11.1.10
Murid Minat Cikgu Minat
5.1.10
Atur, Kawal Dan Senyum
- Tanggungjawab
- Peraturan
Ini kena mula dari awal lagi. Macam mana peraturan masuk kelas? Macam mana cara nak minta kebenaran keluar ke tandas? Bila boleh keluar kelas? Bagaimana kerja rumah mesti dilaksanakan? Bagaimana cara nak menyoal guru? Bagaimana bercakap dengan rakan di dalam kelas? Bagaimana kalau hendak bertanya dan menjawab soalan saya? Semua ada peraturan dan saya kena ajar budak-budak ni. Banyak peraturannya
- Organisasi
Setiap kumpulan orang ada ketuanya. Saya akan tentukan siapa yang jadi Ketua Kelas. Saya suka pilih yang paling tua umurnya jadi ketua, diikuti Pembantu Ketua. Kalau saya terpaksa keluar kelas, saya pastikan Ketua Kelas bertanggungjawab mengawal kelas. Saya kena jelaskan kepada semua murid dalam kelas supaya budak-budak tu faham peranan Ketua Kelas dan bagaimana mereka kena menghormati ketua.
- Bertengkar?
- Becok?
Saya kena pastikan yang saya tak terlalu banyak bercakap, tapi saya kena pastikan maklumat pengajaran yang saya sampaikan, lengkap dan difahami. Tepat, jelas, berkesan. Saya kena pastikan ini jadi amalan saya.
- Bersedia
Saya kena pastikan saya mengajar dengan perancangan. Apa yang nak saya capai hingga akhir tahun? Apa yang hendak saya capai hingga akhir penggal? Apa yang nak saya capai hingga akhir minggu?. Apa yang nak saya capai pada akhir pelajaran hari ini? Saya tak mahu terlepas daripada melaksanakan tugas-tugas utama saya di bilik darjah
- Harapan
Saya kena pastikan semua murid saya faham apa yang saya harapkan. Mereka kena faham, harapan saya memang tinggi. Saya nak mereka semua berdisiplin, berjaya dan terdidik.
12.6.09
BI: HAIRANNYA; KUALA LIPIS; PULAU TIOMAN
Memang hairan. Belajar Bahasa Inggeris selama sebelas tahun. Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Yang dapat hanya beberapa patah perkataan. Tambah tiga atau empat tahun lagi di IPT. Hendak bertutur dengan ayat-ayat ringkas pun tidak boleh dan terasa “malu-malu”!. Hairan!. Bukan semua. Kebanyakannya begitulah.
2) KUALA LIPIS:-
Selepas keluar Maktab, saya posting ke Kuala Lipis. Guru Besar ( belum ada gelaran ‘Pengetua’ pada masa itu) meminta saya mengajar Bahasa Inggeris, Tingkatan Satu. Berilah subjek apa pun, saya tidak menolak, meskipun opsyen saya Pengajian Melayu dan Pendidikan Seni.
Saya tidak ikut silibus BI pun. Tidak ada gunanya. Sebab, pelajar tidak tahu apa pun.(Setelah enam tahun mereka belajar BI?). Membilang pun one to ten sahaja. Bagaimana mahu ikut silibus?
Sayapun mengajarlah Bahasa Inggeris. Tahukah apa yang saya ajar?. Saya ajar membilang (dengan menghafal) one sampai one hundred. Yang lebih cerdik boleh membilang sampai one thousand. Saya ajar bbagaimana menyebut kiraan wang. Saya ajar menyebut nama-nama hari dan bulan dengan betul. Saya ajar greetings. Yang mudah-mudah sahaja. Saya ajar vocab (nama-nama benda yang terdapat di persekitaran kehidupan mereka) dan pronounciation (bezanya ejaan dan sebutan antara BI & BM). Saya ajar simple sentences. Itu sahaja. Kaedahnya? Senang sahaja. Latihtubi dan minta mereka gunakan dalam kehidupan seharian. Tidak ikut silibus pun.
Peperiksaan bagaimana? Apa peduli dengan peperiksaan!. Ikut silibus, tidak dapat apa pun dan gagal BI. (Sebab sejak Tahun Satu, silibus tidak dapat diikuti & mereka tidak pernah lulus BI pun). Apa gunanya. Membazir masa dan tenaga. Dalam keadaan gawat begitu, ajar apa yang mereka mampu dan perlu.
Kalau Jemaah Nazir atau JPN datang memantau, tahulah saya menjawabnya. Pokoknya saya mengajar BI, dan pelajar dapat gunakan apa yang saya ajar!.
3) PULAU TIOMAN:-
Saya selalu ke Pulau Tioman. Saya kagum dengan kesungguhan Pak Chik dan Mak Cik yang berusaha berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris dengan pelancong mat salleh yang menginap di chalet atau singgah di restoren yang mereka usahakan. Mereka mahu dan mereka boleh! Untuk survival!
Demikianlah Bahasa Inggeris. Demikianlah bangsa kita. Dalam keadaan terpaksa, kita boleh. Untuk survival, kita boleh.
Apakah dalam terpaksa dan diwajibkan, barulah kita boleh. Jika demikian, wajibkanlah! Paksalah. (SPM?)
Generasi sekarang, tidak dapat, sesungguhnya tidak dapat “merasa” perlunya Bahasa Inggeris itu. Sesungguhnya tidak ada rasa tekanan untuk survival! Dalam keadaan demikian, bagi mereka, apa perlunya Bahasa Inggeris!
Dan hairanya, ramai juga yang melancarkan pelbagai jenis "roket dan peluru penangkis"!

19.10.08
Gurulah yang melaksanakannya
Kebelakangan ini ada beberapa cadangan bagi menilai kembali pengajaran dan pembelajaran serta kepentingan matapelajaran tertentu dalam kurikulum sekolah. Selepas mata pelajaran Sains Pertanian, mata pelajaran Teknik dan Vokasional diikuti pula mata pelajaran Sejarah dan kini mata pelajaran Pendidikan Moral.
Timbulnya cadangan-cadangan tersebut tampaknya tercetus sama ada secara langsung maupun tidak, ialah kerana desakan-desakan, kehendak dan keperluan politik semasa. Ini tidak menghairankan kerana memang sistem pendidikan kita berkait rapat dengan kehendak, keperluan dan pengaruh politik negara.
Apapun keperluannya, jelas bahawa harapan para guru ialah perancangan kepada perubahan-perubahan yang akan dilaksanakan perlu mengambil kira pandangan-pandangan guru yang secara langsung berperanan sebagai pelaksana.
9.8.08
BAGAIMANA PENGAJARAN GURU ?
Pengajaran berkesan:
Pengajaran guru banyak dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti persekitaran dan suasana bilik darjah, latar belakang pelajar dan objektif serta matlamat pengajaran yang berbeza.
Dalam hal ini, kreativiti guru menjadi penting supaya pengajaran menjadi berkesan.
Pada amnya tidak ada modul pengajaran yang terbaik boleh dicontohi guru.
Bagi mewujudkan pengajaran yang berkasan, guru boleh memperluaskan aktiviti-aktiviti berikut secara kreatif:
Memberi bantuan klinikal:
Mendiagnostik keupayaan pelajar menguasai ilmu pengetahuan.
Menyediakan pengalaman pembelajaran yang boleh memenuhi keperluan individu murid.
Membantu memulih dan membimbing pelajar menguasai sesuatu kemahiran.
Merancang Pengajaran:
Guru perlu
- Memilih objektif pengajaran.
- Memberikan pengalaman pembelajaran yang sesuai.
- Membuat penilaian terhadap pencapaian pelajar.
Melaksanakan pengajaran:
Guru perlu mengamalkan
- Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menarik minat pelajar.
- Kemahiran mengajar dengan teknik yang betul bagi merangsang pelajar menggunakkan teknik yang betul juga.
Pengurusan Bilik Darjah:
Bilk darjah perlu
- Mempunyai suasana yang menarik dan selsa persekitarannya.
- Membantu menjadikan pengajaran lebih mudah.
- Membantu plajar menjadi seronok belajar.
Memantau Kemajuan:
Penilaian dan pelaporan perlu untuk
Memantau kemajuan murid secara sistematik termasuk catatan maklumat kemajuan peribadi individu pelajar.
Kegunaan guru dan ibubapa membantu pelajar.
Menyayangi Pelajar:
Amalkan
- Sikap penyayang melalui tingkahlaku, tuturkata, perbuatan yang menggambarkan sifat penyayang.
- Nilai baik seperti saling menghormati, mempercayai,membimbing, memberi sokongan dan pengiktirafan.
22.6.08
BAGAIMANA KAEDAH GURU MENGAJAR
Tdapat pelbagai kaedah untuk menyampaikan sesatu topik pembelajaran. Kita boleh memilih mana-mana kaedah yang sesuai. Setiap kaedah itu mempunyai kekuatan dan kelemahannya dan memerlukan persediaan yang rapi. Beberapa kaedah yang boleh digunakan adalah sereperti berikut:
1. SYARAHAN
Kekuatan:
- menyampaikan fakta secara terus
- menyatakan pengalaman yang memberi dorongan
- menggalakkan berfikir dan berbincang
- sesuai bagi kumpulan yang ramai
Kekangan:
- pandai bersyarah tidak semestinya guru yang bagus
- audien bersikap pasif
- pembelajaran sukar diukur
- komunikasi sehala
Kekangan:
- memerlukan mukadimah yang jelas
- untuk berkesan, memerlukan masa dan batasan isi kandungan
- memerlukan contoh-contoh
2. SYARAHAN BERSERTA PERBINCANGAN
Kekuatan:
- audien boleh bertanya, menjelaskan dan berbincang
Kekangan:
- kekangan masa
- kualiti hanya terbatas kepada soalan dan perbincangan
Kekangan:
- Soalan perbincangan perlu disediakan lebih awal
3. PERCAMBAHAN FIKIRAN
Kekuatan:
- latihan mendengar menggalakkan pemikiran kreaif dengan idea baru
- menggalakan semua terlibat, semua idea direkod
- semangat kerjasama terbentuk
Kekangan:
- boleh hilang fokus
- perlu dihadkan kepada 5 – 7 minit
- peserta sukar mengubah pemikiran / minda
- jika tidak dikawal, idea akan dikritik
Kekangan:
- fasilitator memilih isu / tajuk
- perlu memberikan idea awal untuk menggalakkan percambahan fikiran
4. PITAVIDEO
Kekuatan:
- cara menarik untuk menyampaikan isi pelajaran
- tampakprofesional
- meransang perbincangan
Kekangan:
- menimbulkan banyak isu sehingga hilang tumpuan
- perbincangan tidak mendapat penyertaan menyeluruh
Kekangan:
- perlu memasang peralatan
- berkesan jika fasilitator telah menyediakan soalah perbincangan
5. PERBINCANGAN KUMPULAN
Kekuatan:
- mengumpulidea dan pengalaman daripadaahli kumpulan
- berkesan selepas pembentangan, filem atau pengalaman yang perlu dianalisa
- menggalakan semua turut serta secara aktif
Kekangan:
- tidak sesuai jika lebih 20 peserta
- beberapa peserta akan mendominasi
- sebahagiannya tidak terlibat
- memakan masa
- boleh terkeluar daripada tajuk
Persediaan:
- penyedian rapi daripada fasilitator bagi membantu perbincangan
- soalan-soalan perlu disediakan
6. KAJIAN KES:
Kekuatan:
- membentuk kemahiran analitikal dan penyelesaian masalah
- menggalakkan penelesaian masalah yang kompleks
- menggalakkan pelajar mengguna pemkiran dan menambah kemahiran .
Kekangan:
- kekurangan maklumat boleh memberikan keputusan yang tidak sesuai
Kekangan:
- setiap kes perlu diteliti dan diperjelaskan
- kes yang akan dikaji perlu disediakan
7. MAIN PERANAN
Kekuatan:
- situasi masalah diperkenalkan secara langsung
- memberi peluang kepada peserta menghargai pandangan oang lain
- menggalakkan penerokaan mencari penyelesaian
- memberi peluang untuk menggunakan kemahiran
Kekangan:
- tidak sesuai bagi kumpulan yang ramai
- menimbulkan rasa tidak selesa
Persediaan:
- fasilitator perlu menjelaskan situasi masalah dan peranan
- fasilitator mesti memberikan arahan yang jelas
8. KAJISELIDIK:
Kekuatan:
- membolehkan pelajar melakukan tugas tanpa dipengaruhi oleh orang lain
- dapatan kajian boleh dikongsi dengan pelajar-pelajar lain
Kekangan:
- berguna dalam tempoh masa yang singkat
Kekangan:
- fasilitator perlu menyediakan nota edaran
KAD INDEKS
Kekuatan:
- peluang menerokaisu yang sukar dan kompleks
Kekangan:
- pelajar tidak melaksanakan tugasan
Kekangan:
- fasilitator perlu menyediakan soalan
9. LATIHAN PENGUKUHAN NILAI:
Kekuatan:
- peluang untuk meneroka nilai dan kepercayaan
- menggalakkan peserta berbincang tentang nilai dalam suasana yang selesa
Kekangan
- mungkin ada yang tidakjujur
- mungkin terlalu mementingkan diri
Kekangan:
- fasilitator perlu menyediakan latihan dengan teliti
- perlu memberikan arahan dengan terperinci
- fasilitator mesti menyediakan soalan perbincangan
Pernahkah cikgu-cikgu menyampaikan pelajarnan tanpa menggunakan kaedah tertentu?
20.6.08
BAGAIMANA MENGAJAR

Ketika mengajar guru-guru sentiasa digalakkan menggunakan alat bantuan mengajar. Guru yang bijaksana pastilah tahu memilih ABM yang sesuai ketika menyampaikan pelajaran. Namun setiap ABM itu mempunyai kekuatan dan kekangannya tersendiri. Contohnya adalah seperti berikut.
1. Carta dan Poster:
Kebaikan:
- mudah dan murah
- mudah dibawa dan disimpan
- boleh sentiasa dipamerkan
- mudah untuk berinteraksi dengan pelajar
Kekangan:
- tidak sesuai untuk kumpulan yang ramai
- kesukaran baki fasilitator yang tidak mempunyai tulisan yamg baik
2. Slaid:
Kebaikan:
- tampak lebih profesional
- baik untuk kumpulan yang ramai
Kekangan:
- terlalu formal
- ditayang dalam gelap
- tidak sesuai bagi perbincangan dan interaksi
- sukar untuk ditambahsuai
- memerlukan peralatan khusus
3. Video
Kebaikan:
- tampak profesional
- sesuai bagi kumpulan ramai maupun sedikit
Kekangan:
- lebih mahal
- memerlukan peralatan khusus
- tidak sesuai bagi perbincangan dan interaksi
- memerlukan penyusunan yang rapi
4. OHP
Kekuatan:
- sesuai bagi kumpulan yang ramai
- easy to cmudah untuk diolah
- mudah dibawa
- memberikan suasana yang tidak formal
- membuka peluang interaksi antara ahli kumpulan
- mudah untuk ditambahsuai
Kekangan:
- transperasi mudah calar
- memerlukan alatan khusus
5. Komputer (e.g., PowerPoint)
Kebaikan:
- tampak profesiona
- sesuai bagi kumpulan ramai maupun sedikit
- mudah dijalinkan dalam perbincangan kumpulan
- beranimasi
- teknologi terkini
- mudah untuk ditambahsuai
Kekangan:
- memerlukan peralatan / fasiliti khusus
- memerlukan latihan tertentu
- memerlukan lebih masa
- memerluykan kemahiran asas grafik /komposisi
6. Sampel, Bahan Sebenar, Replika dll
Kekuatan::
- bahan sebenar
- tiga dimensi
- kadang-kadang murah dan senang diperolehi
- memberi pengalaman sebenar
Kekangan:
- kadang-kadang sukar diperolehi
- sukar untuk diurus atau diagih
- memerlukan ruang simpan
Cikgu, pelajar-pelajar bukan sahaja lebih ceria tetapi lebih mudah faham kalau cikgu bijak menggunakan alat bantuan mengajar.



