30.9.08

Nak Raya, Kereta Rosak ?

Raya dah dekat. Semua dah ready. Rasanya dah cukup keperluan untuk raya. Dah pun plan hari raya pertama dan kedua nak pergi mana. Rumah adik beradik, saudaramara dan rakan-rakan nak dikunjungi.

Malam kelmarin, balik dari solat tarawih, kereta pulak buat hal. Tengah driving nak balik rumah, enjin mati. Stat, hidup. Tak kisahlah, mungkin minyak tersumbat. Baru lima tahun pakai, rasnya taklah teruk sangat kalau rosak pun.

Pagi esoknya, stat kereta. O k pulak. Macam biasa. Tapi sebagai persediaan, pergilah ke bengkel nak check. Pomen kata, plug dan petrol filter yang bermasaalah. Plug boleh ganti. Tapi petrol filter tak tak ada. Kena order. Tunggu sampai pukul lima setengah petang baru sampai. Pukul enam lebih, siap dah.

Bila siap, pomen pergi test drive. Saya tunggu di bengkel. Puas tunggu, lepas lima belas minit, kereta tak balik ke bengkel. Pukul enam setengah nampak kereta saya “merayap”.
Tersengguk-sengguk. Mesti ada yang tak kena dengan kereta saya. Lebihkurang 200 meter daripada bengkel, kereta saya dah tak bergerak. Start pun dah tak mau hidup. Pomen kata, masa test drive tu, 6 kali kereta saya, mati enjin. Start hidup. Tapi kalau slow, mati enjin. Kalau lebih laju, enjin mati juga.

Pomen kata “ Lu punya keleta, macam itu olang tatak betul kepala punya”.
Saya tanya kenapa jadi macam tu. Dia kata, rosak bahagian letronik. Pomen kata, kereta saya kena tarik (towing) hantar pada ejen. Dia tak boleh bikin. Kena check pakai komputer.

Alamak ! lusa dah nak raya. !

Esok dah tentu tak sempat. Nak buat persiapan raya. Raya Rabu. Macam mana ye?

Raya dah dekat. Kereta tersadai di bengkel. Lepas raya baru tarik ke ejen. Jauh pulak tu.

Hari raya macam mana? Tak taulah macam mana. Macam tu lah….

1 comment:

sazili mohd nor said...

Wa...parah tu cikgu. Payah2 cikgu pegi je kat Suly tu, ambik yang lain. Saya ada kete antik je tapi tak jamin, takut jadi wak senggut jugak.Anyway Salam aidil fitri cikgu maaf zahir batin. Terima kasih atas segalanya. Jemput beraya kat rumah.