26.1.09

KODOK REBUS


'Post’ kali ini bertajuk “Kodok Rebus” . Kodok Rebus bukanlah apa-apa jenis makanan. Boleh jadi ia hanyalah sebuah tajuk cerita yang mengandung pengajaran. Atau lebih hebat ”Kodok Rebus” ialah sebuah cadangan, gagasan atau sebuah teori.


Dalam kursus yang pernah saya hadiri di Institut Aminuddin Baki (IAB) suatu ketika dahulu, seorang pensyarah telah menyampaikan kuliah tentang teori “Kodok Rebus “ ini.


Teori “Kodok Rebus” menjelaskan bahawa seekor kodok (katak) boleh direbus hidup-hidup jika air merebus itu dihangatkan dengan amat perlahan. Nampaknya mudah, tetapi pelaksanannya bagaimana? Tetapi ia memberi andaian bahawa jika sang kodok diletakkan ke dalam bekas air panas, ia akan melompat keluar. Tetapi jika sang kodok diletakkan ke dalam bekas berisi air sejuk dan dihangatkan dengan perlahan, sang kodok akan selesa dan tidak akan melompat keluar.


Sebenarnya Teori “Kodok Rebus” ini boleh dikaitkan dengan tugas kita di sekolah. Misalnya. Ia boleh dikaitan dengan implementasi dan kemajuan sesuatu sistem atau sesuatu perubahan atau penyelesaian yang ingin dilakukan. Saya fikir ini suatu pendekatan yang boleh digunapakai di sekolah.


Misalnya, sesuatu perubahan yang ingin kita lakukan di sekolah, boleh dibuat secara “perlahan-lahan” dan “sedikit demi sedikit” . Buat perubahan kepada kumpulan yang kecil dan dalam skala yang kecil dahulu. Apabila perubahan itu sudah dapat diterima, ada dua pilihan tindakan seterusnya yang boleh diambil. Pertama, teruskan perluasan perubahan itu atau kedua, buat perubahan kepada kumpulan kecil yang lain pula..


Untuk berjaya ada prasyaratnya: Permulaan pelaksanaannya mesti “betul” dan “berjaya”, meskipun dalam skala yang kecil. Ini akan memberikan keyakinan, kepercayaan dan penerimaan.


Lambat? Lompatlah seperti sang kodok yang kepanasan!

12 comments:

kembara kelana said...

Pensyarah IAB ni pun satu, macam macam teori bila dah duduk atas bukit genting tu, ada teori taichi, teori kodok rebus dan kalau ada sapa sapa kursus direct sampai setahun kat sana, taulah sapa mereka.
berbbalik pasai kodok rebus ni...atau rebus kodok ni, hujan hujan kalau buat cekodok cecah sambal tumis dengan air kopilagi baik...memang kita dah buat pun kaedah itu, cuma dalam kes kritikal...susah sikitlah.apapun yang kita nak buat bergantung pada situasi dan orangnya juga..anyway saya setuju pendapat cikgu tu.

mantan said...

KK,
Itu kan ilmu jugak. Tak semua ilmu mesti kita setuju. Dan tak semua ilmu boleh kita guna.

Kalau tak mahu, lompat je lah macam kodok tu. Atau makan saja cekodok pisang atau pisang goreng, ikan bakar, ayam goreng, keladi goreng, ubi rebus ke apa-apa lah...asalkan jangan makan kodok goreng.

Anonymous said...

satu yg pasti ttg kodok ke katak ke ialah suka melompat dan tidak kira la sama ada air tu sejuk ke panas ke....

Anonymous said...

emm. bagus betul teori kodok rebus tu.. kali pertamala saya dengar teori ni.. em nanti bole saya share ngan member n member kat kelas saya mggu ni..

Naa..a said...

Akum,Teori Kodok rebus ni perlu di ketengahkan. ramai pemimpin yang tak tahu nak rebus kodok ni... kadang2 tu dia ketuk dulu baru rebus supaya tak menyusahkan. cikgu, saya lantana, nk tips nak komentar terpamer di sidebar camna? puas saya cuba tapi tak dpt. emm nilah akibat nuntut tak habis, akhirnya gadget je ada komen x masuk. tq.

mantan said...

cikguyusof,
Ada tak katak yang tak pandai melompat?

mantan said...

rosnah,
nanti saya cuba bagi tipsnya di blog lantana.

Naa..a said...

tak berjaya agi setakat ni... DAH CUBA BUAT DAH.CARA LAIN CAMNA YEK..TAK PUAS HATI SELAGI TAK JADI. ANY WAY TQ NGAN TIPS CIKGU BAGI TADI.

yusofsipan said...

cikguwahab, saya rasa mcm adalah 'katak' yg tak boleh dan tak pandai lompat tapi kena tanya Kembara kelana laa sbb dia kan banyak pengalaman hasil drp jauhnya dia telah berkelana....hehehe

Anonymous said...

Assalam mu alaikum wr wbt
Pandailah cik gu semua buat teori itu dan ini. Tapi bila nak applikasikan di sekolah tngoklah jenis sekolahnya,kumpulan guru nya, murid-muridnya dan pengetuanya. Pertama kena buat environmental scanning dulu, kemudian buat SWOT dan lepas tu barulah nak buat stail mana. Nak buat rebus kodok ke nak buat rebus mee ke atau buat rebus udang aje.

Naa..a said...

cikgu,tq. yeah, dah berjaya buat.

Cikgu Chun said...

Nama teori ini memang kelakar skit, Kodok Rebus! Tapi menarik juga kalau dipraktikkn teori ini.Mungkin dah ramai yang mempraktikkan teori ini,tapi tak tahu yang namanya Kodok Rebus! :)