Tingkatan Enam tidak releven?
Dalam perkembangan pendidikan negara, tingkatan enam sudah tidak releven lagi. Suatu pembaziran. Itu pendapat sesetengah pihak. Bagi saya tidak. Saya tetap menyatakan bahawa tingkatan enam masih relevan.
Tingkatan enam ialah satu laluan alternatif, khususnya pelajar-pelajar Melayu aliran sastera melanjutkan pelajaran ke IPT. Tingkatan enam memberi peluang pelajar-pelajar yang dianggap berpencapaian “sederhana” membuktikan kemampuan mereka memasuki IPT seiring pelajar-pelajar aliran sains yang “pintar”. Ternyata mereka memang mampu.
Tingkatan enam perlu diberi perhatian setidak-tidaknya sama seperti institusi pendidikan yang menyediakan prasarana yang sesuai untuk bakal pelajar IPT.
Sebaik-baiknya tingkatan enam dinaikkan ke taraf kolej, sekurang-kurangnya. Pelajar-pelajar tingkatan enam perlu mempunyai “kolej” sendiri. Hanya untuk tingkatan enam.
Kemudahan pembelajaran dan asrama perlu disediakan. Pada peringkat awal, bolehlah dibangunkan sebuah atau dua di setiap negeri. Kemudiannya bolehlah diadakan di setiap daerah.
Ura-ura Kementerian Pelajaran menstruktur semula sekolah, pengetua dan guru-guru tingkatan enam amat dialu-alukan. Dalam hal ini, ia akan menjadi lebih praktikal jika tingkatan enam diasingkan daripada sekolah harian biasa.
Dengan demikian akan dapat meredakan masalah penempatan pelajar, pemilihan pengetua dan guru, perancangan kurikulum dan penjadulan waktu belajar, sikap dan disiplin pelajar, kesungguhan semua pihak dan motivasi pelajar-pelajar tingkatan enam itu sendiri, dan lain-lain lagi. Masih relevan, sebenarnya.
No comments:
Post a Comment