30.11.08

Shah Jahan menangis, cintanya hancur berderai...



Bersemaraknya cinta Shah Jahan kepada permaisurinya Mumtaz. Kukuh, teguh, tersergam Taj Mahal, lambang sejarah cintanya terbina di bumi Agra.


Jika Shah Jahan masih hidup, bersama Mumtaz, terus bersemaraklah sejarah cintanya. Taj Mahal berada di mana-mana, terpinjam dan terukir namanya. Taj Mahal menjadi jenama dan ikon, lambang sejarah nafas cintanya.


Dan jika Shah Jahan, bersama Mumtaz, hari ini, masih hidup, runtuh luluh bahagianya, melihat sungai darah di bumi Mumbai. Bedilan peluru dan bom meledak, api benci menggelegak. Mayat bergelimpangan, hancur berkecai. Nafsu permusuhan sudah memuncak.


Bisik Shah Jahan kepada Mumtaz : “Roh cinta kita tiada lagi di sini”.

4 comments:

cikguyusof said...

Cikgu Wahab, jutaan terima kasih kerana:
1. memberi saya URL terbaru blog cikgu, mmg dah tergerak hati nak minta krn beberapa hari ni tak boleh nak masuk. Akan saya re-link blog cikgu tu.
2. menunggu new entry drp saya; agak sibuk kebelakangan ini, kalau mlm mmg tak sempat, sibuk dgn anak kecil, hehehe

simantanguru said...

Budak-budak gitulah...

sazili said...

Wah...handsome orang kat sebelah atas penjuru kiri blog ni. Macam kenal je orang tu !

simantanguru said...

Sir Sazili,
Tak taulah sape tu... nampak macam orang dah pencen tu. Pencen cikgu la. Yang lain-lain tu belum pencen ...