16.8.10

BLVM (Bubur Lambuk Versi Mantan)


Enjin carian Firefox menyenaraikan 25,300 entri berkaitan tajuk “Resepi Bubur Lambuk”.

Salah satu daripadanya ialah BLVM. Cubalah….

BUBUR LAMBUK VERSI  MANTAN (BLVM)
(Untuk 5 orang)

Bahan-bahannya:-
  • 2  cawan beras
  • 4 ekor ikan kembung bersaiz sederhana  
  • 2 cawan santan drp sebiji kelapa/ santan kotak
  • 5 ulas bawang merah dikisar halus
  • 2 ulas bawang putih dikisar halus
  • 1 inci halia dikisar halus
  • 7 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa (jika suka).
  • 2 sudu serbuk lada hitam
  • 10-15 tangkai pucuk paku merah
  • 1 helai daun kunyit   
  • 3 tangkai daun kesum ( lebihkurang 20 helai)  
  • 3 tangkai daun selasih.( lebihkurang 25 helai)
  • 2 helai daun kaduk.
Cara-cara mengolahnya:-
  1. Bersihkan ikan kembung, sapu sedikit garam dan bakar hingga agak garing.
  2. Bersihkan beras dan masaak hingga menjadi bubur, Tambah air jika kurang.
  3. Ikan kembung bakar dibuang tulang dan diracik-racik isinya.
  4. Bawang merah, bawang putih dan halia dikisar
  5. Setelah beras menjadi bubur,kecilkan api, masukkan bahan kisar dan ikan.
  6. Masukkan santan, pastikan tidak pecah minyak.
  7. Masukkan sayuran yang telah disiang dan dibersihkan.
  8. Akhir sekali, masukkan garam serbuk lada hitam dan serbuk perasa.
  9. Kacau dan apabila budur mula mendidih, angkat.
Ikan memang kena bakar (bukan direbus),dan jangan dikisar (memadai diracik sahaja). Tak ada ikan kembung, ikan selayang pun boleh. Ikan tamban pun boleh juga, tapi tulannya banyak. Mungkin daun selasih dan daun kaduk sukar diperolehi. Tak ada pun taka pa, tapi rasanya bukanlah BLVM.

Kalau BLVM dirasai sedap, nanti saya akan masukkan entri bertajuk MKVM (Mee Kari Versi Mantan) pula…. Selamat berpuasa……

4 comments:

CIKGU NAMAN said...

saya pun nanti nak buat ABVN ( ayam bakar versi naman)..hehe

best kan kalau kita sendiri tau masak

mantan said...

n@man,
yelah, memang seronok masak sendiri. Tapi mana nama ada masa nak masak?. Mungkin sesekali hujung minggu...

ybs said...

mcm best jer bubur ni....

nt nak suruh org umah masak!

ahmad humairi said...

salam ramadhan al mubarak,

saya, kalau masak sendiri...sendiri je yang sedap memakannya...orang lain mencuba mesti komen...xsedap!