9.8.08

BAGAIMANA PENGAJARAN GURU ?



Pengajaran berkesan:

Pengajaran guru banyak dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti persekitaran dan suasana bilik darjah, latar belakang pelajar dan objektif serta matlamat pengajaran yang berbeza.

Dalam hal ini, kreativiti guru menjadi penting supaya pengajaran menjadi berkesan.

Pada amnya tidak ada modul pengajaran yang terbaik boleh dicontohi guru.

Bagi mewujudkan pengajaran yang berkasan, guru boleh memperluaskan aktiviti-aktiviti berikut secara kreatif:

Memberi bantuan klinikal:

Mendiagnostik keupayaan pelajar menguasai ilmu pengetahuan.

Menyediakan pengalaman pembelajaran yang boleh memenuhi keperluan individu murid.

Membantu memulih dan membimbing pelajar menguasai sesuatu kemahiran.

Merancang Pengajaran:

Guru perlu

- Memilih objektif pengajaran.

- Memberikan pengalaman pembelajaran yang sesuai.

- Membuat penilaian terhadap pencapaian pelajar.

Melaksanakan pengajaran:

Guru perlu mengamalkan

- Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menarik minat pelajar.

- Kemahiran mengajar dengan teknik yang betul bagi merangsang pelajar menggunakkan teknik yang betul juga.

Pengurusan Bilik Darjah:

Bilk darjah perlu

- Mempunyai suasana yang menarik dan selsa persekitarannya.

- Membantu menjadikan pengajaran lebih mudah.

- Membantu plajar menjadi seronok belajar.

Memantau Kemajuan:

Penilaian dan pelaporan perlu untuk

Memantau kemajuan murid secara sistematik termasuk catatan maklumat kemajuan peribadi individu pelajar.

Kegunaan guru dan ibubapa membantu pelajar.

Menyayangi Pelajar:

Amalkan

- Sikap penyayang melalui tingkahlaku, tuturkata, perbuatan yang menggambarkan sifat penyayang.

- Nilai baik seperti saling menghormati, mempercayai,membimbing, memberi sokongan dan pengiktirafan.

- Sikap positif supaya guru dan pelajar gembira dan seronok

2 comments:

radin fatihah husna said...

salam cikgu Wahab,
melaraskan budaya kasih sayang dalam pembelajaran adalah suatu tugas yang juga melihatkan sentuhan hati. Kasih sayang dan ukhuwah dijalinkan murid-cikgu ,cikgu-cikgu, dan murid-murid...

Akhirnya, komitmen dan keikhlasan akan menjadikan pengajaran berkesan.
Tahniah dan selamat berblogging.

imayu05.blogspot.com

Anonymous said...

Fikrah Imayu,
Benarlah apa yang dikatakan. Semuanya itu akan menjadikan P&P lebih kreatif dan lebih berkesan.