Showing posts with label A.Wahab Taha: Kasihannya Cikgu. Show all posts
Showing posts with label A.Wahab Taha: Kasihannya Cikgu. Show all posts

12.4.10

Kasihannya Cikgu!


Ketika cerdik pandai pendidikan memperkatakan tentang cabaran-cabaran pelaksanaan pendidikan, para guru pula masih bergelumang dengan  pelbagai cabaran dalam kelangsungan hidup mereka  sebagai  guru.

Di mana-manapun,  guru mendepani pelbagai cabaran.  Baik di pedalaman, di bandar, di hulu, di muara, di gunung, di lembah, di daratan dan kepulauan kaum guru tetap berhadapan dengan pelbagai cabaran.
Seringkali diperkatakan masalah dan cabaran yang dihadapi kaum guru di pedalaman. Infrastruktur dan kemuadhan asas yang sempurna sesungguhnya  menjadi dambaan. 

Kesukaran yang dihadapi untuk ke daerah pedalaman dengan persekitaran yang menuntut banyak kesabaran bukan sahaja memerlukan lebih  ketabahan malah seringkali mengorbankan banyak tenaga dan wang.
Menjadi guru di kawasan bandar juga, tidak kurang cabarannya.  Barangkalai “kelebihan” yang ada di bandar menjadikan guru sentiasa tercabar. Kepelbagaian suasana dan persekitaran serta hiruk-pikuk dan kesesakan menuntut pengorbanan masa dan tenaga yang bukan sedikit.
Para  intelek pendidikan seringkali memperkatakan tentang:  Pembelajaran Berterusan, Penggunaan Teknologi dan ICT, Pengurusan pendidikan, Pembentukan Jatidiri Pelajar dan Kualiti Guru.
Masyarakat umumnya seringkali  mengharapkan kejayaan anak-anak mereka  di samping mempersoalkan kewibawaan kaum guru.
Pada ketika yang sama kaum guru masih terus   berjuang  untuk menjadi guru yang sebaik-bainya sambil  terus bergelumang dengan cabaran dan masaalah yang dihadapi setiap hari.

Guru oh guru, di mana-mana pun kalian mendidik, tetap ada cabarannya.
Kasihannya cikgu!