20.11.08

e-mail

Petang tadi saya mendapat input yang bagus melalui e-mail yang dikirim oleh seseorang. Walaupun penulisnya tidak saya ketahui (tetapi mungkin telah saya kenali), ingin saya ucapkan ribuan terima kasih.


Antara lain yang ditulis ialah:


1. Dia selalu log masuk membaca posting dan comments di blog cikgu wahab.


2. Katanya dia tidak mahu menulis comment di blog cikgu wahab kerana bimbang saya “kecik hati”.


3. Isu untuk posting, katanya, bagus tetapi kadang-kadang sukar difahami kerana saya menggunakan bahasa yang berat. Katanya, ada ketikanya tulisan saya membosankan.


4. Dia memberikan beberapa cadangan: Gunakan bahasa yang mudah sahaja. Misalnya, bagi perkataan dua sukukata, pendekkan menjadi satu sukukata sahaja. Jika tiga sukukata, jadikan dua sahaja. Dia memberikan contohnya. Lebih mudah gunakan tak atau x, nak, jom, mau, gi, (untuk menggantikan perkataan tidak, hendak, marilah, mahu dan pergi). Bagi perkataan tiga sukukata, dia memberi contoh supaya gunakan perkataan: saja, tahu, sorang (menggantikan: sahaja, mengetahui, seseorang). Tujuannya ialah untuk menjimatkan masa, ruang dan tenaga.


5. Dia cadangkan supaya saya gunakan ayat yang pendek-pendek sahaja.

Saya tidak membalas e-mailnya itu. Saya harap dia membaca posting ini.


a) Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya.


b) Terima kasih juga kerana memberi panduan bagaimana menulis posting dengan bahasa yang sesuai untuk blog.


c) Jika dapat saya ikuti panduannya, mungkin saya dapat menjimatkan masa, ruang dan tenaga.

Penulis e-mail itu juga memberi ilmu kepada saya. Tahulah bahawa saya perlu mengambil kira siapa pembaca blog saya. Tidak semua orang faham apa yang saya tulis, seperti yang saya harapkan. Fahaman orang lain mungkin berbeza.


Soal “kecik hati” tidak timbul. Setiap ilmu wajar dihargai. Setiap teguran ikhlas wajar diterima.

28 comments:

Anonymous said...

Cikgu Wahab seorang yg tenang, matang dan boleh menerima teguran dan kritikan. Sesetengah penulis blog begitu mudah melenting apabila tulisannya ditegur. Apa gunanya ruangan post a comment itu jika tidak boleh dikomen. Setiap org bebas memberikan pendapat. Bagi saya cikgu Wahab seorang yg ilmiah pembawaannya.Mungkin kerana jiwa seorang pendidik. Teruskan menulis.

Anonymous said...

serisuryati.

Terima kasih.

"Yang baik,jadikan teladan.Yang buruk,jadikan sempadan".

Benar, setiap orang bebas memberikan pendapat. Setiap kritikan, seboleh-bolehnya kita cari kemungkinan ada terselit kebaikannya, sama ada yang tersurat mahupun yang tersirat.

Kemudian kita buatlah penilaian.

Tidak perlulah "melenting", nanti "terseliuh".

WR said...

sebagai soerang guru saya seringkali merasa BERSALAH sekiranya memendekkan perkataan yang sepatutnya apatah lagi menulis "x" untuk TIDAK. Walaupun saya kadang kala menggunakannya dalam posting blog saya. Tapi seboleh-bolehnya saya mengelakkannya. Soal menjimatkan masa tidak wajar diletakkan di "rangking" no 1 bagi seorang guru (terutama guru Bahasa Melayu) kerana ejaan yang betul, susunan ayat yang betul lebih penting. Blog seorang guru tidak wajar menggunakan bahasa rojak dan tulisan ringkas. INi hanyalah pandangan peribadi saya dan saya bukan guru Bahasa melayu.

Anonymous said...

Saya sangat setuju dengan pandangan Puan Waruna.Kalau sms ditelefon bimbit bolehlah menggunakan singkatan atau bahasa rojak tapi kalau penulisan di blog kurang sesuai lebih-lebih lagi sebagai pendidik kita perlu berikan yang terbaik dan betul kepada anak-anak didik.

Anonymous said...

Waruna,
Saya sependapat dengan cikgu waruna. Demikianlah guru. Seboleh-bolehnya kita gunakan bahasa yang lengkap. Soal kegramatisan bahasa itu, memanglah perlu dipelajari. Kalau kita dapat mengelakkan diri daripada "merosakkan bahasa", pun sudah memadai. Fikiran cikgu waruna amat positif kerana tidak semestinya guru subjek bahasa sahaja yang mesti "pandai bahasa".

Anonymous said...

Julia,
Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.

Benarlah kata Julia: Kita berilah yang terbaik.Dalam penggunaan bahasa pun, kita perlu berfikiran positif seperti itu. Lebih jauh daripada itu, sekurang-kurangnya kita memberi sumbangan bagi mengekalkan kedaultan bahasa kita.

yusofsipan said...

Apa-apa yang Cikgu Wahab paparkan daripada email yang diterima itu juga memberi banyak ilmu dan panduan kepada saya dalam meneruskan aktiviti blogging ini. Terima kasih!

Anonymous said...

Cikguyusof,

Begitulah caranya kita belajar, cikguyusuf. Ilmu memang tidak akan habis. Semakin dipelajari, semakin tidak mencukupi.

Al-Manar said...

Nampaknya cikgu cikgu bersatu pandangan tentang penulisan, cara ringkas atau sepenuhnya. Saya pernah kata yang saya sendiri, sungguh pun bukan dari kalangan guru, ingin membaca penulisan yang baik dan tersusun dalam bahasa Melayu. Sayangnya dalam bahasa sendiri saya tidak berjaya menyusun bahasa yang betul dan sempurna, termasuklah ejaan. Amat memalukan. Tetapi saya cuba dan sudah tentu saya menyokong pandangan cikgu Wahab dan cikgu Waruna perlunya bahasa yang lengkap untuk penulisan blog. Saya sedih melihat bahasa pasar yang bercampur campur digunakan seumpama berbual bual kosong. Begitupun saya mesti akur yang kita mempunyai pandangan yang berbiza. Kita kena menghormati pandangan dan cara cara yang tidak semestinya sealiran dengan kita.

mantan said...

Al-Manar,

Thank you. I appreciate your comment.

Dalam hal penggunaan bahasa: there are various 'school of thought'. Banyak mazhabnya. Setiap mazhab itu mempunyai rasional masing-masing. Tidaklah mudah untuk dianggap salah.

Ada yang hanya beranggapan bahawa bahasa sekadar alat untuk berkomunikasi.

Ada juga yang beranggapan bahawa "bahasa jiwa bangsa".

Ada juga yang beranggapan bahawa bahasa itu tidak penting. Hujahnya ialah, dua orang yang berlainan bangsa dan menggunakan bahasa yang berbeza, juga boleh berkomunikasi, misalnya dengan menggunakan bahasa isyarat (sign language), malah 'body language' juga.

Tetapi jangan kita lupa bahawa sepatah perkataan yang kita guna mungkin boleh memberi seribu makna di seribu tempat yang berbeza.

Happy blogging !

Anonymous said...

boss
nampaknya ada logo ler pulak .bcw. waruna dan julia memang cukup sensitif bab bahasa dan ejaan, bila ada mereka maka penulis selalu akan lebih berhati hati. serisuriati pula terpesona dengan respon boss yang tak melenting bila di komen, seri memang suka dihargai dan menghargai. saya dapat gambaran awal, seri, julia dan waruna serta cikgu usop sipan memang manusia berjiwa sentimental, lembut dan sensitif.

boss
saya kenal boss lebih dari mereka semua, malah kita bersama memancing dan bertanding sapa dapat banyak ikan duri, last last saya yang kena bawak balik semua ikan sebab kalah. depa semua kenal boss melalui tulisan, jadi apapun depa komen saya selalu teropong jer.

kesimpulan yang saya dapat buat peringkat awal ni, ramai perempuan dan wanita tertarik dengan lenggok bahasa dan keindahan ayat yang di gunakan,mereka terpesona dan menabur pujian. sebab tu ramai antara mereka selalu kena tipu dan kurang berjaga jaga. mereka kurang berwaspada dan bersedia menerima tekanan, mereka selalu hilang kosentrasi jika bekerja dibawah tekanan. sebab? jiwanya lembut. si usop pun join jadi lembut.

waruna, julia dan seri mahupun usop tu semua suka dipuji. memuji dan berjiwa lembut. saya memandang ini satu kelemahan bukan kelebihan mereka.

dunia sekarang memerlukan kita mempunyai pemikiran yang kuat dan kecerdasan emosi yang stabil. puji memuji adalah satu kemunduran yang terselubung. kata kata manis bukan semua bermaksud menyokong, kadang kadang racun yang bisa. sebisa ikan sembilang.

boss
maaf, kalau saya nak kritik boss, saya tulis yang benar aja. saya tak macam seri, julia atau waruna atau usop sipan.

boss
ejaan saya memang hancur, ayat lintang pukang, sebab saya bukan orang bahasa, julia selalu kritik dan pantau.[ saya berterima kasih ] seri dan usop memang kenal saya, malah saya yang memperkenalkan bcw kat dia orang. waruna? misteri pada saya namun saya selalu ke blog dia.

boss
boss melatih saya berjiwa kental dan tegas. boss mentor saya dalam it dan pengurusan. dorongan boss menyebabkan saya banyak menikmati erti kejayaan. anyway kita tetap abang-adik sampai bila bila.

jangan marah..kalau marah nanti kena jual...hahahahaha
kacau sikit jer...dah kecuh

mantan said...

Assalamualaikum,
pataeng sagalas @ kembara kelana @ sop rompin @ Cikgu Yusof,
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ini comment entry yang paling panjang yang saya terima semenjak saya mula blogging. Saya tahu, bila idea Cikgu Yusof @pataeng segalas tiba, meluncur laju, memang panjang tulisannya. Tidak mengapa, tulislah sepanjang mana sekalipun di blog saya. Ia tidak akan kehabisan ruang.
~~~~~~~~~~~~~~~~
Bagi saya maklumbalas Cikgu Yusuf @ pataeng sagalas kali ini bukan "kritikan" tetapi saya rasa semacam luahan perasan sahaja. Mungkin dalam luahan perasaan itu ada terselit sedikit provokasi. Maaflah kalau saya silap.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Memanglah saya mengenali (hanya pada nama ?) serisuryati, waruna, julia, cikguyusof, Al-Manar dan lain-lain melalui blog seperti yang dikatakan oleh pataeng sagalas. Tetapi saya lebih mengenali dan memahami mereka melalui tulisan dan maklumbalas mereka di blog saya. Ini tidak boleh saya nafikan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya tidak peduli bagaimana sekalipun ejaan, perkataan, ayat dan bahasa yang Cikgu Yusof @ kembara kelana gunakan. Itu hak peribadi masing-masing. Bahkan itu boleh jadi style atau gaya Cikgu Yusof @ sop rompin sendiri. Soal style dan gaya itu adalah hak peribadi. Ada copyright. Siapakah yang boleh menyentuh soal itu?
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya fikir, apabila serisuryati, waruna, julia, cikguyusof, Al-Manar dan lain-lain itu (terkecuali e-mail yang saya terima) menulis comment tentang isu bahasa dalam blog, mereka tidak merujuk kepada mana-mana individu pun. Bagi saya tulisan mereka berhemah seperti tulisan Cikgu Yusof juga. Itupun hak mereka juga.
~~~~~~~~~~~~~
Kita, sebagai penulis blog, tentunya ada kod etika sendiri.
~~~~~~~~~~~~~
(saya akan menulis entry / posting berkaitan dengan "kritikan" dalam waktu terdekat). Terima kasih pataeng sagalas kerana menjadi pemangkin cetusan idea itu.

Anonymous said...

he...he...tak campooo !!

kembara kelana said...

kecuh
tapi boss dah bukak topeng saya, habis semua id, nick name dan nama betul semua boss tabur keluar. tak aci macam ni...
boss ni kacaulah, hahahahaha, pergi mancing lagi baik boss, jom, dari duduk berjam jam buat entri blog, repair sana repair sini.

ikutlah boss..jumpa petang nanti, kena teh tarik lama tak minum dengan boss..

sikit provokasi jer, buat usop, seri, waruna, julia rasa terpanggil. baru room komentar terasa panas

Anonymous said...

ooohhhhhhhhhh pataeng sagalas kau rupanya ye...nyamar ye
uhuk uhuk uhuk
takpe aku dngr buah fikiran kau
mewarnai dunia blog pendidik kita.

Anonymous said...

tak semua orang boleh terpanggil dengan provokasi gitu.

apa yang kecuh? Kecuh tu apa ha?

Anonymous said...

salam...cikgu nye ayat mmg best la...tersusun je.... pepun,blog cikgu orait dah...sempoi la...

mantan said...

Assalamualaikum,

NorT IkaN,Terima kasih sudi singgah di blog saya.

mantan said...

Aku nak blajr camne diorang tulis kat blog. Macam yang penulis email tu kata. Aku tulis baliklah komen yang aku bagi kat pataeng dulu.

Assalamualaikum,
pataeng sagalas @ kembara kelana @ sop rompin @ Cikgu Yusof,
~~~~~~~~~~~~~~~~~
semenjak dua menjak aku tulis kat blog, komen pataeng ni paling panjang. pataeng ni, fuh bukan main idea dia. luncur je. x per la. blog ni banyak kosong lagi.
~~~~~~~~~~~~~~~~
pataeng ni nak kritik ke nak pe? macam nak perli je. nak provok kot.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sapakata aku x kenal serisuryati, waruna, julia, cikguyusof, Al-Manar. tapi dlm blog ni je macam pataeng kata. tapi rasa mcam dah kenal lama je. baca komen diaorang yg best tu kalau tak tulis nama dah tau. macam komen pateng tu lah. kenal dah si usop tu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
aku peduli ape macam mana usop tu nak tulis. hak dialah tu. gaya dia macam tu, tak kan nak suruh ubah pulak.
~~~~~~~~~~~~~~~~~.
Bila depa tu tulis kat blog, depa x kata kat sapa-sapapun. Tak sentuh pun hal pribadi orang. Hak depa tu. buatpa hang nak pi kacau tu..
~~~~~~~~~~~~~
pasni aku nak tulih entri brtajuk “kritikan”. Aku nak kata timakacih kat pataeng. Tak langsung Dia bagi aku idea nak tulis posting tu nanti.


Ok tak kengkawan? dah jadi pendek. betul la. jimat masa. jimat tenaga. Korang suka tak aku tulis camni.?

yusofsipan said...

ok ler tu cikgu wahab... best pe mcm tu! Biasenye blog anak2 muda bahasa mcm tu ler yg mereka gunakan, ringkas! Terasa mcm kita pun jadi muda laa bila gunakan bahasa mcm tu, hehehe....

pataeng sagalas @ kembara kelana @ sop rompin @ Cikgu Yusof..... tu mmg kaki provok! Mcm nak cari gaduh jer... (Udah2 ler sof, jgn ler dibawak lagi perangai buruk org muoR tu...)

kembara kelana said...

cikgu usop janggut@usop sipan@ sepupu ahmad sipon

sebab kau orang muo, kau pun tau macamana gurau orang muo. aku bukan cari gaduh, cuma dengan kau aku tak mahu kalah...aku tak suka kau pura pura, puji sana puji sini.sebab tu ramai perempuan suka kat kau...akhirnya lama lama bila kenal aku dan kau, ramai pulak kawan kita suka kat aku...[ kawan2 kitalah ]sebab ..aku jelas, ikhlas dan keras. kalau ada darurat, orang macam aku ni lah yang keluar cari beras..macam kau? dodi anak dalam buai...hahahahaha

cikgu wahab
logo bcw yang cikgu create tu, tak cantiklah cikgu...logo tertutup...dah tak pakai dah zaman ni...tengok logo kpm..itu contoh logo terbuka...tapi logo cikgu...ikut cikgulah...komen:.bulatan..oklah ada makna, maksudnya satu perjuangan@ tujuan yang berterusan, tak putus-putus, kemudian dalamnya dipisah dengan simbul peace..oklah tu kebebasan. cuma ini telah diguna pakai lama dah..kereta mez pun guna. pas tu tiga warna asas dan huruf ditengahnya...alamak cikgu. tak cantiklah , untuk permulaan ni dan untuk usop sipan ..bolehlah cikgu guna, nanti kalau ada idea baru cikgu tukarlah...jangan macam idea usop sipan tu, dia pakai wajah dia yang dikaburkan..macam klasiklah konon konon..kat situ dah nampak si usop sipan ni tak berani dan suka menyamar, sorok sorok wajahnya sebab takut polis tangkap, saman banyak tak bayar..
dulu wajahnya yang comel..ni bila lama lama dah mula simpan wajahnya.

sop
kalau dah burung jampuk tu burung jampuk jugak...puuukkkk puuukkkk

julia ni mana
masa cikgu mengajar dia bukan dengar cikgu ajar apa dan apa cikgu nak sampaikan, konsep baru ke, ilmu baru ke. dia sibuk duk perati baju cikgu, kain tudung cikgu, ada lada kat gigi cikgu, mata sepet cikgu, ada bulu hidung terkeluar...tapi bagus jugak ek ada orang macam julia... pemerhati yang prihatin. hahaha

seri, waruna dan yang lain, nanti kau orang...hahahaha

maaf cikgu wahab,
nampaknya kali ni sampai berpuluh komen masuk..selamat berbloging dan dah lah tu saya tak mau kacau dah..bye bye

probok lagi..

Anonymous said...

Cikgu Wahab,
Jangan biarkan BCW jadi macam blog budak-budak belum baligh je.

Mana-mana komen macam budak-budak tu, masukkan je dalam tong sampah.

sampai logo, gambar orang pun nak komen jugak? Kalau betul tu takpelah...tapi...kah...kah..kah..Dia tak pandai buat le tu. Dulu dia yang marah, pi terjah rumah orang.

Dengki nampak.

mantan said...

Pengunjung sekalian,

Saya tidak menyangka bahawa maklumbalas tentang isu penggunaan bahasa dalam blog saya boleh melarat sampai kepada ulasan dan kritikan tentang penggunaan logo, malah sampai menyentuh peribad sesetengah pihak.

Saya ingin meminta maaf kepada serisuryati,waruna, Al-manar, julia, cikguyusof sipan dan pengunjung lain-lainnya, sekiranya mana-mana maklumbalas/ komen yang dipaparkan melalui blog saya ini menyinggung perasaan kalian dan sesiapa saja.

Saya tidak fikir bahawa memohon maaf itu sebagai sesutu yang menunjukkan kelemahan diri.

e-mail yang pengunjung sekalian kirimkan akan saya balas semuanya, InsyaAllah melalui e-mail juga.

Happy Blogging!

Anonymous said...

hei korang ni apelah, gaduhlah kat luar. yang gi gaduh dalam rumah orang tu buat ape?

Anonymous said...

cikgu Wahab,
sabar ye. saya kenal sngt dgn usop kembara ni. dia seorang yg keras dan kasar suka provok org. ramai pompuan lari kerna tersinggung tapiii dia seorng yg baik hati suka menolong orang cuma dia tu agak "brutal" sikit..jangan maarah kritik mengkritik. bila cikgu wahab nak ketengahkan artikel tentang kritikan?

Anonymous said...

aku tak paham ler prangai mnusia ni. dahlah nak gaduh dlm rumah orang, ajak tuan rumah gaduh sekali pulak tu. Tak semua orang suka perangai brutal. susah juga nak cari orang brutal tapi baik hati (pktn hati tu eja betul2. nanti jadi pktn tahi pulak).

macam 'robin hood'ye. rompak duit orang kerana nak bantu orang lain. kira macam tonto juga ni.

mantan said...

Anoymous,
Artikel 'kritikan' itu sedang saya siapkan.
Tidak mengapa, "biar lambat, asalkan sempurna".

Anonymous said...

Saya tetinggal kapal terbang rupanya... ingatkan isu emel dah habis, rupanya berlarutan... baru hari ni saya tengok, tergelak besar saya dibuatnya. Saya suka cara Usop. Yang paling saya tergelak ialah dia kata saya misteri. Misterikah saya? Saya sokong usop dia kata perempuan lembut dan tak tahan kritikan. Saya akui. Semasa mula2 saya jadi sebahagian dari ahli pengurusan sekolah, saya amat sensitif.. tapi lama kelamaan pengalaman banyak mengajar kita bagaimana berurusan dengan pelbagai kerenah guru. Memang tidak dinafikan adala beberapa guru yang perwatakannya sama dengan usop ni. Kritikan memang penting juga supaya kita dapat menilai apakah keputusan yang kita ambil munasabah atau tidak. Tetapi orang yang asyik mengkritik je kerjanya ( tidak merujuk sesiapa ye..:) kita kena tengok juga kerja buat dia adakah sama dengan kata-katanya... Seronok juga ye banyak maklum balas ni. Dalam dunia nih ada macam-macam watak yang menceriakan suasana, bayangkan kalau hanya ada satu watak sahaja eg.semua watak baik je..... boring juga kan... kalau watak jahat sahaja kacau bilau la pulak...Sepanjang saya menulis ni saya tersenyum 24 jam.. tapi jgnla pulak usop kata saya TAK BETUL..