Showing posts with label A.Wahab Taha: AGAMA. Show all posts
Showing posts with label A.Wahab Taha: AGAMA. Show all posts

14.11.10

Soalan-soalan Tentang Qurban


Soalan 1: Apakah yang dimaksudkan dengan ibadah qurban?

Makna qurban atau disebut al-udhiyyah ialah binatang yang disembelih pada waktu Dhuha. Manakala penegertian dari segi hukum syarak ialah binatang ternakan seperti kambing,lembu atau kerbau yang disembelih pada Hari Raya Adha atau pada hari-hari Tasyrik ( 11,12 dan 13 Zulhijjah ) dengan niat untuk menghampirkan diri kepada Allah s.w.t.

Jika kita meneliti maksud qurban yang sebenar yang dikehendaki oleh Islam iaitu “Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t”, maka seharusnya kita insaf bahawa ibadah ini adalaah suatu tuntutan. Ia merupakan suatu ukuran ketaqwaan terhadap hamba-hambaNya. Tidak boleh sesekali kita melaksanakan ibadah ini  untuk seseorang, atau sesuatu yang selain daripada Allah s.w.t.

Allah berfirman :
‘Maka bersolatlah kamu untuk Tuhanmu dan bersembelihlah (berqurban untuk Tuhanmu)’(Al-Kausar : 2 )

Jelas di sini, Allah s.w.t meletakkan ibadah qurban itu bersebelahan dengan perintah solat, agar difahamai dalam makna yang betul.
Jika tanggapan bahawa ibadah qurban itu bertujuan untuk memberi makanan pada orang msiskin, ia satu konsep yang silap. Konsep ini menyebabkan hilangnya kesuburan dalam melaksanakan ibadat qurban khususnya dalam suasana masyarakat yang mewah kerana keperluan manusia untuk menerima daging qurban itu bukan sesuatu yang terdesak. Insya Allah, hal ini akan lebih difahami apabila kita melihat fadhilat berqurban. dan kita dapat melihat betapa pentingnya ibadah ini perlu dilaksanakan. Ianya lebih diperlukan kepada sipelaksana daripada si penerima.

Soalan 2: Bagaimana dan bilakah hendak melaksanakannya?
Pelaksanaan ibadah qurban boleh di lakukan dengan menyembelih sendiri haiwan ternakan atau mewakilkannya kepada pihak lain. Waktu bagi melakukan ibadah ini hanya pada hari yang dikhususkan oleh syarak iaitu pada mana-mana antara 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah setiap tahun.

Soalan 3: Apakah yang dimaksudkan dengan ibadah aqiqah?

Dari sudut bahasa,, aqiqah diambil dari perkatanan Aqqa, iaitu memotong atau membelah. Pendapat lain pula menyatakan, aqiqah ialah nama kambing yang disembelih untuk kepentingan bayi. Ini kerana, kambing itu dipotong dan dibelah-belah. Selain itu, ada juga yang berpendapat, aqiqah itu ialah, “rambut yang tumbuh di atas kepala bayi sewaktu lahirnya”.
Adapun dari sudut istilah “ Aqiqah ialah ‘ penyembelihan haiwan tertentu untuk ` kepentingan anak, sekali gus dicukur kepalanya dan diberi nama”

Soalan 4: Bagaimana dan bilakah masa yang paling digalakkan untuk melaksanakannya?

Melaksanakan ibadah aqiqah ialah dengan melakukan sembelihan pada hari ketujuh kelahiran anak sehinggalah akil baligh anak tersebut.

Soalan 5: Apakah hukum melaksanakan ibadah qurban?

Hukum melaksanakan ibadah qurban adalah sunat muakkad. Ini bermakan ia adalah ibadah sunat yang sangat-sangat dituntut oleh Islam ke atas umatnya untuk dilakukan jika berkemampuan.

Soalan 6: Apakah kelebihan melaksanakan ibadah qurban?

Antara fadilat dan kelebihan berqurban itu ialah:
1) Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
2) Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
3) Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
4) Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.
5) Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
6) Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."

Soalan 7: Apakah hukum melaksanakan ibadah aqiqah?

Hukum – Sunat yang dituntut ( muakad )

Soalan 8: Apakah kelebihan melaksanakan ibadah aqiqah?

Berdasarkan kepada tafsiaran maksud hadith Rasullah – “Setiap anak itu tertahan dengan aqiqahnya, disembelih baginya hari yang ke tujuh, dinamainya dan dicukur kepalanya.”

Soalan 9: Apakah binatang-binatang ternakan yang dibenarkan untuk pelaksanaan ibadah qurban dan aqiqah?

Binatang-binatang ternakan yang di benarkan untuk pelaksaan qurban dan aqiqah ialah seperti unta, lembu, kambing, kerbau, kibas dan yang seumpama dengannya.

Soalan 10: Berapa bilangan (ekor/bahagian) haiwan ibadah qurban yang di galakkan?
Bagi setiap seekor lembu, unta atau kerbau itu boleh dibahagi kepada 7 bahagian. Bahgian paling sedikit yang harus dalakukan oleh seseorang itu adalah satu bahagian dan tiada batasan untuk bilangan paling banyak. Seseorang muslim itu boleh melaksanakan ibadah qurban ini sebanyak mungkin mengikut kemampuannya. Adapun bagi kambing pula, bagi seekor kambing tidak boleh dibahagi mengikut bahagian seperti lembu. Maka bagi setiap kambing itu adalah untuk seorang muslim sahaja.

Soalan 11: Berapa bilangan (ekor) haiwan ibadah aqiqah yang di galakkan?

Menurut hadis yang telah disebutkan di atas, sekurang-kurangnya bagi seorang anak perempuan adalah seekor kambing dan bagi anak lelaki pula digalakkan dengan dua ekor kambing.

Soalan 12: Bolehkah saya mengaqiqahkan anak lelaki saya dengan seekor kambing sahaja?

Boleh mengaqiqahkan anak lelaki dengan seekor kambing sahaja dan masih dianggap sah. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan menyatakan bahawa Rasullah pernah mangaqiqahkan Hassan dan Hussin (cucu baginda) dengan seekor kambing seorang.

Soalan 13: Saya telah melaksanakan aqiqah seekor kambing untuk anak lelaki saya, bolehkah saya melaksanakan seekor lagi untuk mencukupkan dua ekor kambing?

Boleh dan sah mencukupkan seekor lagi kambing untuk nak lelaki tersebut.

Soalan 14: Bolehkah saya melaksanakan aqiqah untuk anak saudara saya jika ibubapanya belum berkemampuan sedangkan saya lebih berkemampuan?

Boleh melaksanakan aqiqah untuk anak saudara mahupun cucu jika kita berkemampuan sedang ibubapa anak tersebut belum mengaqiqahkan anak tersebut.

Soalan 15: Bolehkah saya melaksanakan aqiqah untuk diri saya sendiri jika belum diaqiqahkan sewaktu kecil dahulu?
Boleh melakukan aqiqah tersebut dan hukumnya harus.

Soalan 16: Jika saya tidak mempunyai masa dan sring sibuk, bolehkah saya mewakilkan pelaksanaan aqiqah kepada pihak ketiga?

Boleh dan hukumnya harus bagi kita untuk mewakilkan ibadah qurban mahupun aqiqah kepada pihak lain.

2.10.10

E-CODES

Beware of below E-CODES the codes are by mixing from transform of PIG origin.


E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422,E430, E431, E432, E433,E434, E435,E436, E440,E470, E471, E472,E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482,E483,E491, E492, E493,E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904

12.8.10

BANYAKNYA MAKAN!

Makan berlebihan ketika berbuka puasa menyebankan rasa mengantuk, boleh menghalang kita melaksanakan kewajipan kepad Allah mahupan kepada diri sendiri.

Makan secara yang tidak betul boleh menyebabkan:- 
1. Gangguan pencernaan - disebabkan oleh makan berlebihan makana, goreng, berlemak, makanan pedas dan minuman berkarbonat. 

2. Sembelit - disebabkan oleh terlalu banyak makan makanan siap diproses, makan tidak ber serat atau kurang minum air. Bijirin, bua-buahan dan sayuran kaya dengan serat makanan. 

3. Kelesuan - disebabkan tekanan darah rendah keranaa terlalu banyak makan makanan yang berkanji dan berlemak. 

4. Pening Kepala - disebabkan oleh kurang tidur dan terlalu aktif secara fizikal. 

5. Kejang Otot - disebabkan kurang pengambilan makana yang mengandungi kalsium, magnesium dan kalium. Makanan kaya dengan kalsium termasuk brokoli, buncis, okra, lobak, almond, kismis, biji bijan dan produk susu. Makanan yang kaya dengan magnesium termasuk: bran, beras merah, tepung jagung, keju, kuning telur, pisang, epal, kurma, almond, lobak, terung dan bunga kubis. Makanan yang kaya kalium termasuk: keju, epal, tembikai, aprikot, nanas, ayam, kacang tanah, kubis, dan timun. 

6. Kurang tidur – Tidur diperlukan untuk memastikan kesegaran badan terutama bagi mereka yang bekerja atau atau belajar. Kurang tidur menimbulkan kegelisahan, sakit kepala dan masalah. Tidur selepas makan juga menyebabkan masalah pencernaan. Makan sekurang-kurangnya 1 - 1 ½ jam sebelum waktu tidur.

7.8.10

RAMADHAN AL-MUBARAK

Kepada rakan-rakan blogger dan fb sekalian:

Diucapkan:

"SELAMAT MENYAMBUT KEHADIRAN RAMADHAN AL-MUBARAK
DAN 
MELAKASANAKAN SEGALA  IBADAHNYA"

4.8.10

NIKAH

1. Kerajaan  Negeri Melaka pernah mencadangkaan penubuhan sekolah khas bagi pelajar mengandung.

2. Kemudian kerajaan negeri Melaka juga "menggalakkan" ibu bapa memberi kebenaraan kepada anak-anak mereka berkahwin walaupun masih bersekolah.

3. Mengikut laporan akhbar, Majlis Agama Islam Melaka dan Jabataan Agama Islam Melaka bersetuju memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.

Kita harap segala keputusaan yang akan dibuat tidak terlepas daripada mengambilkira semua aspek berkaitan isu tersebut.