28.1.09

HIPOTESIS ANAK REMAJA MENJADI DEWASA


Pada kali ini ingin saya tulis tentang persekitaran tempat belajar dan pengaruhnya kepada guru.

Suatu ketika selepas mesyuarat PPD bersama GB dan Pengetua, seorang sahabat menyatakan sesuatu tentang tingkahlaku dan gelagat ahli-ahli ketika bermesyuarat pada hari itu.

Saya tidakiah mengiyakan pendapat sahabat saya itu. Bagi saya pendapatnya itu belum tentu benar.

Memahami maksud sahabat saya itu, saya dapat membuat hipotesis sahaja; bukan rumusan. Untuk menentukan kebenarannya dan rumusannya, hipotesis ini perlu kajian dan pembuktian.

Hipotesis I: Guru-guru di sekolah rendah berkelakuan "keanak-anakan" kerana dipengaruhi oleh persekitaran murid-murid (kanak-kanak) yang diajar oleh mereka.

Hipotesis II: Guru-guru di sekolah menengah berkelakuan "keremajaan" kerana dipengaruhi oleh persekitaran murid-murid (remaja)yang diajar oleh mereka.

Hipotesis III: Tenaga pengajar di IPT berkelakuan "kedewasaan" kerana dipengaruhi oleh persekitaran penuntut-penuntut (dewasa) yang diajar oleh mereka.


Benarkah persekitaran tempat tugas mempengaruhi gelagat dan tingkahlaku kita?

16 comments:

Naa..a said...

Mungkin ada kebenarannya, persekitaran boleh mempengaruhi tingkahlaku kita. sebab dari persekitaran wujud pembiasaan.Tapi untuk dapatan yang hampir tepat gunalah pengukuran yang kuantitatif.Saya dulu pernah mengajar sekolah Khas murid pekak dan bisu. setelah seminggu mengajar, balik rumah terbawa2 mengunakan tangan untuk berkomunikasi.. itulah penangan persekitaran.

yusofsipan said...

Memang ada kebenarannya walaupun mungkin tidak berlaku kepada semua orang. Berbeza dengan ikan2 di laut yang tinggal di dalam air masin tetapi perlu kita bubuh garam untuk dijadikan lauk....

mantan said...

Rosnah,
Benarlah, hipotesis boleh dibuktikan dengan pengukuran kuantitatif. Tidak semua orang akan terpengaruh dengan persekitaran kerja masing-masing.

mantan said...

cikguyusof,
saya fikir ikan-ikan di laut dapat 'adapt' dan 'adopt' persekitarannya untuk tujuan 'survival'.
.....
yelah sof, belum ada ikan masin yang boleh hidup dalam air lautan, walaupun boleh berada lama di jemuran.

(Ikan terubuk masin, dari Sarawak tu sedap. Dah lama tak makan. Kat sini tak ada jual).

Juita said...

sepupu sy baru posting ke serawak... dia ngajar sekolah rendah. katanya xsronok ngajar murid sek rendah psl otak tak berkembang.. dok ajar membaca je... kalo sek menengah byk gak arr limu dpt.

yusofsipan said...

cikgu wahab, terfikir pulak saya, emak bapak yg mendidik dan mengasuh ramai anak di rumah seperti keluarga saya, tidak pulak mereka terbawa2/terikut2 dgn perangai anak2.... malah semakin matang dan berkembang pemikiran mereka!

mantan said...

Juita,
Mungkin ada guru yang kena "'rendahkan' taraf pemikiran" untuk sesuaikan dengan murid-muridnya.

mantan said...

cikguyusof,
Hipotesis spt yang saya tuliskan tu, boleh dibuktikan tiada kebenarannya.

Daripada kenyataan cikguyusuf tu, mungkin hipotesis barunya macam ni:

"Guru-guru yang ingin memperkembangkan pemikiran mereka sewajarnya tidak terpengruh dengan persekitarannya. Mereka mesti menguasai dan bukan dikuasai oleh persekitaran."

Mohd Isa Abd Razak said...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Persekitaran memang mempengaruhi tingkah laku kita. Namun kadar pengaruh itu berbeza-beza.

Kesan pengaruh itu mungkin positif dan mungkin negatif. Kadang-kadang, positif dan negatif bercampur aduk. Untuk memastikan yang mana positif dan yang mana negatif itu pun sukar. Banyak sudut pandangannya.

Positif atau negatif kesan pengaruh persekitaran itu dapat dilihat dari sudut pandangan agama, nilai negara, nilai bangsa, nilai komuniti, nilai kelompok dan sebagainya. Agama dan lain-lain itu pula berbeza-beza lagi.

Wallahuaklam. Wassalam.

Anonymous said...

Betol...betol !!
banyak juga yang perlu diambil kira rupanya ya !

mantan said...

Sdr Mohd Isa,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih kerana mengungkap pemikiran yang bernas itu.

Benarlah bahawa tidaklah mudah untuk membuat sesuatu rumusan kerana banyak perkara yang perlu diambil kira.

kembara kelana said...

menurut hemat saya, hipotesis itu perlu di buat kajian. Best jugak buat kajian tu ek, good idea, kena cari teori yang menyokong dulu...wah, kemudian kena create soalan kajian..methodologinya lagi..penat juga. apapun demi mencari kebenaran memang interesting tu..boleh saya buat untuk projek masters atau phd nanti. disamping menjawapsejauh mana kebenaran hipotesis tu saya dapat jugak master atau phd!
cikgu, perubahan kepada tingkahlaku , emosi , pemikiran memang banyak dipengaruhi oleh persekitarannya tidak dinafikan juga faktor genetik dan sebagainya... apapun dorongan nilai yang dianut juga mempunyai aura tersendiri dalam membentuk tingkahlaku penganutnya. orang tabligh tetap berjanggut panjang walaupun semua orang kelilingnya tak berjanggut atau berjanggut biasa. cekal atau tidak cekal sesaorang itu mempertahankan tingkahlakunya adalah bermula dari dalam / bathinnya. bagaimana tanah begitulah pokoknya.

mantan said...

KK,
Teruskan hasrat untuk buat Masters dan PHD tu. Saya tahu KK memang berupaya untu itu. Tak semestinya tajuk itu yang dipilih. ungkin nanti ia sudah tidak relevan kerana dihakis masa.

Yang saya nyatakan itu hanya hipotesis semata-mata. Walaupun rasanya betul tetapi ia belum tentu benar selagi belum dibuktikan kebenarannya.

Kenyataan itu juga berbentuk hipotetikal kerana dasarnya hanyalah suatu kemungkinan dan bukan pada situasi yang sebenar.

Lazimnya orang cenderung menerima hipotesis sebagai sesuaty yang benar. Adakalanya orang 'berperang' kerang hipotesis itu otomatis diangkat menjadi suatu kebenaran.

'Bagaimana tanah, begitulah pokoknya'. Wah tinggi falsagahnya itu!. Tetapi bagi saya ia masih bersifat hipotetikal kerana : pokok tidak hanya bergantung kepada tanah semat-mata untuk hidup. Hehhhehheh...guarau ngusik KK yang sedang berkelana....... tq for commenting...
(

mantan said...

KK,
ada lagi nak sambung, ta pnak cpt, nak gimain wdbll.

chehassan said...

Saya ada pengalaman menarik berkaitan tajuk ini. Pada suatu hari saya menghadiri Majlis Penganuerahan BSN di hotel Pan Pacifik KL (sekitar tahun 1999). Saya mewakili GB sebagai tetamu jemputan. Nasib saya hari tu, diberi peluang duduk di barisan depan dalam satu barisan dengan VIP. Jadi saya berpeluang melihat lebih dekat gelagat orang2 dlm majlis. Jadi bila majlis bermula, sekolah2 yang berjaya sebagai penabung terbanyak dipanggil naik ke pentas, murid dan wakil gurunya. Jadi waktu nilah saya perhatikan; ketika sekolah rendah dipanggil, guru yang mengiringi murid-muridnya jelas sekali nampak guru itu macam budak2, cara pakai dan gelagatnya. Begitu juga bila giliran SM, guru2nya memang nampak mcm gelagat remaja. Lain sekali dengan gaya dan gelagat VIP yang persekitarannya KL. Saya terpandang kasut VIP sebelah menyebelah saya, walaupun kasut saya tak kurang kilatnya, tapi kasut dan pakaian mereka jauh bezanya. Jadi, pada pendapat saya, ianya bukan lagi hipotesis, tetapi kenyataan, kecuali sesorang guru itu sedar dan cuba mempelbagai gelagatnya mengikut kesesuaian.

mantan said...

Chehassan,
Sebagai guru, kita (guru-guru) sendirilah yang sepatutnya 'menjaga' martabat profession kita supaya tidak diperlekeh oleh orang lain.