21.9.08

SUP TULANG BCW



Ada rakan-rakan yang minta resepi sup tulang yang selalu saya masak setiap hari raya. Sup tulang ini saya pelajari daripada arwah ibu saya. Untuk tidak menghampakan rakan-rakan saya coretkan resipinya di sini. Selamat mencuba.

Bahan A :
1.5 kg tulang rusuk lembu… .(potong, bersihkan, tuskan)
1 inci halia………………… (buang kulit, tumbuk kasar)
1 sudu besar lada hitam ….....( tumbuk)
1 sudu besar gula batu

1 sudu teh garam kasar
5 liter air

Bahan B:

1 labu bawang besar………....(dihiris halus )

3 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga

7 biji cengkih

Bahan C……………................(kisar / tumbuk semuanya):

1 labu bawang besar
1 inci halia
1 sd besar jintan manis
1 sd besar lada hitam
5 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih

Bahan D:

1 labu bawang besar ………..(dihiris halus )

3 batang kulit kayu manis
3 bunjut rempah sup tulang

3 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga

7 biji cengkih

Bahan E :

15 biji cili api …………………..(dibelah-belah)

5 biji kentang ………………....(dibelah-belah)
3 biji tomato besar …....…….(dibelah empat)
1 batang lobak merah……….(dipotong-potong)

3 sd besar sos tiram -------(jika suka)
3 sd besar sos ikan --------(jika suka)
1 sd besar garam…………… (atau secukup rasa)
1 biji limau nipis ...................(ambil jus )

½ sd teh serbuk perasa… (jika suka )

¾ cawan minyak

Bahan F:

9 biji bawang merah.............(dihiris nipis)

Caranya:
Rebus tulang bersama air, halia, gula batu, garam kasar, lada hitam tumbuk dan halia. Api jangan terlalu besar. Rebus sehingga 5 jam .

Selepas tulang direbus, dalam bekas lain panaskan setengah cawan minyak dan tumis semua bahan B dan kacau.

Masukkan bahan C. Tumis hingga garing (pastikan tidak hangus). Masukakan rempah sup bunjut . Kacau sebentar dan masukkan 1 senduk air rebusan tulang.

Tuang bahan tumis ini ke dalam periuk rebusan tulang dan didihkan kembali. Masukkan garam, serbuk perasa, sos tiram dan sos ikan, tutup dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan kentang, didihkan hingga kentang empuk.

Masukkan cili api, hirisan daun sup dan lobak merah, didihkan 10 minit dan masukkan tomato. Padamkan api. Tuang jus limau dan kacau.

Bahan F (bawang merah) dihiris nipis . Gunakan bekas lain, goreng dengan suku cawan minyak masak. Goreng sehingga agak garing (tapi jangan sampai hangus). Segera tuangkan minyak bersama bawang goreng ke dalam periuk sup (hati-hati jangai sampai terperecik sup panas). Siap.

3 comments:

Anonymous said...

Cikgu Wahab,
Memandangkan banyak benar bahan sup BCW ini pastilah rasanya luar biasa sedap.

Saya akan mencubanya selepas puasa. Saya tidak bersedia membuatnya dalam bulan puasa kerana payah nak merasa masin-tawarnya.

Nanti saya cuba tuliskan menu ROTI BEREMPAH MELAYU PAHANG, sebuah resepi tradisional Pekan.

kembara kelana said...

cikgu, saya tak nak cuba masak tapi saya nak cuba makan...ingat tu, raya kedua...saya datang rumah...salam

Juita said...

wooooo patut ar sedap manyak nyer bahan.....