3.2.09

BERGADUH LAGI...


Bergaduh lagi!

Itu yang mula-mula menerjah fikiran saya. Bunyi bergaduh itu menyentuh pancaindera saya petang tadi ketika saya sedang mencuci kereta. Sebelum ini, pergaduhan itu telah berlaku berulang kali. Biasanya tidak lama. Apabila masing-masing melarikan diri, dan bulu yang tegak meremang sudah kembali seperti sediakala, hilanglah jerit pergaduhan itu.

Apa yang berlaku di depan mata saya, seringkali tidak berlalu begitu sahaja. Terlekat sejenak dalam fikiran, minta dicerna.

Mengapa dua ekor kucing jantan itu seringkali bergaduh, bercakaran?. Seekor putih. Seekor hitam. Seperti hukum karma, yang hitam kelihatannya lebih ganas, macam tentera Israel!. Tetapi yang putih selalu memenagi perkelahian!.

Apakah yang menjdi rebutan? Ketika itu, tiada pula kucing betina yang mungkin hadirnya akan mencetuskan perebutan dan menaikkan syahwat untuk mengawan.

Jika kita gemar memerhati, haiwan kucing ini, banyak yang dapat kita ketahui. Dulu kucing anak saya beranak tiga, dua jantan seekor betina. Gembiranya anak saya dapat bermain-main dengan anak-anak kucing yang comel itu.

Selang beberapa hari selepas itu, anak saya menangis sedih. Dua ekor anak kucingnya mati. Leher anak kucing itu berlumuran darah. Ada dua lubang di leher, bekas tusukan (macam dracula). Saya pasti itu angkara si bapak kucing jantan, yang seringkali mencuri masuk ke rumah dan melarikan diri apabila terserempak.

Si bapak kucing jantan itu “membunuh” anak kucing jantan. Yang betina, tidak! Barangkali tidak mahu ada kucing jantan lain yang nanti akan mencabarnya sebagai “ketua wilayah takluknya”. Gila kuasa!

Seringkali juga kucing jantan itu “memancut” di tempat-tempat tertentu pilihannya. Barangkali juga si jantan itu sedang menanda, menetapkan “sempadan wilayah” dengan ‘trademak’ hancingnya supaya tidak diceroboh oleh jagoan lain.
(Mungkin semakin hancing, semakin berkuasa dan digeruni!. Kadang-kadang ada juga si jantan "memancut" ke tayar kereta. Itu mungkin untuk "mengeksport" kuasa dan untuk war-warkan "tanda kewujudannya").

Sebab itulah anak kucing jantan itu dibunuh kerana “menceroboh” wilayah takluknya. Sebab itulah juga, seringkali nekad berperang dengan kucing jantan putih itu yang juga sedang mengawal sempadan takluknya.

Gayanya seperti Israel menceroboh wilayah Gaza!

Untuk meleraikan pergaduhan petang tadi, saya sembur kedua-duanya dengan air! Mengganggu saya mencuci kereta! Janganlah hendaknya ada manusia yang meniru perangai kucing jantan ini!

13 comments:

kembara kelana said...

kucing gaduh, masa bersama dia menjerit beritau orang ramai sekelilingnya, anak jantannya dibunuh dan perangai suka 'tabur' air kencing. semua ada iktibarnya. biasanya dia bergaduh pasal warna. bila dua kucing jantan bertemu dia bersembang [ cara kasar ] dalam bersembang tu, dia cerita dia ada ilmu silatlah, belajar dgn tok guru sana tok guru sini, lama dia sembang dan tunjuk bunga silat , taring kuku dll tapi bila salah satu sebut dia ada jumpa kucing betina..warnanya tiga, dua kuning satu tompok hitam...terus yang satu lagi menjerit tu..bini aku..dan menerkam. - iktibarnya cerita lain tak per, sebut jer bab bini siap kau..]
masa zaman nabi nuh dulu dalam bahtera yang berlayar..nabi nuh berpesan jangan berjimak..nanti akan jadi susah semua orang dalam kapal ni, tapi anjing tak tahan, dia orang buat jugak, kucing pun mengadu...dalam perbicaraan tu, aning kena hukum...bila berjimak..'barang' yang jantan tu mengembang bila masuk 'kedalam' namun begitu anjing komplen jugak..sebab kucing memnceritakan hal yang memalukan itu kat orang...maka kucing pun kena..bila bersama yang betina akan menjerit beritau orang...-iktibarnya, kita ni jangan suka menceritakan hal orang pada orang lain , nanti kita tak terlepas dari hukuman.

bab bunuh anak jantan dan pancut rata tu cikgu wahab dah cerita...

jangan marha cikgu...saja menambah nambah

Anonymous said...

Menarik cerita ttg kucing jantan ni cikguWahab....
Kucing jantan mmg biasanya bergaduh krn berebut betina. Wp betina tidak muncul di medan pertempuran tp betina ler yg menjadi puncanya. Kucing jantan juga suka tunjuk 'belang', pantang ada jantan yg lain masuk ke 'wilayah pancut'nya, apatah lagi kalau berani2 ngurat betina dia, terus jadi gaduh, menang kalah belakang kira. Biasanya kucing jantan bergaduh pd waktu mlm krn waktu itu adalah waktu 'operasi kejantanan'. Kucing jantan jugak suka makan anak, tak kira anak yg jantan atau betina. Mengikut cerita org tua2, salah satu sbbnya ialah utk tujuan 'awet muda'. Mcm minum pati ayam brand kot! Di tempat saya, kucing jantan yg suka bergaduh dan makan anak tu digelar 'kucing gandong'

mantan said...


Kembara Kelana,
Wah, jauhnya berkelana hari ni.Kata orang 'jauh berkelana,panjang ceritanya. Semakin panjang, semakin seronok. KK banyak tahu tentang kucing ni...
sampai ke akar umbinya. Apapun, iktibar tu, yang amat berguna.

Saya teringat kata-kata seorang 'tok guru' kepada saya suatu ketika dulu... Katanya: "Kalau kita melihat tiang besi, biarlah sampai nampak lobong besinya. Kalau kita melihat tiang kayu, biarlah sampai nampak hutan rimbanya"

--------------------------------------------
KK,
Selamat berkelana, biarpun jauh sehingga ke Pulau Tioman. Tetapi janganlah sampai peningmabuk di lambung ombak. KK walaupun brutal tetapi tetap "Juara"...

mantan said...

Cikguyusof,
Ooo, namanya kucing gandung ye. Kalau di kampung saya dipanggil kucing marau.

Tentang 'awet muda' tu boleh buat kajian tu sof. Mungkin Kembara Kelana boleh membantu tahu macammana nak ubahsuai ramuan-ramuannya.

Tapi mungkin sekarang ni dia sedang sibuk berkelana.

Anonymous said...

Kat rumah saya pun ada seekor kucing jantan. Warna putih kelabu. Dulu kalau bergaduh selalu dia lari...kalah ! Tapi sekarang dia tak kalah lagi bergaduh dengan kucing yang sama....saya tengok kucing jantan yang menang dulu pulak yang kalah.
Kucing jantan kat rumah saya ni semakin hari semakinmengada...ikan mentah tak makan, ikan buruk tak makan, friskies tak makan, ikan goreng yang lama-lama tak makan. yang dia makan ikan goreng segar yang suam-suam habis dua ekor. Macam ni memang teruk tambah pulak zaman sekarang harga ikan mahal kat rompin ni...geram betul !

mantan said...

Sir,
Dia dah jadi hero. Itu yang eksyen tu...Makan dah pandai mmilih. Suap je sambal belacan + garam lada!
heheheh.

chehassan said...

Membaca coretan Cikgu Wahab ni, saya teringat cerpen2 dalam Essso Gapena. Inilah cikgu wabab, kehebatan minda yang sangat berkesan menggambarkan tentang dunia kehidupan kucing yang di sebaliknya ada iktibar buat kehidupan manusia berakal.

mantan said...

Chehassan,
Tq. Saya memang meminati genre cerpen (yang bermutu). Memang banyak iktibar yang boleh kita dapati di samping ia menjadi 'riadah minda' juga.

Selamat bertugas. Perubahan positif, walaupun kecil, namun tetap bermaafaat. "Start Smart!"

Azmanar said...

Salam Cikgu Wahab,

Gelihati saya membaca artikel hal kucing ni.

Ada mirip macam situasi di Perak tu.

mantan said...

Azmanar,
Tq kerana singgah.Di Perak tu macam anjing dgn kucing!

Anonymous said...

kucing gaduh harap bunyi je lebih... ayam gaduh gak, tp tk le riuh se kg... huhuhu

org klu gaduh camne??

mantan said...

Teja, salam. Tq singgah. Posting lama tu...
Yang kaki 4 dgn yg kaki 2, tak sama.

Ayam (betina) riuh kalau bertelur je.

Orang kalau gaduh lagi la dahsyatnya. Bayangkan mula2 gurau2 je, pastu sampai bergaduh pulak. Dahsyatnya.

blog-tips-kurus said...

mase kecik dulu, saye selalu dimomokkan dengan 'kucing marau'. huh!!

sekarang pon kucing marau ni selalu bising pada awal pagi. musim mengawankah??