10.11.08

Sejarahnya begitu (Rokok)


Posting sazilimohdnor tentang sikap dan tabiat berkaitan merokok, mendorong saya mencatat sedikit maklumat berkaitan”sejarah” rokok, yang saya kumpulkan berdasarkan bacaan daripada beberapa laman web yang saya layari. Kesan negatif rokok memang sudah banyak kita ketahui.

-----------------------------------

Penyelidik telah menemui bukti tentang rokok di Amerika Tengah. Sekitar abad ke-9, rokok digunakan dalam bentuk buluh halus dan tiub hisapan. Orang-orang Maya dan Aztecs, menghisap tembakau dan dadah psikoaktif dalam upacara keagamaan. Gambarannya terdapat pada ukiran di dinding-dinding rumah berhala dan juga pada tembikar. Rokok dan cerut sangat popular di Caribbean, Mexico, dan Amerika Selatn sehinggalah ke hari ini.

Rokok tidak dikenali di negara-negara penutur Bahasa Inggeris sebelum Perang Crimean, sehinggalah askar-askar British mula mencontohi orang-orang Turki Ottoman yang menjadi sekutu mereka; yang menggulung tembakau dengan kertas suratkhabar.

Perkataan “cigarette” mula digunakan pada abad ke-18. Peminta sedekah di Seville memungut sisa-sisa dan puntung rokok yang dicampak oleh senoritos (orang muda yang kaya). Peminta sedekah itu membalut sisa tembakau dan menghisapnya. Gambaran tentang tabiat ini dapat dilihat melalui lukisan-lukisan oleh Francisco de Goya tercipta pada abad ke-18 seperti :La cometa (Layang-layang), La merienda en el Manzanares (Perkelahan di tepi Sungai Manzanares) dan El juego de la pelota a pala (Permainan bola dan pendayung).

George Bizet melaksanakan Opera Carmen.pada tahun 1930-an di Sepanyol. Watak utama Carmen itu asalnya ialah seorang pekerja di kilang rokok.

Penggunaan tembakau dalam bentuk rokok menjadi semakin popular selepas Perang Crimen. Keadaan ini dibantu oleh pengeluaran tembakau yang sesuai dijadikan rokok.Ketika Perang Dunia I dan Perang Dunia II, rokok dibekalkan kepada anggota tentera.

Pada fasa ke-2 abad ke-20, kesan negatif rokok terhadap kesihatan sudah diketahui secara meluas. Amaran bertulis tentang bahaya merokok mula tercetak di kotak-kotak rokok. Amerika Syarikat dan Negara-negara Bersekutu, belum lagi meletakkan amaran bahaya merokok secara grafik yang dikatakan lebih berkesan. Kanada, Australia dan New Zealand, bagaimanapun telah memaparkan amaran bahaya merokok dalam bentuk teks, grafik dan paparan imej. Antara lain yang dipaparkan ialah kesan-kesan pemusnahan anggota badan disebabkan penggunaan tembakau.

---------------------------------------------

Jika ditanya kepada perokok apakah faedah-faedah merokok, sudah tentu mereka dapat memberikan seribu jawapan.

2 comments:

usop said...

merokok
sigmund frued kata, kita ni mangsa masa silam, the victim of the past.. orang yang merokok kerana mas akecilnya bibirnya tidak dipuaskan, nak nenen mak dia tak bagi, bila dah berakal, tabiat merokok dah bertukar menjadi ketagihan. bila dah ketagih cakap pun dah mula merapu, antara alasan katun yang di berikan, orang merokok bagus, anjing takut sebab bawak tongkat [ sakit ] pencuri tak masuk rumah sebab selalu batuk [ pencuri sangka, tuan rumah tak tidor ] dan bini tak pening kepada sebab mati cepat, ada juga bertanya dimana ketinggian orang merokok [ pada asapnya ] apa kelebihan orang merokok? [ pada puntungnya ] di mana nikmat orang merokok ? [ dihujung jari dan di bibir ] lagi satu alasan orang merokok, ialah sumber inspirasi dan ketenangan, ada juga mengatakan ternyata kejantanannya. [ take risk ] haiii....macam macam

wahab said...

Sop,
logik juga alasan dia orang tu. Kalau Sigmund Frued masih hidup, mereka ni boleh diambil sebagai responden soalselidik tentang baiknya rokok untuk kesihatan.