17.12.08

X sensitif.


Tajuk posting kali ini "x sensitif" yang mungkin bermakna "tidak sensitif".

Rupa-rupanya dalam alam siber, x bukan sahaja bermaksud 'tidak' atau 'bekas' (ex). Baru-baru ini saya buat blog yang saya namakan "X Student Blog". Saya gunakan 'X' untuk menggantikan perkataan "bekas pelajar' (ex-student).

Untuk posting pertama blog itu, saya hanya tulis : Welcome !. Blog tu belumpun siap sepenuhnya. Tetapi banyak comment yang masuk kerana tajuk X pada blog itu. Siap dengan link untuk lihat gambarnya sekli. Dalam alam siber, rupa-rupanya X juga bermaksud perkara-perkara yang berkaitan dengan sex dan pornografi.

Saya delete blog tersebut. Dalam berblogging, jangan gunakan X sewenanang-wenangnya (sebagai blog name). Kita sahaja yang maknakan X sebagai 'tidak / bekas". Orang lain tidak memahami maksud kita dan memberi makna yang lain pula.







3 comments:

WR said...

itu la, saya pun tidak suka menggunakan "X". Maaf ye cikguwahab nak dapatkan kepastian sikit, dikripsi tajuk blog cikgu tuh Secebis ragan kehidupan, bukan ke sepatutnya RAGAM?
Secebis ragam kehidupan BUKAN ragan. Saya yang confius ni....ataupun saya yang silap?

Anonymous said...

Kesian huruf 'X'. Tapi cikgu kat sekolah, selalu diorang isikan miss X atau Mr X bagi guru yang belum ada atau belum sampai bagi sesuatu m/p dalam jadual waktu, ini terutamanya berlaku di awal-awal tahun. Macam mana tu ?

mantan said...

Waruna,
Saya yang silap. Salah eja. Nanti saya betulkan. Perkataan 'ragan' tu memang ada dlm BM maknanya 'tujuh'. Sebenarnya RAGAM, bukan ragan. Terima kasih.

................................................
Sir sazili,
Itu pun satu lagi kita maknakan X itu dalam Bahasa Melayu. Maknanya itu mungkin "belum"/ "tak tahu".
Dalam pilihanraya juga kita guna 'X'.