19.10.08

Pendidikan Moral vs Pendidikan Islam

Apakah yang diajar dalam mata pelajaran Pendidika Moral di sekolah-sekolah? Terdapat tujuh bidang nilai moral yang diajar, iaitu:


PERKEMBANGAN DIRI

KEKELUARGAAN

ALAM SEKITAR

PATRIOTISME

HAK ASASI MANUSIA

DEMOKRASI

KEAMANAN DAN KEHARMONIAN.


Dalam tujuh bidang ini terkandung tiga puluh enam nilai murni. Untuk tujuan peperiksaan, pelajar-pelajar dikehendaki menghafal semua nilai murni ini.

Pelajar-pelajar Islam / Melayu tidak mengambil matapelajaran ini. Pendidikan Moral diganti dengan matapelajaran Pendidikan Islam.


Apakah pelajar Islam / Melayu tidak peru mengetahui perkara-perkara yang bekaitan dengan perkembangan diri, kekeluargaan, alam sekitar, patriotisme, hak asasi manusia demokrasi juga keamanan dan keharmonian ???


Apakah dengan matapelajaran Pendidikan Islam itu, pelajar-pelajar Islam / Melayu sudah memahami nilai-nilai murni seperti yang terkandung dalam matapelajaran Pendidikan Moral itu???

9 comments:

WR said...

Pendapat saya.....
Islam itu syumul...
Islam itu Cara Hidup..
Jadi Islam itu merangkumi semua aspek, termasuklah yang ada dlm pendidikan moral itu.... Jadi tidak payah nak rujuk kepada Pendidikan moral itu sebab SEPATUTNYA segala ajaran dari sekecil2 benda sampai sebesar2nya.. semuanya sudah terkandung dalam ISLAM... kita je yang tak berusaha mencari apa yang ada dalam Islam itu.

Anonymous said...

Waruna,
Benarlah Islam itu syumul.
Tetapi kurikulum pendidikan islam itu tidak selaras dengan kesyumulan Islam. Bagi pelajar, barangkali belajar Pendidikan Islam itu hanya untuk lulus peperiksaan.

Nilai-nilai murni tidak dimuatkan secar langsung seperti dalam pendidikan moral.

Barangkali penggubal kurikulum mengharapkan bahawa dengan belajar pendidikan Islam, secara automatik pelajar akan faham nilai-nilai murni dalam kehidupan.

Saya fikir, inilah ruginya pelajar Melayu / Islam.

Siapakah penggubal kurikulum Pendidikan Moral? Saya percaya bahawa penggubal kurikulum pendidikal moral itu lebih bijaksana memilih nilai-nilai murni Islam untuk dijadikan asas dalam matapelajaran tersebut.

Anonymous said...

Saya setuju pandangan cikgu.PAI terbagi kpada beberapa komponan. Maknanya pelajar Islam belajar serba sedikit @ ambik sikit-sikit - tak syumul. Rugi pelajar Islam. Patutnya di samping PAI, pljar Islam juga mesti belajar P moral.

WR said...

sebab itu la dalam komen saya di atas saya menyebut perkataan "SEPATUTNYA". Tetapi apa yang terjadi tidak seperti yang sepatutnya. Keindahan dan kesyumulan Islam itu TIDAK DAPAT dijelmakan dalam mata pelajaran pendidikan Islam. Memang amat rugila... INi secara tidak langsung menjatuhkan Islam itu sendiri seoalah-olah tidak lengkap.

kembara kelana said...

boss, macamana nak masukkan counter dalam blog...tak jumpa cari
sop

Anonymous said...

kembara kelana,
dapatkan counter di

http://www.blogcounter.com/
http://www.blogpatrol.com/
http://www.webcounter.com/
http://shinystat.com/
http://www.clevercounter.com/

cubalah mana-mana satu

kembara kelana said...

tak cuba...guna clever tapi tak aktif tetap angka satu jer...puas
salam

Anonymous said...

7 bidang tu ada dlm silibus PI kan, malah lebih..cuma ustaz ustazah suka tekan bab fiqah ngan akhlak...

lagi cara diketengahkan 7 bidang tu, stail islamik tak mcm dalam p.moral

tapi..budak-budak ni mcm kita mencurah daun keladi

lepas tu, ada sivik lagi..wuih.-_-

Anonymous said...

Tq for commenting, kanashimi,

Perkara tu memang ada. Islam tu lengkap. Tapi nampak macam tersirat je sama ada topiknya atau cara mengajarnya maupun kefahaman dan penerimaan pelajar.