31.12.08

Ketika ketiadaan Menteri KM. Memasak dan Membasuh.

Routine harian berubah. Sambil berjogging pagi tadi,(sejak bersara, riadah satu hingga dua jam sehari, sudah jadi kebiasaan) saya fikir apa yang saya nak buat hari ni. Bila "ditinggalkan" isteri, rutin harian akan berubah.

Sejak semalam, saya "ditinggalkan" isteri. Saya menghantar isteri untuk mengurus anak yang baru bersalin. (Saya dapat cucu ke-dua, lelaki [comel macam atuk dia--gurauan isteri saya]- syukur alhamdulillah, semuanya selamat).

Tinggal tiga beranak di rumah. "Bergotong-royong" apa yang patut dibuat ketika ketiadaan "Menteri Kemas-Mengemas" yang sedang menguruskan anak dan cucu di Johor Bahru.

Dalam fridge masih ada lima ekor ikan kerisi. Tentu jadi lauk hari ini. Plan nak masak apa. Tengok benda-benda lain pun ada. Lada merah ada, bawang merah dan bawang putih ada. Serbuk kunyit ada. Dalam bekas plastik ada asam keping. Oh, ada ikan gelama kering. Minyak masak masih ada.

Buka pintu belakang tengok "kebun". Petik sehelai daun kunyit. Ambil sedikit daun kesum. Gali lengkuas. Petik dua biji terung panjang. Petik daun ulam raja. Ni boleh cicah sambal belacan. Petik cili padi segenggan cukup dah. Daun cekur manis dah banyak, esok boleh masak lemak. Pucuk ubi lebat juga. Kena celurlah lah tu. Esok lah.

Seronok juga memasak. Kalau nak senang beli aje.Taklah susah-susah. Tapi kepuasan dan keenakan lebih terasa jika dapat masak sendiri.

Tengahari ni makan nasi lauk asam pedas ikan kerisi campur terung. Ulam raja dan sambal belacan. Ikan gelama kering, digoreng.

Di bilik air, mesen basuh sedang berputar!

12 comments:

sazili said...

Cikgu ni buat saya terliur je...saya pantang dengar ulam raja, pucuk ubi celur lepas tu ada pulok disebut sambal belacan...haiyy!!!!

Seri Suryati said...

sekali sekali ke dapur tidak terkata kepuasannya. memasak itu juga satu seni....hari2 memasak...lagi isteri suka

simantanguru said...

Sir Sazili,
Firstly,
Tahniah. SMKSR cemerlang PMR cemerlang.
Banyak 'saham' sir kat situ.

......................
Secondly,
Hujan-hujan ni, yang pedas menyengat tu lah yang sedap. Berpeluh jugak.

simantanguru said...

Seri,

Yelah, kalau tak tau caranya memang tak jadi. Semua ada caranya. Nak siapkan bahan-bahannya macamana. Kena tahu bahan apa nak guna. Banyak mana sukatannya dan campurannya. Prosesnya naka buat apa dulu. Naka masukkan bahan mana dulu. Masanya selama mana. Rasanya pulah macam mana. Nilai kandungan pemakanannya kena tau juga.

Terasa puas kalau masak tu menjadi seperti yang kita harapkan. Apatah lagi kalau rasanya memang sedap. Kalau masak asampedas tu jadi asampedas lah, jangan jadi lain...

Pendekata, memasak ni ada seni dan kreativitinya juga.

Seri, hari ni masak kuih ape?

serisury said...

Hari ni tak masak kuih. Dah sibuk di sekolah. Minggu ni asyik mesyuarat saja. Mesy guru, mesy kurikulum, hem dan hari ni giliran saya mengendalikan mesy kokurikulum. Lega rasanya saya dah bentangkan segalanya dgn terperinci kpd semua guru (83 orang). Sabtu ni prgm orientasi tahun 1 dan pra sekolah serta gotong royong membersihkan bilik guru dan bilik darjah.Isnin dah naik sekolah dan bermulalah hari-hari yang sibuk. yuran tak boleh kutip...mana datang dana nak buat sukan di stadium darul makmur februari ni...hmmm pandai-pandailah....

waruna said...

orang lelaki memang boleh memasak... tapi yang tak tahannya.. orang lelaki bila memasak dapur jadi lintang pukang! teruk pula kita nak kemaskan.. tapi cikguwahab tak gitu kan.....

simantanguru said...

Serisury,
Jadi guru ni mana ada yang tak sibuknya. Macam-macam nak dibuat. Tapi kalau kita pandai susun kerja, tak jadi masalh sangatlah.

Kalau tak ada dananya,macamana nak buat program. Entahlah tak tau mcamana PIBG sekarang ni.

simantanguru said...

waruna,
Taklah gitu.Dah biasa tolong isteri cuci pinggan mangkuk dan perkakas dapur. Dah tahu macamana nak kemas dapur.

cikguyusof said...

Dah lama sangat rasanya saya tidak memasak di rumah, macam hilang dah 'skill' memasak tuh tapi 'skill' makan semakin bertambah (maklum ler ada 2 meja makan)....hehehe

CikguSepajo said...

Ini kira macam "camping" dalam rumah.

simantanguru said...

Cikgu Sepajo,
Musim musim hujan ni kena camping dalam rumah. Sesekali camping, seronok jugak.

simantanguru said...

Cikgu Yusof,
Kalau ada dua meja makan tu, taklah terasa "ketinggalan" isteri.