19.10.08

Gurulah yang melaksanakannya


Kebelakangan ini ada beberapa cadangan bagi menilai kembali pengajaran dan pembelajaran serta kepentingan matapelajaran tertentu dalam kurikulum sekolah. Selepas mata pelajaran Sains Pertanian, mata pelajaran Teknik dan Vokasional diikuti pula mata pelajaran Sejarah dan kini mata pelajaran Pendidikan Moral.


Timbulnya cadangan-cadangan tersebut tampaknya tercetus sama ada secara langsung maupun tidak, ialah kerana desakan-desakan, kehendak dan keperluan politik semasa. Ini tidak menghairankan kerana memang sistem pendidikan kita berkait rapat dengan kehendak, keperluan dan pengaruh politik negara.


Apapun keperluannya, jelas bahawa harapan para guru ialah perancangan kepada perubahan-perubahan yang akan dilaksanakan perlu mengambil kira pandangan-pandangan guru yang secara langsung berperanan sebagai pelaksana. Para gurulah yang akan bergelumang dengan pelbagai masaalah sewaktu melaksanakannya.

2 comments:

WR said...

Jika cadangan tersebut timbul atas dasar desakan tertentu.. amatlah malang bagi guru kerana guru akan menjadi MANGSA nya...

Anonymous said...

waruna,
kadang-kadang perubahan yang hendak dibuat tu macam "pakai cakap" atau "terlepas cakap" saja.