30.8.08

BAGAIMANA DENGAN BAJET 2009 ?


Bajet 2009 telah dibentangkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat pada 29 Ogos, 2008. {1

Tumpuan bajet 2009 ialah untuk menjamin kesejahteraan rakyat, membangun insan berkualiti dan memperkukuh dayatahan negara. {2

Sektor pendidikan mendapat peruntukan RM 31 bilion, bertambah sebanyak RM 1.8 bilion. {3

Individu, petani, nelayan, kakitangan awam dan golongan miskin dikatakan akan mendapat perhatian dan faedah daripada bajet 2009. {4

Ada pihak pembangkang kerajaan menyatakan bahawa habuan untuk rakyat adalah bagaikan gula-gula untuk memancing sokongan bagi mengekalkan kuasa. {5

Ada pihak swasta yang merasakan bahawa bajet 2009 tidak prihatan kepada sektor ini. {6

Sebahagian besar pesara pula menyatakan bahawa perhatian hanya diberikan kepada segelintir pesara dan sebahagian besarnya pula menyatakan bahawa bajet 2009, tidak adil. {7

Bajet 2009 ada kekuatan dan ada kelemahannya....... Yang penting ialah bagaimana saluran dana itu dan pengurusannya dilaksanakan supaya ia terus mencapai matlamat dan faedahnya sampai kepada sasaran.... {8

3 comments:

Anonymous said...

Cikgu,
Biasalah, bila dah pencen orang tak ingat lagi..

Anonymous said...

Kasihannya, RM720 tu memanglah duit juga. Tapi kalau dah bayar insuran kereta kancil RM300, berapalah bakinya....kenapa tak bagi RM1000 je...

Anonymous said...

Biasanya orang pencen dah tak ramai tanggungannya. Cukuplah RM720 tu. Bagilah kat Sabah dan Sarawak tu lebih. Nanti ada yang lompat parti pulak.