20.12.08

Nikah Mawi-Ekin : Popular, Glamorous and Trendy

Pernikahan Mawi - Ekin, tampaknya amat popular dan glamourous. Media massa, sebelum ini amat ghairah memberi publisiti dan mewar-warkan episod penting dalam kehidupan mereka ini.

Saya percaya, persiapan pernikahan Mawi ('ikon celebrity') akan menjadi gelombang 'trendy' (kalau tidak pun tsunami). Sudah tentu ramai yang menginginkan majlis yang gilang gemilang seperti majlis Mawi-Ekin ini..

Soal persiapan untuk mendirikan rumahtangga celebrity selalu menjadi terndy. Ia ingin diikuti; daripada gaya majlis pertunangan, pernikahan dan kenduri perkahwinan yang gilang gemilang.

Kadang-kadang perceraian dan tuntutan nafkah oleh celebrity di mahkamah juga menjadi trendy!

2 comments:

Kembara Kelana said...

siapa mawi? siapa ikin? siapa astro? hingga masjid yang menjadi tempat semua umat islam beramal ibadat jadi kawasan larangan pulak..tak boleh masuk, ini dah melampau ni...apa citer ni? kalau inilah mulanya perkahwinan mamat ni..sama samalah kita tengok bagaimana endingnya nanti..semoga berbahgia.
mengaut keuntungan atas hal peribadi orang lain adalah perbuatan yang hina. kisah orang putus tunang..jadi duit, kisah gossip..jadi duit, kisah kawin dan cerai...jadi duit...apa nak jadi kita ni cikgu wahab? apa dah jadi? dimana silapnya ni cikgu

Sazili Mohd Nor: said...

Dalam hal ini saya sama pendirian dengan kembara kelana. Memang tak berlaga angin saya. Bukan dengki,cuma menyampah je !Terlampau, terlalu berlebih-lebihan.