25.2.09

HEBAT SUNGGUH!


ISU pelajar samseng atau gengsterisme di sekolah bukan isu baru, malah sekarang makin menjadi-jadi. Kes pergaduhan dan mencederakan rakan semacam sudah sinonim dengan alam persekolahan.

Antaranya:

1). Kereta guru dibakar.
2). Kereta guru dibaling ‘bom petrol’

Sebelum itu:

3). Isnin 16.2.09: Di Negeri Sembilan seorang pelajar Tingkatan Empat Meninggal dunia setelah dibelasah 24 lelaki dipercayai juga pelajar menggunakan besi dan topi keledar dalam kejadian jam 9.30 malam dipercayai akibat berebut teman wanita.

4). Selasa: 17.2.09: Di Kelantan, seorang pengawas sekolah menengah cedera diserang 10 pelajar yang tidak berpuas hati terhadap tindakannya menegur seorang daripada mereka kerana bising dalam kelas selepas waktu persekolahan. Serangan terhadap pelajar Tingkatan Empat itu berlaku kira-kira jam 3 petang, ketika dia bersama seorang rakannya berjalan pulang pada hari terakhirnya di SMK tersebut kerana diterima masuk ke Sekolah Menengah Teknik.

5). Khamis: 19.2.09: Di Perlis, seorang pelajar Tingkatan Satu cedera parah pada pinggul akibat ditikam ketika diserang sekumpulan remaja berhampiran sekolahnya .

6). Ahad: 1.2.09 : Di Terengganu, seorang pelajar tingkatan empat cedera terkena libasan pedang ketika ‘pertarungan’ dan pergaduhan ‘ala samurai’ membabitkan 15 hingga 18 orang pelajar di padang sekolah berkenaan. Difahamkan, pergaduhan berpunca daripada perselisihan faham ekoran kecurian sebiji bateri telefon bimbit. Sebelum ini pernah digemparkan dengan kejadian membaling bom mercun ke kawasan sekolah itu.

7). 1.10.09 : Di Perak, seorang pelajar lelaki hampir putus pergelangan tangan kiri akibat ditetak dengan senjata tajam dalam pergaduhan melibatkan 22 pelajar. Ia berpunca apabila salah seorang pelajar berada terlalu lama di dalam tandas dan apabila pelajar itu keluar berlaku pertengkaran dan cabar mencabar antara satu sama lain.

8). 29.8.08: Di Melaka, sekumpulan kira-kira 20 pelajar tingkatan empat dan lima bergaduh dengan menggunakan kerusi kayu di dalam kelas sehingga menyebabkan seorang pelajar cedera. Pergaduhan dikatakan berpunca daripada tindakan salah seorang pelajar tingkatan empat yang menunjukkan isyarat lucah kepada seorang pelajar tingkatan lima di kantin sewaktu rehat pada kira-kira pukul 10 pagi.

Ini berita dan dapat “dihidu”oleh pemberita akhbar. Mungkin kejadian yang berlaku lebih banyak daripada yang dilaporkan.

Hebat sungguh pelajar-pelajar sekarang ini!

18 comments:

Cikgu Chun said...

Bukan pelajar-pelajar je yang hebat, tapi ibu bapa pun hebat jugak. Malam tadi abang seorang pelajar yang dilempang guru datang ke rumah seorang guru disiplin di sekolah saya, kononnya tak puas hati lah. Pagi tadi parent dia datang lagi jumpa penyelia petang dan guru disiplin tersebut di sekolah. Backing anak kesayangan lah (kesalahan merokok dan maki guru). Dia tak tahu yang anak dia kurang ajar, cakap cikgu ni semuanya LAN**U!! Tak kan cikgu tu nak senyum je....

mendewa said...

(i)
Ibu bapa sekarang juga kurang kemahiran keibubapaan. Kebanyakan sekadar hantar anak ke sekolah kerana tidak mahu anak berada dan menimbulkan masalah di rumah.

(ii)
Masalah disiplin sekarang sudah menjadi kes jenayah. Bermakna penjenayah2 junior sudah wujud di sekolah. Guru pula dibebani dengan segala tugas dan dibebani juga dengan sesetengah sikap ibu bapa yang tidak pernah nampak kelemahan sendiri.

(iii)
Tindakan menyembunyikan kes-kes disiplin drp dilaporkan dengan benar sepperti ponteng sekolah, ponteng kelas, dan beberapa kes lain bertujuan untuk menutup kelemahan pentadbir sebenarnya menyumbang kepada gejala disiplin seperti yang diutarakan.
Hal-hal disiplin yang kecil pun harus ditangani, jika tidak kelak akan menyumbang kepada kerancuan disiplin yang lebih parah.

Cikgu Wahab (simantanguru) said...

Cikgu Chun,
Komen cikgu mengimbas peristiwa berhadapan dengan bapa pelajar perempuan yang merokok, ketika saya mengajar di Kuala Lipis.

Saya masih ingat bagaimana si bapa membela anak perempuannya yang dikenakan tindakan disiplin kerana didapati merokok di sekolah.

Di hadapan guru dan anaknya, si bapa berkata:

"Saya tak pernah larang anak saya hisap rokok. Pagi-pagi sejuk. Nyamuk lagi. Anak saya ikut saya menoreh (getah). Lepas tu baru pergi sekolah".

guru_cikgu said...

Guru-guru sekarang ramai yang 'makan hati' dengan kerenah dan tindakan pelajar. Bila berlaku kes/pertelingkahan antara guru dengan pelajar, tiada siapa yang akan membela guru, malah seringkali guru dipersalahkan.

Cikgu Wahab (simantanguru) said...

Mendewa,
Terima kasih kerana memberi pendapat berkaitan sikap ibu bapa, masalah disiplin dan beban tugas guru serta hal menanangi kes disiplin di sekolah.

(i)
Guru sudah dianggap sebagai "pengasuh"?

(ii)
Bayangkan betapa ramainya penjenayah di negara kita sepuluh tahun lagi.

(iii)
Hal menangani disiplin pelajar-pelajar ini jangan diambil mudah.

Cikgu Wahab (simantanguru) said...

guru cikgu,
Bukan saja 'makan hati' tetapi juga 'berulam jantung'. Maknanya, guru bukan sahaja dipersalahkan malah guru tidak mendapat pembelaan sewajarnya.
Saya kagum dengan ketabahan guru-guru kita.

P'su said...

Dari statistik memang mengerikan, Tiada yang dapat membantu, melainkan dengan iman dan kesedaran...

su said...

kadang2 rase ilang smgt dgn sikap ibu bapa yg 'membela' anak2 diorg yg dah tentu salahnya...

sazili said...

Menjadi guru pada hari ini memerlukan kebijaksanaan. Bijaksana dan sabar teramat sangat dalam membuat tindakan. Kadang-kadang kita terlalu bersemangat bertindak untuk membentuk anak-anak bangsa kita dengan harapan anak-anak yang lahir dari keluarga yang pincang itu boleh berubah pada hari esoknya.

Jika itu impian kita, kita akan kecewa kerana faktor yang lebih mempengaruhi pelajar-pelajar kita itu ialah pengaruh yang lebih dominan yang menguasai budaya hidup mereka. Jika pengaruh dominan itu positif maka positiflah jadinya dan begitulah juga sebaliknya.

Pernahkah kita bertanya, di sekolah, mampukah pengaruh guru-guru menjadi dominan berbanding budaya keluarga mereka dan unsur-unsur lain yang membelit kehidupan mereka ?

Ada guru muda bertanya, so kalau macam itu apa yang perlu kita buat? Adakah kita tidak perlu buat apa-apa kerana pengaruh kita guru-guru tidak atau kurang dominan ?

Saya hanya mampu menjawab, bertindaklah dengan bijaksana dan berhikmah dan bersabarlah dengan hasilnya....kita sebenarnya sedang mengurus manusia-manusia (pelajar yang tidak berdisiplin itu) yang emosi dan jiwa sedang rosak. Jika kita gagal tak perlu merintih kerana ‘gelanggang’ kita itu, itulah cara dan peraturannya, untuk setakat hari ini !!

Cikgu Wahab (simantanguru) said...

su,
fikirkan ..yg bagus tu lebih ramai... cuma jgn biarkan yang buruk mempengaruhi yg baik... jadi cikgu ni, semangat memang kena kuat su...

Cikgu Wahab (simantanguru) said...

P'su,
..tu lah, bukan semua boleh berfikir camtu...

Cikgu Wahab (simantanguru) said...

Sazili,
Setiap hari, melangkah masuk ke persekitaran sekolah, jiwa kita sarat dengan harapan yang kita bawa untuk melunaskan tanggungjawab sebagai guru.

Apabila melangkah pulang, kadang-kadang kita berasa amat puas kerana telah berhasil melaksanakan tanggungjawab kita. Kadang-kadang juga kita pulang dengan rasa tertekan kerana sikap dan kelakuan segelintir pelajar yang telah "merosakkan" semangat dan motivasi diri kita untuk terus melaksanakan tanggungjawab pada hari-hari berikutnya.

Sekarang ini, sebagai guru,kita mesti bijaksana mengurus diri kita. Keseronokan menyampaikan ilmu sudah diceroboh oleh rasa stres, letih, murung, marah, malas kerana karenah murid-murid sekarang ini.

Kita kena urus diri sebaik-baiknya. Nanti lain jadinya, keikhlasan diri melaksanakan tanggungjawab akan menghasilkan guru-guru yang tidak sihat kerana mengidap pelbagai penyakit kronik.

cikguyusof said...

sepatah kata apek yg saya jumpa semlm, "keja cikgu manyak babut, itu keja bikin olang maa..."

... namun perlu mengharungi pelbagai halangan dan rintangan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya...

Cilibo said...

Hai..itulah dunia zaman sekarang...
Yang penting kita pun kena tengok anak kita masing-masing..risau juga dok cara anak orang, anak kita camne la kat sekolah tu kan...?

Cikgu Wahab (simantanguru) said...

Cikguyusof,
Apek pun tau yang kerja guru tu mendidik. Tapi ramai ibu bapa yang sengaj buat tak faham.

Cikgu Wahab (simantanguru) said...

Cilibo,
Betul tu, anak-anak jangan diabikan...

chehassan said...

Kitaaaaaa kena berperang dgn depa ni. Tak payah nak cerita pasal israel, di negara kita masih banyak yang perlu diperbetulkan. Pemimpin, banyak yang tak betul dan perlu diperangi. Kalau tidak malanglah anak cucu kita nanti.

Cikgu Wahab (simantanguru) said...

Chehassan,
Depa hanya kira la ni aja sebab nak kekal kuasa. Depa tak pikir pun ttg anak cucuk kita...