3.1.09

MESYUARAT Di Tengah HUJAN

HUJAN


Sejak subuh hujan mendesah, melebarkan ruang genangan. Ada tanda-tanda hujan akan berhenti menjelang tengahari; angkasa sebelah timur sudah sedikit cerah.

------------------------------------------------------

SIBUK


Sekolah akan “dibuka” semula beberapa hari lagi, melebarkan rasa sibuk.

Semuanya sedang menyempurnakan kehendak dan kelengkapan.

------------------------------------------------------

AZAM


Di sekolah, Pengetua, Guru Besar, GPK, Guru-guru, Kakitangan Sokongan, dan seluruh warga sekolah, mengazamkan hasrat, memantapkan semangat awal tahun baru.

------------------------------------------------------

HASRAT


Ada hasrat dan cita-cita yang terlafaz dalam mesyuarat. Ada percambahan fikiran. Ada pendapat yang terselisih (tentunya dengan niat yang positif). Barangkali juga ada yang masih kekontangan idea kerana masih “baru”.

-------------------------------------------------------

BARU:


Awal tahun baru, banyak yang baru. Yang baru tidak akan semerta menjadi lama.Wajar menggarap pengalaman orang lama. Jangan malu bertanya. Orang lama jangan sombong. Berilah bantuan.

-------------------------------------------------------

MESYUARAT


Jika selepas mesyuarat ada bisik-bisik dan cakap-cakap di belakang, tentunya ada yang tidak kena. Ada yang terkilan. Ada yang tidak mendapat atau tidak diberi peluang. Bersabarlah ketika bermesyuarat.

Saya teringat pula akan kata-kata seorang motivator: “Mesyuarat yang baik tidak akan berlarutan melebihi satu jam. Dan kehadiran ideal untuk mesyuarat ialah 2 orang sahaja; dan salah seorannya tidak hadir!” Barangkali kata-kata itu hanya selitan unsur kecindan; bukan untuk mesyuarat di sekolah.

-------------------------------------------------------

PENGERUSI


Jika pengerusi mesyuarat tidak bijaksana, jadilah bak kapal hilang haluan; akan ada maklumat yang cair, tumpah hanyut di luar alur komunikasi.Ada halangan maklumat; tersekat. Yang positif boleh sahaja menjadi negatif. Pengerusi mesti tahu “membaca” [tentunya ‘close reading’] kehendak dan keperluan semua kemudiannya disesuaikan dengan keperluannya untuk dijadikan keputusan.

-------------------------------------------------------

SELAMAT


Selamat Tahun Baru.

Selamat bertugas!

Jangan “hangat-hangat tahi ayam, setelah dingin, membeku dan dihanyuti banjir! “

Didoakan semoga anda semua sentiasa berjaya.

7 comments:

chehassan said...

Mesyuarat ada hukum hakamnya yang jarang diketahui oleh sebahagian besar orang yang hadir dalam mesyuarat. Kadang-kadang pengerusi pun tak tahu hukum mesyuarat. Setiausaha juga tak tahu macam mana yang dikatakan minit mesyuarat. Dan para ahli pula menganggap dia hadir secara terpaksa. Di sekolah selalunya jadi begini. Asal nama mesyuarat, jadilah sebagai memenuhi takwim sekolah. Bila baca minit mesyuarat, macam zaman sebelum merdeka, setiap suara yang berbunyi di dalam mesyuarat dicatatkannya. Jadi kita kena berubah.Belajar hukum hakam mesyuarat baru hadir mesyuarat.

Cikgu Nort said...

Kdg2 mesyuarat lari dari agenda yg sebenarnya... time ni la ada gak guru yg jadi sasaran kelompok pentadbiran... Mcmana cikgu? Ada jugak bila kroni2 GB aktif borak,x ditegur...tp kalau bukan kroni GB,tros dilaserkan... Kenapa masih ada istilah kroni GB? adakah GB suka watak2 pendamping ini yg acapkali hanya bekerja dihadapan GB...dan mengulor bila jauh dari pandangan GB sendiri? Cikgu,sy dah x guna NORT IKAN... ni blog br sy... parpoo.blogspot.com....

YAAKUB ISA said...

Cikgu Wahab,
Saya terasa sedih dan malu sedikit. Seorang teman dari sebuah negeri yang dulunya sama-sama menjawat jawatan KPP Kurikulum macam saya menghantar SMS menyatakan anaknya (perempuan) lulus KPLI dan ditempatkan di Pahang. Beliau minta jasa baik saya supaya ditempatkan di Kuantan atau Pekan, supaya tidak jauh sangat dengan negerinya. Sekolah tak kisahlah. Saya pun hantar SMS kepada seorang Pegawai di JPN Pahang memanjangkan harapan kawan saya tu. Setelah saya telefon beliau keesokan harinya, katanya pegawai JPN Pahang sedang mengatur penempatan di KL. Beliau telah menyampaikan hasrat itu. Saya fikir tak susah sangat bagi mereka. Tapi, Cikgu Wahab, anak kawan saya itu ditempatkan di sebuah SRK Orang Asli, bukan di daerah yang dipohon. Kawan saya itu menerima penempatan anak perempuannya ini, tapi yang saya ni, malu betul dengan beliau dan isterinya. Isteri saya minta saya tolong juga, tapi, saya merasakan, zaman hasrat kita didengari telah berlalu lama dah. Soalan saya: bagaimana nak bersemuka dengan kawan saya yang seorang itu?

mantan said...

Dato'
Demikianlah keadaan; segalanya berubah.
Saya fikir, jika itulah hasil daripada keputusan yang Dato' terima daripada pertolongan orang JPNP (anak rakan di tempatkan di SRK OA luar daerah), maka dapatlah kita nilai hatibudi manusia di sekeliling kita.

Saya harap rakan Dato' itu dapat menerima segala usaha Dato' dan keputusan itu. Memanglah harapan orang tinggi menggunung, kita pula tidak mampu pula besama mendaki melunaskan hasrat mereka. Manalah tahu barangkali semua itu terselit hikmah besar di sebaliknya. Saya harap rakan Dato'itu memahami situasi ini.
.........................
Dato', sudah dua tahun saya memohon tender membekalkan makanan ke asrama sekolah-sekolah di pahang ini, (tentunya dengan memohon sokongan orang JPNP juga) namun, sehingga kini,rezekinya belum sampai.

Anonymous said...

Hikmahnya.... supaya kita bersaing dengan adil kot..

mantan said...

Chehassan,
Mesyuarat kadang-kadang boleh bertukar kepada "menu sarat".

NoRT,
Kalau ada yang "berborak" dalam/ketika mesyuarat, tentulah kerana ahli mesyuarat tidak mematuhi "hukum-hakam" -- (istilah Chehassan) mesyuarat.

mantan said...

Waruna,
Dalam komentar ringkas Waruna menyebut tentang "adil" dan "bersaing".

Saya tidak mahu menyentuh tentang "bersaing".
Saya hanya ingin memberi pendapat tentang "adil".

"Keadilan" itu maknanya ialah: " Meletakkan sesuatu pada tempatnya yang sesuai".

Jika boleh diterima, saya berikan contoh: Adalah tidak adil jika saya memberikan 4 meter kain setiap seorang (sama banyak)kepada dua orang wanita yang berat badannya 50 kg dan seorang lagi 100 kg bagi menutup aurat mereka.

(Waruna, ini hanya pendapat saya sahaja, belum tentu benar).