28.2.09

PPSMI: MANSUH SAHAJA...

1). Aduhai...Tampaknya sudah menjadi sukar dan rumit. Sebenarnya mudah. Mansuh sahaja. Mansuh bukan bermakna musnah!

2). Khalayak ramai mahu PPSMI dimansuhkan. Mansuhlah!

3). Apakah akan timbul suatu keaiban yang maha besar jika yang patut membuat keputusan itu mengambil tindakan memansuhkan PPSMI sekarang?

4). Mansuhkan! (Kini sudah tidak patut timbul: "Senang cakap dari buat", "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul", "Jatuhlah 'air muka'", "Jangan meludah ke langit", "Jangan menjilat ludah sendiri"). Mansuh sahaja.

5). Selepas PPSMI dimansuhkan, semua yang terlibat dengan gerakan pemansuhan perlu terus mengambil tanggungjawab membantu kerajaan merancang bagaimana pelajar-pelajar dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih berkesan.

6). Pada masa yang sama semua yang terlibat dengan gerakan pemansuhan perlu juga membantu kerajaan merancang bagaimana Bahasa Melayu diletakkan pada tempatnya yang wajar.

7). Tanggungjawab ini lebih besar! Jangan nanti sampai kepada "yang dikejar dapat, yang dapat berciciran!"

21 comments:

Anonymous said...

Assalam mu alaikum wr wbt
PPSMI tu patut dimansuh sahaja, saya setuju.
Masalah kini guru BI tak cukup. Saya kira Tuan Wahab tentu lebih arif sebab dah jadi Pengetua diceruk-ceruk Pahang. Tapi BPG kena ambil ikhtiar lebih. Cukupkan guru BI terutama diluar bandar. Tentang ajar Sains dan matematik tu tak ada masalah. Kalau menteri kata kita ajar SM dalam BM semua guru akan gembira dan ceria.
Kini pun dah jadi yang dikendung berciciran dan yang dikejar tak dapat. SM yang dikendung selama ini dah baik tapi nampaknya kini dah berciciran dan BI yang nak dikejar pun dah merosot. Kalau dulu masa kita sama-sama jadi pengetua di Pahang, bila result PMR atau SPM keluar kita risau BI sahaja tetapi pengetua kini akan risau BI, Sains dan Matenmatik sekali. Dulu satu risau kini tiga risau.Itulah kejayaan PPSMI dari stu risau jadi tiga riasu.

kembara kelana said...

ajar kembali mate dan sains dalam bahasa ibunda, upgradekan kaedah p&p bahasa inggeris, BISP yang diberikan kepada guru ppsmi dan bi di tukarkan kepada bayaran tusyen bi di pusat pusat kemas atau pusat komuniti masyrakat..maka matlamat dicapai .. nak kembalikan bahsa ibuda..tercapai, nak bi untuk anak kita? tercapai... nak hantar tusyen anak anak kita untuk bi? pun ada disediakan, semua pihak menang, dan kerajaan jadi kerajaan yang prihatin dan faham pada sensitiviti rakyat.

Mohd Isa Abd Razak said...

Salam.

Kita doakan perjuangan GMP berjaya. Jikalau tidak dapat bersama-sama mereka pada 7 Mac, kita ikuti dengan teliti perkembangannya.

Memartabatkan dan melestarikan bahasa kebangsaan tanggungjawab kita. Insya-Allah, kita usahakan selagi kudrat masih ada.

Wallahuaklam. Wassalam.

chehassan said...

SANGAT SETUJU. Buah fikiran cikgu wahab bagus sekali. sekarang tidak perlu diperdebatkan lagi. Mansuh sajalah, selesai banyak perkara. Tak payah nak tegakkan benang basah. Sesekali, pakailah pepatah Melayu, jika benar berjiwa Melayu, Melayu Bersatu dan macam2 Melayu lagi tu. Banyak kerja lain lagi nak dibuat di sekolah selain daripada dok susahkan diri dengan PPSMI ni.

mantan said...

alberangque,
Salam.

Risau, risau aduhhh risau (lagu P.Ramlee).
Apa tidaknya, segala akibatnya akan terbeban di pundak GB dan Pengetua...

mantan said...

Mohd Isa bin Abd Razak,

Salam.
Semoga berjaya. Insya-Allah.

su said...

minggu dpn nazir nak dtg daerah sabak bernam..nak check PPSMI & pelaksanaannya...aduhaiiii...

mantan said...

su,
nazir tu pun bukan setuju sangat dgn PPSMI, tapi apapun kena prepare jugak. Kumpul sajalah dokumen-dokumen yg ada tu. Betul betulkan lidah tu sikit, biar pktn inggeris yg keluar tu betul bunyinya ok lah tu. Bagi tau bebudak tu jgn cakap melayu bila nazir dtg nanti...salah takpe. klau sbut istilah inggeris jgn sampai bersembur air liur bebudak tu..

mantan said...

Kembara Kelana,
Alangkah baiknya jika sewaktu wara-wara perancangan PPSMI dulu, dihimpun segala buah fikiran dan maklum balas daripada orang-orang yang secara langsung akan terlibat dalam pelaksanaan PPSMI itu. Segala itu dimurnikan sebelum pelaksanaannya. Barangkali dengan demikian sejarahnya berlainan.
(barang yang lepas... hai jangan dikenang...[lagu P.Ramlee])

WR said...

tumpang lalu.. hebatnya bekas pengetua dan guru-guru besar berhujjah.

Anonymous said...

PPSMI ni ibarat hidup segan mati tak mahu...serupalah dengan orang yang mula-mula menciptanya dahulu..

He he he...

Naa..a said...

hapus je,berapa lama nak kajian tu nak selesai? masa berjalan,cikgu teragak-agak.emm.

mantan said...

waruna,
cilibo,
Rosnah,
Terima kasih kerana berkunjung ke blog ini. Saya hanya memberi pendapat. Betul bagi saya belum tentu betul bagi orang lain...

Di 'atas' sana ramai yang 'pandai-pandai'.
Kita tunggulah apa keputusannya nanti.
Bukan mudah 'nak tarik balik' apa-apa keputusan yang sudah dibuat. Kadang-kadang yang dipertahankan bukannya keputusan tetapi keterlanjuran..

Masing-masing ada rasionaliti dan hujah.
Kalau 'benang yang basah' tidak dapat ditegakkan, tunggulah benang itu kering...Hasrat untuk 'menegakkan benang' itu tetap ada.

Akhirnya PPSMi akan menjadi satu "lingkaran masaalah yang tidak berkesudahan!" Ramailah nanti yang akan menjadi korban dan mangsa keadaan.

Cikgu Chun said...

Cikgu Wahab,

Betul kata cikgu, KPM tak mahu masuh sebab nanti dia sendiri yang akan menanggung malu! Malu itu lebih besar daripada kepentingan anak2 sekolah! Ini lah jadinya bila pendidikan pun DIPOLITIKKAN!! Saya pun tak faham lah sikap mereka ni... entah apa akan jadi kepada sekolah pada masa akan datang... Tanggung rugi sekali harung tak apa lah, janji tak timbul isu lagi. Dulu semasa tukar Kementerian Pendidikan kepada Kementerian Pelajaran semula pun habis RM3 JUTA untuk kos penukaran COP sahaja...ok je tu.

Cikgu Chun said...

Cikgu Wahab,

Betul kata cikgu, KPM tak mahu masuh sebab nanti dia sendiri yang akan menanggung malu! Malu itu lebih besar daripada kepentingan anak2 sekolah! Ini lah jadinya bila pendidikan pun DIPOLITIKKAN!! Saya pun tak faham lah sikap mereka ni... entah apa akan jadi kepada sekolah pada masa akan datang... Tanggung rugi sekali harung tak apa lah, janji tak timbul isu lagi. Dulu semasa tukar Kementerian Pendidikan kepada Kementerian Pelajaran semula pun habis RM3 JUTA untuk kos penukaran COP sahaja...ok je tu.

Anonymous said...

Kegagalan PPSMI "Sudah terang lagi bersuluh", namun bapa menteri pelajaran kita sengaja buat endah tak endah sahaja.

Kebangkitan GMP yang disertai oleh pelbagai kalangan cendekiawan, NGO dan parti-parti politik menunjukkan hasrat rakyat tentang perlunya PPSMI dimansuhkan.

Saya selalu terbayang setiap kali melihat LCD dan Skrin di dalam kelas yang berhabuk dan bersarang burung; "PPSMI banyak mendatangkan keuntungan mudah kepada pihak2 berkepentinga..."

Anonymous said...

tentu marah cikgu2 yg dapt elaun kalo PPSMI mansuh.

mantan said...

Cikgu Chun,
Memang kita mengharapkan yang terbaik untuk pelajar-pelajar kita.

mantan said...

Mendewa,
Asalnya kerana perancangan yang tergesa-gesa, tidak teliti dan hasrat yang membuak-buak.

mantan said...

Juita,
Guru-guru yang dapat elaun PPSMI memang berhak marah jika PPSMI dihapuskan sekirannya guru-guru berkenaan telah mencapat objektif PPSMI.

Anonymous said...

ppsmi ni dah jadi benda yang menyusahkan semua guru..guru2 skarang ni dah banyak bebanan tugas, kemudian ditambah lagi dengan ppsmi ni.kalo betul nak diteruskan juga, kenapa guru yang menjadi mangsa????setiap minggu kena observe dengan guru bi, setiap minggu ada kelas buddy support, ditambah pula dengan exam ...ha, semuanya membebankan guru..sekarang ni guru mengajar dalam keadaan tension, yang menjadi mangsa keadaan tentulah anak murid kita...betul tak?