Showing posts with label A.Wahab Taha: Mencabar. Show all posts
Showing posts with label A.Wahab Taha: Mencabar. Show all posts

2.2.10

Mencabar




Bukanlah guru, jika tidak berhadapan dengan masalah tingkahlaku pelajar yang mencabar.
Dan setiap guru ada cara mengatasinya mengikut keadaan.
Barangkali ini sebahagian daripada tip untuk mengurus pelajar yang mempunyai tingkahlaku yang mencabar: 
 
1)  Biarkan mereka  dengan perangainya  kecuali  tingkahlaku mereka menggangu dan mengalihkan perhatian  orang lain di kelas.  
 
2)  Ketika kita melihat perilaku yang tidak produktif, banteras segera.. Jika tidak, kita menghantar mesej yang jelas kepada para pelajar bahawa  mereka  boleh bertingkahlaku demikian ketika kita mengajar.   

3)  Gunakan teknik-teknik pengurusan kelas sebelum kita menjadi jengkel, tidak sabar atau marah. Kita akan menjadi  lebih kuat apabila  kita mempunyai fokus, ketika kita menyenangi pelajar kita, dan apabila kita sentiasa bersabar.
 

4)  Jika kita menjatuhkan air muka mereka, seluruh kelas akan membenci kita.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  
5)   Adakah kita sentiasa menyenangi diri kita dan juga diri orang lain?. Sikap kita itu akan terpancar dan dirasai  oleh pelajar-pelajar kita. Penting bagi kita mempunyai tahap mental dan fizikal yang baik.
 
6)  Jika kita merasa bahawa kita telah bercakap kasar dalam usaha untuk mendidik pelajar kita, tiada salahnya jika kita memohon maaf. 

7)  Ingatkan diri:
 "Jika menjadi guru itu mudah, semua orang boleh menjadi guru.”
" Mengajar di  kelas  memang mencabar, tetapi amat menguntungkan!” 

Jika anda mempunyai tip bekaitan, marilah kita kongsi bersama.