2.7.08

ANWAR (DSAI) DIDAKWA MELIWAT

1. Heboh seantero dunia, isu Anwar Ibrahim (DSAI) didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

2. Terdapat pelbagai pandangan. Banyak pendapat diberikan. Tidak kurang pula penilaian dibuat kepada yang terlibat. Pelbagai media menjadi perantara hebahan.

3. Entah berapa ribu bloggers yang respon. Masing-masing dengan pandangan tersendiri. Masing-masing dengan pendapat sendiri. Ada yang pro. Ada yang kontra.

4. Barangkali ramai juga yang mengambil peluang. Ingin turut serta memberi pandangan. Semestinya dengan tujuan-tujuan tertentu pula. Bagusnya jika tujuan masing-masing itu terarah kepada sesuatu yang positif.

5. DSAI selalu dikaitkan dengan kontrovesi. Dakwaan meliwat sememangnya menggamit perasaan.

6. Mulanya saya tidak berhasrat untuk menulis tentang isu ini. Saya hanya ingin membaca pendapat-pendapat pelbagai pihak lain tentang isu ini. Lagipun saya ingin bataskan blog saya ini dengan isu-isu pendidikan sahaja. Bukan isu politik.

7. Mulanya saya fikir, ini isu politik. Oleh sebab saya tidak dapat menilai, maka saya fikir ini isu peribadi juga. Akhirnya saya fikir bahawa ini isu peribadi yang dipolitikkan. Atau isu politik yang diperibadikan?. Entahlah.

8. Saya hanya ingin mencuit sedikit isu ini dengan bertanya beberapa soalan, tentunya dikaitkan dengan pendidikan. Bukan politik. Juga bukan peribadi.

9. Soalannya: Siapakah agaknya guru-guru (yang masih hidup, maupun yang sudah kembali ke Rahmatullah) DSAI sewaktu dia bersekolah dulu? Apakah perasaan mereka berkaitaan dakwaan meliwat ini.? Di manakah silapnya mereka mendidik DSAI sehingga dia menjadi tokoh yang kontrovesi?. Gagalkah guru-guru ini menanamkan nilai-nilai murni dalam diri DSAI? Ataupun DSAI berjaya dididik sehingga menjadi terkenal seantero dunia.

10. Kerana ini isu besar, mungkin ramai yang menganggap soalan-soalan seperti ini hanyalah remeh temeh sahaja. Tidak mengapalah.

11. Soalan akhir: Benarkah DSAI meliwat? Wallahuaklam………

1 comment:

Letting the time pass me by said...

Saya pun tertanya-tanya... benarkah DSAI nie pernah meliwat orang... Tapi saya rasa DSAi perlu ikut nashat Mufti Perlis supaya membuat sumpah supaya membersihkan nama beliau dan melepaskan fitnah.......