15.11.08

ALI, ABU DAN AMINAH

Ali, Abu dan Aminah, nama biasa orang Melayu.

Masa saya di sekolah rendah hingga ke sekolah menengah, sepanjang tempoh persekolahan saya, tidak ada seorang
pelajar yang sama sekelas dengan saya yang bernama Ali, Abu atau Aminah.

Tetapi sepanjang persekolahan saya,
guru Bahasa Melayu yang mengajar saya, selalu menggunakan nama Ali, Abu dan Aminah ketika mengajar. Jika cikgu menulis contoh ayat di papan hitam, nama Ali, Abu dan Aminah selalu digunakan. Jika bercerita, Ali, Abu dan Aminah menjadi wataknya.

Kenapa begitu ya? Mungkin namanya ringkas, mudah ditulis dan disebut. Tetai nama
Aminah ada enam huruf dan tiga sukukata, berbanding Ali dan Abu, masing-masing tiga huruf dan dua sukukata.

Kenapa tidak Ali, Abu dan
Ani sahaja?

Mungkin Ali, Abu dan Aminah boleh dikaitkan dengan
pengaruh Islam?

Atau, itu hanya kebetulan sahaja!

4 comments:

Anonymous said...

A'ah...kenapa yek ? Kenapa tak guna nama sazili ke, wahab ke ? Agak-agaknya zaman tu tak global lagi kot ?

sazili said...

Komen kat atas tu tersalah tekan butang identiti, tu yang jadi anonymous tu. Tapi cikgu budak-budak sekarang nama panjang-panjang - ada pelajar saya dulu-dulu namanya kus semangat panjang - Syed Mohammad Noor Iskandar Shah bin Syed Mohamad Abu al-Bakri Shah. Hah, engkau kena nama macam ni...'berputo' lidah!

YAAKUB ISA said...

Ada lagi nama lain: Busu, Baba (ini khas untuk orang Melaka, kerana temapat lain jarang yang nama Baba). Tentang Minah tu mungkin masa dulu comel nama itu - tak kiralah sukukata lebih sikit. Ani tu dah kira moden: Rosnani, Hayani, Rohani (macam nama nenek saya, kata P.Ramlee!). Ada kawan saya yang jadi guru, kalau mencontohkan nama, asyik menggunakan nama FAUZIAH, FAUZIAH. Siasat punya siasat, rupa-rupanya nama buah hati dia! Tak percaya tanya Muhammad Yahya atau Shahrudin Shamsuddin masa mereka belajar di SMC (nama sekolah tu jadi rahsialah sikit...)

Wahab@Cendanawangi said...

Itulah dia: NAMA.

Hairan juga apabila timbul ungkapan; "Apalah yang ada pada nama...". Padahal nama itu amat penting dan boleh memberi pelbagai makna...