13.11.08

RELEVAN ATAU TIDAK?

Sejauh manakah keputusan UPSR itu dapat dijadikan bukti / kayu ukur /penanda aras tentang keberkesanan / kejayaan / kemajuan program PPSMI?

3 comments:

Al-Manar said...

Cikgu Wahab,
Membaca blog ini saya yakin Cikgu Wahab seorang ‘professional teacher’ yang mempunyai asas dan pengelaman dalam pendidikan. Saya tidak. Tapi saya cuba mengajar sebagai satu khidmat kepada masyarakah. Dengan itu pandangan saya munkin tidak tepat kerana tidak mematuhi garis panduan tertentu.

Soalan Cikgu pernah bermain dikepala saya. Saya tidak dapat elak daripada memandang sinis kegemilangan yang dihiboh-hibohkan. Setiap tahun pencapaian meningkat. Betulkah keadaan ini?

Sebagai perbandingan kalau saya perlu 2 meter kain untuk membuat seluar saya akan beli 2 meter dari mana mana kedai. Panjang satu meter tidak berubah Selagi saya tidak mendapat penjelasan tahap tahap markah yang diperlukan untuk mendapat satu satu gred saya tidak dapat menerima keputusan yang diumumkan betul betul mencerminkan kebolehan. Umpamanya umum hendak lah dijelaskan yang markah terendah untuk gred A ialah 80%, gred B 60%-79% dan sebagainya. Jangan ditentukan markah markah ini mengikut hasil jawapan calon, kalau ramai kita naikkan dan sebaliknya kalau terlampau berkurungan mendapat 80% kita turunkan ke 70% untuk mendapat hasil bilangan yang kita kehendaki.

Saya pernah diberitahu yang guru guru bertugas memeriksa kertas jawapan peperiksaan diminta memberi jumlah markah yang diperolehi sahaja, tidak gred pencapaian. Gred akan ditentukan oleh pihak yang berkenaan. Kalaulah betul, ini memberi satu gambaran
yang amat tidak memuaskan.

Wahab@Cendanawangi said...

Al-manar,
Terima kasih kerana komen yang bernas itu.

Saya setuju dengan analogi keperluan membeli kain secukupnya itu.

Saya percaya, bahawa gred pencapaian pelajar akhirnya ditentukan oleh keperluan memenuhi agenda tertentu. Ia tidak mencerminkan pencapaian sebenar pelajar.

Selama dua belas tahun saya menanda kertas jawapan bertulis bagi peperiksaan SPM. Saya tahu pencapaian sebenar pelajar.

Saya juga tahu bahawa markah yang saya berikan bagi kertas yang saya tanda akhirnya dimanipulasi untuk menunjukkan keputusan SPM keseluruhannya. Ini dilakuan kerana tujuan-tujuan tertentu pula.

kembara said...

UPSR hanya mnegukur 3 kemahiran sahaja, kemahiran dan kecerdasan bahasa, sains dan matematik. Malah ada mengatakan matematik pun satu jenis bahasa juga, ianya satu simbul yang membawa makna macam huruf-huruf dalam penulisan bahasa. kalau itu benar, cuma dua kemahiran saja diukur.
kajian menunjukkan selepas 3 tahun perlaksanaan ppsmi peratus pencapaian orang melayu merosot begitu teruk sekali..malah banyak kajian para akademik di pendam dan disimpan dalam arkib atau di tongsampahkan semi survival ahli politik... jelas ini adalah satu tindakan tidak profesional dan memalukan. kajian yang membuktikan kegagalan ppsmi perlu di perbincangankan dengan wajar kerana kajian adalah satu kebenaran pada sesuatu hujah.

http://digg.ringgittune.com/Isu-Semasa/matematik-sains-disyor-dalam-bahasa-malaysia/

polimik ini telah bertahun dibahaskan. keputusan upsr adalah satu gimik yang cuba mengaburi mata orang kampung yang masih merupakan undi penentu dalam pilihanraya...akan datang. untuk kita para pengamal ilmu ini, sudah tentu jawapannya jelas.. keputusan UPSR bukan pengukur kepada kejayaan PPSMI
salam