15.7.08

DEBAT DSAI vs DASC: Tonton, Dengar, Fikir dan Nilai


1) Pendebat: Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) , Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Ahmad Shabery Cheek (DASC) , Menteri Penerangan Malaysia . 2) Tempat: Balai Tun Syed Nasir, dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 3) Tarikh Dan Masa: 15 Julai, 2008. 9.00 malam. 4) Penyiar: Secara langsung menerusi TV9, Astro Awani dan Bernama TV . 5) Moderator: Datuk Johan Jaafar (DJJ). 6) Penganjur: Agendadaily. 7) Tajuk: " Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak".
8) Format dan Peraturan:

Kedua-dua pendebat (DSAI) dan (DASC) telah bersetuju pada peraturan debat iyang ditetapkan oleh Agendadaily. Hujah-hujah tidak dibenar melencong.

Moderator, (DJJ),akan mempengerusikan debat itu secara tegas supaya tidak ‘ lari tajuk ’ iaitu melencong kepasa isu-isu politik yang tidak berkaitan dengan minyak.
Moderator, DJJ memberi peringatan awal dan akan menghentikan terus debat jika ia melanggar peraturan.

Kedua-dua pendebat akan menyampaikan hujah masing-masing selama lima minit dan kemudiannya diikuti oleh soalan dari ahli panel. DSAI dan DASC masing-masing akan membawa seorang ahli panel.

DSAI dan DASC akan menyoal satu sama lain sebelum mereka menggulong hujah masing-masing.
Kuota hadirin di dewan ditetapkan haya 200 orang. Pihak penganjur mengundang 100 orang manakala pihak DSAI 50 orang dan DASC 50 orang. Kuota ini tidak termasuk wartawan dan media.
Pemeriksaan keselamatan yang ketat akan dikenakan di pintu masuk Dewan Bahasa dan Pustaka serta di pintu masuk dewan. Tonton, dengar, fikir dan buatlah penilaian sendiri. Bersama-samalah kita menilainya dengan fikiran yang matang. .

4 comments:

Anonymous said...

sungguh lawak dan kelakar jawapan seorang menteri MALAYSIA ...

tidak perlu dikomen lebih.. lepas saksikan , gunakan otak...

bak kate nabil ( lu pikir la sendiri) if penah masuk sekolah menengah je pon bole bezakan sape bagus sape takk... huhu

Orang Rompin said...

Tanda-tanda Hari Kiamat

Apabila sesuatu urusan diberikan kepada orang yang bukan ahlinya.

Lahirnya Dajjal - matanya satu (melihat keduniaan) & melahirkan FITNAH besar-besaran. Mengaku boleh mencipta SYURGA di dunia dan menghukum NERAKA kepada yang tidak tunduk perintahnya.

Orang yang dulunya berkaki ayam menjadi kaya-raya sekelip mata - RAJA SMS

Maksiat bermaharajalela sampai boleh buat di tepi jalan - MMS dan video dan surat khabar yang tulis pasal LIWAT.

Semuanya dah ada kat Malaysia...

Cikgu Wahab: said...

Orang Rompin,
Assalamualaikum,
Terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Sama-samalah kita berdoa semoga Allah merahmati dan memberikan kesejahteraan kepada semua yang dikehendakiNya.

Orang Rompin said...

Waalaikumsalam Cikgu,

Blog cikgu Wahab bagus dan menarik. Ada pengisian yang mewakili jiwa pendidik dan pelajar. Harap Cikgu terus berkarya dan berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara..