta dibalas
jerat di paya siapa yang punya
mangsa belum lagi bersua
di akhirat bahagia selama-lamanya
di dunia hanya sementara jua

 Yusof Sipan
mangsa belum lagi bersua
monyet tua makan kelapa
di dunia hanya sementara jua
sentiasa beringat janganlah alpa
monyet tua makan kelapa
bergincu dibibir kelihatan jelita
sentiasa beringat janganlah alpa
kepada yang Esa bertawakallah kita
 hari-hari jalan di titi,
jgn lupa kita akan mati.
ke universiti nak ambil degri,
jika blm sedar ingatlah diri.

Yusof Sipan
bergincu di bibir kelihatan jelita
bangun pagi rasa bahagia
kepada yang Esa bertawakallah kita
Yang layak disembah hanyalah DIA

Yusof Sipan
jgn lupa kita akan mati.
jgn terleka walau sekali
jika blm sedar ingatlah diri
agar bersedia utk 'kembali'

 jika terlena walau sekali
elakkan dari bersandar dibesi
agar bersedia untuk kembali
meniti lalu ke syurga firdausi

Yusof Sipan
elakkan dari bersandar di besi
tapi jangan sampai tertiarap
meniti lalu ke syurga firdausi
rasa tak layak namun mengharap
Jangan nanti sampai tertiarap
jika luka segera dirawat
rasa tak layak namun mengharap
segera bertaubat usahlah lewat

No comments: