Sepanjang perkhidmatan sebagai guru, lebih lama saya menjadi guru Pendidikan Seni (PS) dan Kesusasteraan Melayu (KM). Kadang-kadang, mengajar juga Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, jika diperlukan. Pernah juga saya mengajar Geografi dan Matematik.
Ketika mula-mula mengajar, saya diberikan subjek Pendidikan Seni (PS) dan Kesusasteraan Melayu (KM), tidak Bahasa Melayu (BM). Barangkali pada ketika itu guru BM, masih ramai. Di maktab perguruan, saya mengkhusus Pendidikan Seni dan Bahasa Melayu (PMPS). Ketika saya di universiti, pengkhususannya ialah Penulisan Kreatif Dan Deskriptif. .
Ketika mengajar PS dan KM itu, banyaklah saya menimba pengalaman dan membina kosep tentang seni, kerana kedua-dua matapelajaran tersebut memang melibatkan unsur-unsur seni. Tidak dapat tidak, untuk mengajar PS dan KM, perlulah saya tahu tentang seni. (Apa yang saya peroleh ketika mengkhusus PM dan PS memang tidak mencukupi untuk menjadi guru PS dan BM yang baik, apatah lagi untuk menjadi guru KM) .
Sehingga sekarang, masih saya percaya bahawa seni itu berkaitan dengan bakat. Walaupun seni dapat dipelajari, melalui pengalaman mengajar, saya tetap percaya bahawa sesiapa yang mempunyai bakat lebih menyerlah dalam penghasilan karya seni. .
Mungkin ada yang bertanya: Bakat itu apa? Secara literal perkataan bakat hanya membawa makna “ kebolehan semulajadi sesaorang melakukan sesuatu dengan baik”.
Jadinya, sesaorang yang boleh menghasilkan karya senilukis maupun karya sastera yang baik, bolehlah dikatakan mempunyai bakat dalam bidang senilukis dan sastera. Jadi bolehkah sesaorang yang dapat melukis sebuah garisan dan mencipta serangkap pantun dikatakan berbakat seni?. Bolehkah mereka ini menjadi guru PS dan KM yang baik?
Ketika menjadi guru PS dan KM, seringkali saya menyoal diri. Apakah seorang guru PS itu semestinya seorang pengkarya seni(lukis)? Apakah seorang guru KM itu semestinya seorang pengkarya seni(sastera)? .
Di sekolah, matapelajaran PS dan KM tampaknya semakin “pupus”! .
4 comments:
Saya setuju dengan Cikgu. Saya pun PMPS juga, tapi hari ni rasa kecewa sebab PS dipinggirkan di sekolah. Tapi herannya, orang cina belajar PS berbayar secara profesional di luar. Dan hasilnya mereka lebih profesional dalam semua bidang, kerana seni itu kehidupan.
chehassan,
Mereka itu tahu, seni pentig dalam kehidupan. Bayangkan bagaimana dunia ini tanpa "seni".
Saya akan tulis pengalaman saya sebagai pelajar yg mempelajari PS dan KM ketika di sekolah menengah dan sebagai guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah. Coming soon. Sekarang ni tengah sibuk buat Swiss Roll dan Kek Cawan kat dapur tu. Orang yang berseni jiwanya halus.
Seri,
Siapkan kuih tu dulu.
Post a Comment