23.12.08

Kancil

Hantar jam sembilan pagi, janji siap jam tiga petang. Sampai jam enam petang, tidak juga siap. Esok pula katanya.


Pagi tadi pergi lagi ke bengkel. Belum juga siap. Hanya jam empat petang tadi barulah siap. Semalaman kereta Kancil isteri saya tidur di bengkel.


Selepas saya bayar ongkosnya, isteri pandu pulag Kancil. Sampai di rumah, saya dapati seperti ada sesuatu yang tidak kena. Bunyi enjinnya kuat berdengung, tidak seperti asalnya. Macam semakin teruk selepas dibaiki. Padahal, sudah dibuat top-overhaul, ganti pelincir, minyak gear, spark plug, contact point, gasket, oil filter dan petrol pump.


Saya pandu Kancil kembali ke bengkel.


“Ah Pok, lu tengok saya punya kereta, sudah o k ka?” ,


“Eh, ini bunyi sangat kuat la,” , kata si Ah Pok, tuan punya bengkel berbadan gempal dan sedikit rendah itu.


“Hei, Mat, macam mana lu bikin ini kereta?”, spontan sahaja si Ah Pok bertanya kepada salah seorang pekerjanya. Terpinga-pinga si Mamat tetapi tidak berkata apa-apa.


“Lain kali bikin kerja betul-betul, jangan kasi susah sama orang, lu bukak kasi bikin semula.” , Ah Pok memarahi kulinya itu. Tergesa-gesa si Mamat mengambil peralatan.


Saya fikir Ah Pok memarahi kulinya itu kerana ingin, “mengambil hati” saya.


“Ah Pok, lu tak boleh marah sama dia. Lu yang tidak betul. Masa dia bikin saya punya kereta, lu panggil dia bikin lain punya kereta. Ada kereta masuk, lu panggil dia bikin. Saya punnya kereta pun belum siap. Itu macam, dia sudah lupa apa dia sudah bikin pada saya punya kereta .Itu pasal sudah silap!” saya jelaskan kepada Ah Pok apa yang saya perhatikan semalam. Rasa jengkel kepada Ah Pok sudah mula terasa.


Itu karenah pengusha bengkel membaiki kereta. Saya perhatikan si Ah Pok ini ada taktiknya. Apabila ada kereta masuk ke bengkelnya, dia terus melayan pelanggannya itu. Kemudian dia meminta beberapa pekerjanya membuka beberapa skru, atau bahagian peralatan yang diminta baiki oleh pelanggan. Selepas itu pekerjanya akan kembali kepada kerja asalnya. Demikianlah setiapkali kereta masuk ke bengkelnya. Walau sebanyak mana pun kereta yang masuk, semuanya diterima. Buka beberapa sekeru atau tayar dan pelanggan tak dapat kemana-mana atau mencari bengkel lain. Kena tunggu.


Inilah masaalahnya. Banyak kali kereta saya “ditinggalkan” dalam proses dibaiki itu. Ketika inilah berlaku kesilapan. Kerja-kerja baikpulih terhenti / tergendala. Apabila si Mamat kembali ke kereta saya, diapun sudah lupa apa yang dilakukan sebelum itu dan apa yang patut dibuat seterusnya


Ketika ulang baikpulih itu, saya tunggu si Mamat bekerja sehingga siap. Ah Pok hilang entah ke mana. RM 490.00 bukan sedikit bagi orang pencen sperti saya.


12 comments:

Sazili Mohd Nor: said...

Cikgu Wahab,

Tu pasal saya tidak pernah repair kereta kat rompin ni sejak sekian lama saya pakai kereta. Saya akan repair kat segamat atau kat Batu 1 Endau sebelah kedai mosaic tu ! Kawan saya pernah kata, amboi jauhnya kau repair kereta sampai kat segamat. Saya cakap tak apa, hati tak sakit dan berbaloi aku keluar duit. Sekarang ni saya repair kat kuantan.Kereta antik saya dan kelisa saya banyak repair kat endau. So far so good !

cikguyusof said...

Saya pulak hantar baiki/servis kereta di bengkel kawan sekampung yg dibuatnya di rumah. Dia pernah bekerja dengan pusat servis proton di Shah Alam tapi lama dah berhenti dan balik kerja di kampung. Agak lengkap jugak bengkelnya di rumah tu dan bersedia jugak utk kerja2 menukar enjin. Setakat ini servisnya ok dan harga pun berpatutan.

Kembara Kelana said...

di rompin saya percaya pada bengkel syed din di sg putri..lain? hampeh..repair sampai dua tiga kali..tak settle masalah..bos, kancil bos tu jual je...beli baru...[ yang peliknya logo boss asyik duk berubah ubah...sejak saya kata logo BCW tak come...hehehehhee] tinggi ilmu blog boss ni. sory boss , nyakat lagi

simantanguru said...

Sazili,
Dah serik rasanya nak repair kereta kat Rompin ni.
Lain kali kena gi kan Endau.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cikguyusof,
Bagus kalau yang kita kenal.Lebih sempurna. Lagi bagus kalau dia dah "kenal"dgn kereta kita.
---------------------------
Kembara Kelana,
Dah pernah cuba juga sekali kat bengkel syed tu. Ok jugak. Tapi syed selalu tak ada d bengkel.

Ubah logo tu bukan kerana orang kata tak come. Hanya yang ampuna diri nilai sendiri. Tak begantung pd penilaian orang lain. Logo,layout akan sentiasa berubah-ubah sebab saya programkan. Inputkan 10 logo, arahkan diubah-ubah, komputer ubah sendirilah. Nak belajar. Tak payahlah. Pengerasnya banyak...Kecanggihan blog tak bergantung kpd logonya. Mcm blog diari Kembara Kelana tulah. Hebat tu. Isi dan bahasanya bagus. Tapi convert kpd layout pada blog tiga kolum mcm saya buat.2 kolum tu mcm simple sangatla...Orang dah pakai 4 kolum dah... KK, ad url si dagang tu tak?

Kembara Kelana said...

sinis sinis sinis

simantanguru said...

Kembara Kelana,
Sinis tak apa lagi. Jangan brutal dahlah. Nanti kecik hati pulak si Dagang yang selalu gi kat diari
Kembara Kelana
tu.

Kembara Kelana said...

dagang ni sangat misteri..tapi rasanya dia seorang pensyarah saya di UPSI..gayanya..hebat dia adalah kembara minda dan orang akademik.. saya tak tau ..biarlah begitu..asalakn dia sudi. boss hanya baca jer..tak komen pun..jangan lah gitu, saya perlu feedback dari mantan guru saya. abang tak nak tolong adik lansung...hehehe jangan brutal boss..saya cuma nak naik kan rating blog boss saja..walaupun terpaksa membakar diri hehehe

simantanguru said...

Kembara Kelana,

Biarlah si Dagang tu jadi misteri. Saya pasti dia akan buat komentar lagi. Dia tetap sudi. Bagilah peluag pada si Dagang Kelana.Kasihanilah dia, sudahlah berdagang menumpang, berkelana di alam maya pula. Singgah pula di mana-mana menyusun bicaranya.

Kalaupun nanti diketahui dia bukan pensyarah, tak mengapalah. Kesudiannya membuat komentar sudah kira ok lah tu kembara.

simantanguru

chehassan said...

Pasal repair kereta ni mmg banyak cerita. Macam2 bukan saja kerenah tauke bengkel dan empunya kereta tapi, kereta tu sendiripun ada kerenahnya. Nak memastikan semuanya ok,kita kena faham semua kerenah tadi. Jadi kalau pakai kereta kancil, kena tahu 'isi hati' kancil ni.

Okeeey...terima kasih cikgu wahab kerana sekali sekala memberi komen yang baik dlm blog saya yang ilmu sejengkal itu.

simantanguru said...

Chehassan,
Benar, kita kena tahu juga hal-hal berkaitan enji kereta kita. Jadi taklah begitu mudah orang yg menganggap kita bebal tentang kereta;mempermain-mainkan kita.

Terima kasih kerana singgah di blog saya.

simantanguru said...

kembara Kelana,

Susah juga nak bagi komen pd posting Diari Kembara Kelana. Bahasa tak seindah bahasa Kembara. Nak komen bukanlah semudah baiki kereta kancil. Fati kata, itu blog orang seni. Lagipun say nak bagi peluang pada Dagang la...

Bukan saya tak nak tolong. Saya pun bukanlah brutal sangat. Terima kasihlah kalau ada niat nak naikan rating blog simantanguru. Biarlah rating Diari Kembara Kelana yang naik bila ramai yang suka baca komentar si Dagang tu.


Kembara Kelana,ini sedikit nasihat jika sudi diterima: Usahlah membakar diri. Kiranya nanti akan gelitalah persada maya, pabila terpadamnya jalur cahaya terakhir setelah hitamhangus Kembara Kelana menjadi arang dan debu.Hehehehe...

tukangsampok said...

Hitam hitam si tampok manggis, hitam hangus (kembara kelana) dipandang manis???