8.2.09

Bual-bual Politik 'kotor' Dan 'masaalah' Pendidikan.

Jarang sekali saya menulis tentang politik. Tetapi saya sentiasa mengikuti perkembangan politik. Sengaja saya tidak mahu menulis tentang politik. Saya ingin mengurangkan bilangan orang Melayu yang memang suka bermain politik! Biarlah saya memberi sumbangan kepada negara melalui cara lain.

Petang tadi saya bertemu dengan seorang rakan (Cina). Dulu kami sama-sama mengajar di sebuah sekolah menengah. Kini dia Pengetua. Biasalah, bila bertemu banyak yang dibualkan. Topiknya sekolah dan pendidikan. Dia memberitahu bahawa menjadi pengetua berbangsa cina di sekolah yang majoritinya pelajar cina sama masalahnya seperti sekolah lain juga.

Senario politik negara tidak terlepas daripada skop perbualan kami. Kami bertukar-tukar pendapat berkenaan perkembangan politik tanahair.

Ada beberapa pemikiran yang menarik diutarakan oleh sahabat saya itu. Saya rumuskan begini:

1) Orang Melayu memang hebat berpolitik. Perkara-perkara yang lebih penting dalam kehidupan, tidak dipentingkan.

2) Orang cina berpolitik apabila keadaan memerlukan sahaja. Banyak perkara lain yang perlu diusahakan untuk mempertingkatkan mutu kehidupan.

3) Adalah lebih baik memikirkan soal survival menghadapi kegawatan. Krisis ekonomi global sudah mula mengancam kehidupan. Apakah perancangan dan persiapan kita? Apa yang boleh kita dapat dengan melayani karenah politik yang tidak berkesudahan?

4) Politik di negara ini sudah teruk tercemar. Kegawatan ekonomi sudah kian menular.

Saya juga mengutarakan pendapat saya.

Sampai sekarang, saya masih memikirkan apa yang diutarakan oleh sahabat saya itu.

21 comments:

HASHIMME OMAR said...

politik memang begitu. Umpama permainan catur. Siapa bijak dia menang. Setakat nampak baik je tak leh... mesti ada strategi. Tak kiralah secara sah ke tidak . Yang penting kuasa. Kuasa adalah peluang.

waruna said...

Saya lebih cemas memikirkan keadaan negara yang semakin membimbangkan drp memikirkan hal politik itu... Bimbang bagaimana masa depan anak2 apatah lagi bila mendapat maklumat pekerja bank pun akan diberhentikan. Bimbang bertambah apabila anak seorang kawan terpaksa balik kampung bila kilang tempat dia bekerja ditutup... Bimbang seorang ibu. BImbang anak2 akan menghadapi zaman gelap?

chehassan said...

Salam Cikgu. Sayapun meluat cerita pasal politik ni. Tapi, kita sembang pasal pendidikanpun kena jugak dengan politik ni. Sebagai contoh, kerana politik, yuran sekolah dan apa2 bayaran dah tak boleh kutip langsung di sekolah. Akibatnya, nak buat apapun semua tarbantut. Kalau dah nak jaga sangat politik, bagilah duit kepada sekolah. Sebagai contoh, RM50 untuk seorang murid, lagi senang dan banyak yang boleh dibuat. Nak jadi pendidikan bertaraf dunia konon, cakap tak serupa bikin. Sorry cikgu, emosi sikit.

Cikgu Wahab (simantanguru) said...

Hashimme,
Kuasa memang penting untuk survival. Tetapi ramai juga yang menyalahguna kuasa sehingga menafikan hak orang lain.

Cikgu Wahab (simantanguru) said...

Waruna,
Saya tidak pasti sejauh mana negara kita bersedia menghadapi kemungkinan kegawatan ekonomi global menjadi lebih teruk. Setakat menyuntik dana untuk meneruskan pembangunan, saya kira belum memadai. Jika kegawatan berterusan, dana juga akan semakin berkurangan.

Cikgu Wahab (simantanguru) said...

Chehassan,
Untuk mengekalkan kuasa, itulah strategi ahli politik. Bimbang tidak mendapat sokongan. Tiada sokongan, tiada kuasa.

Di sekolah, apa yang boleh dibuat, kalau duit tak ada?

Fikrah Imayu said...

politik dengan pendidikan memang berkaitan. disekolah pun, ramai jer yang bercakap soal politik; lagi2, di kantin. dah jadi macam gelanggang debat pun ader. yang sampai merah muka pun ada....

Pelik... cikgu pun bila bersembang, beremosi juga... yang ilmiah, tidak pula dibahaskan... atau sekurang2nya, sembang lah secara ilmiah. Nampaklah adilnya dan hikmahnya jadi pendidik.... kalau sama jer dengan orang lain, dah apa bezanya pendidik dengan yang lain...

kesian.. cikgu....

Cikgu Wahab (simantanguru) said...

Fikrah Imayu,

Untuk berbincang secara ilmiah perlu didasari ilmunya. Jika tidak, perbincangan itu hanyalah 'bual kosong' bertujuan untuk santai sahaja. Memang ramai pun yang suka bersantai! Santai yang kena pada waktunya boleh menjadi suatu riadah. Jika tidak, pembaziran!

Perbincangan ilmiah biasanya mengenepikan emosi. Kesian.

mendewa said...

Politik tidak kotor tetapi orang-orang politik yang mengotorkannya. Hal ini berlaku kerana lemahnya pegangan dan tindakan yang membelakangkan agama dan nilai-nilai kehidupan.
Memang kuasa mampu menggelapkan mata, tetapi agama adalah asasnya.
Kegawatan yang berlaku dalam sistem pendidikan kita hari ini juga akibat wujudnya banyak permainan politik, bukan sahaja dalam kalangan ahli-ahli politik tetapi juga dalam kalangan pendidik sendiri.

Cikgu Wahab (simantanguru) said...

mendewa,
Benar seperti yang dikatakan itu.
Anehnya kedapatan juga "orang agama" yang mengotorkan politik. Barangkali terlupa akan "agama" ketika asyik berpolitik!

Rosnah said...

saya juga xberapa minat dgn politik ini, wpun ianya penting,tapi pada saya dah terlalu ramai ahli-ahli fikir dalam bidang ini.Hatta kedai2 kopi kat kampung pun tidak pernah ketinggalan memperdebat setiap isu yang timbul.Kadang2 tu sampai tak jadi kekebun kalau sepatut ke kebun.Tapi apa yang mereka mampu merubahkan? Saya bersetuju, orang melayu suka berpolitik itupun pengukuran berdasarkan pemerhatian saja.Dalam kehidupan memang xlari dari politik. Saya main politik ngan pelajar disekolah dan anak-anak kat rumah pun masih x settle.. politik tak pe lagi tapi jangan poligami dah le... itu xleh le.

Cikgu Wahab (simantanguru) said...

Rosnah,
Politik bagi saya ialah tindakan atau kegiatan yang digunakan untuk menguasai negara, masyarakat atau organisasi.

Ia juga adalah suatu kepercayaan dan harapan bagaimana sesebuah negara, masyarakat atau organisasi sepatutnya ditadbirurus.

Untuk tujuan itu, bukankah ketika pilihanraya kita sudah memilih ahli-ahli politik sebagai wakil?

Malangnya, ramai yang tersalah memilih wakil.

Maka isu politik akan berlarutan, sehinggakan hal-hal lain yang lebih penting terabai.

Barangkali masih ramai yang tidak tahu berpolitik.

Anonymous said...

Politik atau poligami? Yang mana lebih baik?

halipah said...

Saya juga nak nak loya melihan kekecohan politik negara, gajah dgn gajah bertembung hai yang kecil2 tersepit. Cakap utk bangsa dan negara konon diri sendiri pun setengahnya bagai bersuci tapi tak suci.Konon jaga kepentingan bangsa tapi gila kuasa...tak ingat dosa ,caci nesta bagaikan tak beragama. Itu amat menggusarkan kita demi anak2 warisan bangsa.

halipah said...

Politik bersih baik demi negara,bangsa dan agama . Poligami baik seandainya semuanya dilaksakan mengikut sunnahnya. Poligami hancur sekiranya menyalahi hakikat sebenar tujuan berpoligami.Nafsu napsi..masa nak tak ingat jasa dan kebaikan sang isteri.yang dah melalui keperitan bersama bila dah berumur kematangan suami ibarat kelapa yg semakin tua minyak semakin kau,mula teringat enaknya makan kelapa muda. Maaf mcm emosi je..poligami halal tak boleh ditentang ..payung emas tetap diidamkan semua wanita..namun krenah poligami amat pahit jika tanpa iman.

wahab simantanguru said...

halipah,
terima k sih kerana mengunjungi blog ini. Nampaknya politik dan poligami tu lebih kurang serupa je...

rosnah said...

ha.ha. ada org hot pulak psl poligami.lupakan saja. sekarang ambil polibag tanam pokok macam cikgu yusof tu lagi baik kan, berbakti pada tanah.

Cikgu Wahab (simantanguru) said...

Cikgu Rosnah,
Orang perempuan manalah yang setuju dengan poligami!
Buat projek fertigasi dan ternak keli lagi baik. Lebih mudah diurus.

Ruslan said...

Seronok jugak eik.. sembang-sembang, ada manafaat pakailah dan tak baik tu pi jauh-jauh..

Ruslan said...

Seronok dapat sembang-sembang, yang baik tu pakailah dan tak elok jauuuhkan.

HASHIMME OMAR said...

Agama manjadi mangsa politik. Walaupun dalam Islam semua ada / lengkap tapi apabila mereka nak rebut kuasa maka agama digunakan bagi mewajarkan tindakan. Namun demikian kita juga tidak boleh kata dalam berpolitik tidak boleh campur agama.